11 ; Jauh🍁😔

7.9K 302 6
                                    

"HANA?" tegur nenda.

"Ya nenda?" sahut Hana lembut. Anak matanya masih setia memandang sawah padi yang terbentang luas.

"Kamu ada bagitau ayah dengan bonda kamu ke sini?" soal nenda lembut. Tangan cucunya itu cuba diraih mesra.

"Tak ada nenda. Kenapa? Bonda ada call nenda ke?" soal Hana pula.

"Ada." jawab Puan Sri Hasnah

"Nen.. nenda jawab apa?" soal Hana sedikit tergagap.

"Nenda jawablah tak ada kamu kat sini. Ingat nenda tak reti menipu ke?" balas Puan Sri Hasnah diiringi tawanya yang meriah.

Hana tersengih. Tubuh nendanya dipeluk erat. Wanita inilah yang selalu menyebelahinya. 'Sayang Nenda!'

"Kenapa lari sayang?" soal Puan Sri Hasnah, rambut cucunya itu dibelai lembut.

"Ingat tak masa Hana call nenda?" soal Hana. Kepalanya dilabuhkan di pangkuan nendanya.

"Kenapa?" berkerut sedikit dahi wanita tua itu.

"Masa tu, Hana tak tau pun Ainul dah tak ada. Sebab tu Hana call nenda. Niat kat hati nak mengadu sebab ayah,bonda dan semua kawan baik Hana cakap Ainul still alive. Tapi dia tak nak jumpa Hana sebab tunang dia cakap, Hana punca kemalangan tu. Lepas tau Ainul meninggal, Hana lari ke sini. Ingat nak cari ketenangan. I need time nenda. To heal my feelings. They broke me. Lied to me. How can I...." Hana terdiam seketika. Air matanya mengalir. Keluhan dilepaskan.

"Dahlah tu, nenda faham. Kamu tinggal sini teruslah dengan nenda. Taklah sunyi. Nak?" soal Puan Sri Hasnah mesra.

Hana sekadar tergelak. Sayang nenda!

❤❤❤

"ABANG?" tegur Datin Hazratul.

"Ya?"

"Mak kata apa? Ada Hana kat sana?" soal Datin Hazratul lagi.

"Mak kata tak ada." jawab Dato' Zulfadli selamba.

"Allahu abang! Anak kita lari takkan abang nak diam je?!" marah Datin Hazratul. Geram pula dengan suami sendiri.

"Abang tau, dia lari tempat mak juga. Abang tau mesti mak sorok dia kat sana. Biarlah, Hana dah besar dah. Give her time sayang." ujar Dato' Zulfadli yang masih kusyuk dengan iPadnya.

"Abang! Jangan-jangan... Dia dah tahu?!" jelas terpancar riak risau di wajah Datin Hazratul.

"Tahu apa? Pasal Ainul? Biarlah dia tahu. Tak ada guna kita tipu dia sayang. Tu kawan dia. Dia ada hak nak tahu sayang. Awak tu, chill sudah. Stress betul abang tengok." ujar Dato' Zulfadli panjang lebar. Kadang-kadang perangai isterinya ini buat geram juga.

"Abang ni! Cuba abang fikir. Mahunya dia tak nak balik jumpa kita dah macam mana?" ujar Datin Hazratul kalut dengan perasaannya sendiri.

"Dia tak lari jauh pun sayang oi. Tu ada je kat Kedah tu duduk dengan mak. Tak payahlah awak drama sangat. Entah-entah awak ni dah terpengaruh dek drama kut sebab tu macam ni." balas Dato'Zulfadli. Kaki diatur ke tingkat atas, meninggalkan si isteri yang belum habis membebel.

"Amboi abang kutuk saya ke!? Saya tak habis cakap lagi ni ha! Abang!" panggilan Datin Hazratul sekadar dipulaukan oleh Dato' Zulfadli.

"Benda dah settle sayang, nak cakap apa lagi. Abang nak mandi. Awak tu tak nak teman ke? Dapat pahala sunat." ujar Dato' Zulfadli dari tingkat atas. Sengaja mahu memanaskan lagi hati isterinya. Hiks hiks.

"Orang betul-betul. Dia bergurau kemain pula. Haih nasiblah Hazra dapat Dato' sengkek!" bebel Datin Hazratul sendiri. Langkah diatur ke luar rumah. Baik dia pergi tengok bunga-bunganya tu. Aman sikit hati yang tengah menggelegak panasnya ni!

❤❤❤

WAJAH Hana yang dicurinya dari Instagram dua hari lepas menjadi tatapannya. Terasa seperti sesuatu hadir dalam perasaannya. Wajah gadis itu ditatap lama. Cantik. Comel. Dan lebih cantik dari Ainul. Dia tersenyum sendiri.

"Nurhana" nama itu terbit di bibirnya.

"Oi! Angau anak dara orang ke!" jerkah Iskandar sahabat sepejabatnya itu.

"Banganglah kau! Nasib aku tak kena heart attack! Bodoh!" jerit Zaqril. Nak kena luku agaknya sahabat dia ni.

"Ala gurau je. Aku tengok tadi khusyuk betul kau tenung gambar si Hana tu. Kenapa? Jatuh cinta?" soal Iskandar selamba.

"Ma...mana ada!" jawab Zaqril tergagap-gagap.

"Ha gagap dah! Aku tau! Mesti kau dah terjatuh angau dengan dia kan! Tulah benci sangat sekarang angau. Habislah mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena lah kau lepas ni." perli Iskandar diiringi dengan gelak tawanya. Aduh sakit jiwa betul dapat member gila gini.

"Kepala hotak kau! Tak ada mendanya aku nak jatuh cinta kat pembunuh macam tu. Maaf maaf lah ye. Kalau boleh aku nak gi bunuh dia!" ujar Zaqril masih dengan egonya.

"Kau masih rasa dia dalang dari semua kes ni?" nada suara Iskandar terus berubah serius.

"Habis? Semua bukti jatuh kat dia kot!" ujar Zaqril. Ipad di tangannya diletakkan kasar di atas meja.

"Aku rasa baik kau siasat balik kemalangan ni. Aku tak rasa Hana tu jahat sangat nak bunuh kawan baik dia sendiri. Kau tau tak dua hari lepas aku jumpa Dato' Zulfadli, dia kata anak dia lari rumah sebab tahu perkara sebenar yang Ainul dah meninggal. Aku rasa dia kecewa sangat dapat tahu Ainul dah tak ada. So by that dia larilah." ujar Iskandar panjang lebar.

"Ya ya je dia lari sebab kecewa. Entah-entah dia pergi padam semua bukti yang dia adalah dalang semua ni! Argh! Aku tak suka nak percaya cerita kalut kau ni!" ujar Zaqril kasar.

"Tak baik Zaq buruk sangka. Aku sarankan kau siasat balik. Okey aku nak sambung kerja." ujar Iskandar. Dia bangun dan meninggalkan sahabatnya itu bersendiri. Harap-harap teguran aku ni buat dia terbuka hati nak siasat.

Sebaik sahaja Iskandar keluar, Zaqril memandang kosong keluar tingkap. Kesibukan bandaraya Kuala Lumpur sedikit pun tidak mengganggu otaknya untuk mentafsir tiap kata-kata Iskandar tadi.

"Siasat? Argh! Buang masa! Yang penting aku perlu balas dendam dulu!" ujar Zaqril sendiri. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

❤❤❤

"ZAQ, there's something we need to talk." tegur Tan Sri Naufal sebaik sahaja Zaqril tiba di hadapan pintu rumah.

"What is it pa? Ma?" soal Zaqril, curious nak tau sebenarnya.

"I want you to marry Hana." ujar Tan Sri Naufal sebaik sahaja Zaqril melabuhkan punggung di hadapannya.

"Wait what?" terkejut betul dia dengan arahan papanya. Apa rasuk mama dengan papa pun dia tak tahu.

"Ini permintaan Ainul sayang, please mama begging you. Mama pun nak merasa ada menantu. Mama rasa Ainul dah buat keputusan terbaik. Mama percaya pada Hana." ujar Puan Sri Mikayla. Tangan anaknya diraih lembut. Berharap sangat agar anaknya itu setuju.

Zaqril terkedu, dia berfikir seketika. Hatinya bergelora. Wajah Hana bagai terlayang diruang mata.

Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)

Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now