28 ; Love?

10.4K 278 11
                                    

SUDAH tiga bulan berlalu sejak pemergian Afeef. Redha? Sedikit demi sedikit aku belajar melepaskan. Yalah, siapa kita mahu menolak takdirkan?  Rindu? Bohonglah aku tidak rindukan dia. Rindu. Sangat rindu. Hingga kadang-kadang aku terasa sesak di dada.

"Uncle!" Qyra menjerit.

Wajahnya sudah cemberut. Mesti adalah tu Zaqril sakat dia. Sepanjang tiga bulan ini, hubungan aku dengan Zaqril bertambah baik. Dengan Qyra?  Jauh lebih baik. Zaqril pandai melayan karenah Qyra. Apa si kecil itu mahu semua dia beri sahaja. Kadang-kadang aku yang marah sebab dia terlalu manjakan Qyra.

Aku alihkan pandangan melihat Zaqril dan Qyra yang duduk di buaian taman ini. Aku dengarkan sahaja perbualan mereka berdua.

"Uncle, Qyra nak tanya uncle." ujar si kecil sambil menarik wajah Zaqril memandangnya.

Zaqril sudah melutut di hadapan Qyra.

"Apa dia?" berkerut dahi Zaqril memandang Qyra. Budak ini petah berkata-kata.

"Uncle handsome suka mama tak?" Qyra senyum.

Tidak semena-mena soalan itu membuatku tersedak liur. Tak pepasal aku terbatuk. Haih Qyra!

Zaqril ketawa kecil. Matanya memandang anak mata Hana. Senyuman dihadiahkan.

"Suka. Sangat. Uncle sayang mama. Qyra sayang mama?" giliran Zaqril bertanya.

"Sayang!" laju sahaja si kecik menjawab.

Zaqril senyum. Pipi kanan Qyra dicubit manja.

Comel betul!

❤❤❤

QYRA di tempat duduk belakang di pandang. Tidur sudah dia. Terlalu penat bermain agaknya.

"You ada nak cakap ke?" soal Zaqril memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Mungkin lain kali sahaja.." jawab Hana. Pandangan dibuang ke arah jalan raya yang sesak dengan kereta.

"Hujung minggu ni I kena pergi Sabah." ujar Zaqril.

"Lama?" Hana sudah memandang Zaqril.

"Two weeks je." balas Zaqril .

"Mesti rindu...." bisik Hana.

"Siapa rindu?" sengaja lelaki itu bertanya.

"Qyra."

"I balik nanti kita keluar lagi." ujar Zaqril.

Sebenarnya Hana sedikit terasa. Bukan Qyra je rindu. Mama Qyra pun rindu! Tulah. Jual mahal. Ego aje. Teruk betul!

"Hana?!" panggil Zaqril sedikit kuat.

"Ha??" terpinga-pinga dia.

"Dah sampai. Mari saya hantarkan Qyra masuk." pelawa Zaqril. Hana akur sahaja.

"Thanks." ucap Hana.

"Err, Hana.. Can we talk?.." soal Zaqril.

"Sure. Apa dia?"

"Lamaran tu?"

Hana angkat muka. Memandang wajah Zaqril.

"Jawapannya ada pada awak bila awak balik dari Sabah nanti. Kalau nak tahu. Pastikan awak balik." ujar Hana seraya melangkah masuk ke dalam rumah.

Zaqril terpaku. Tidak terjangka itu jawapan Hana. Sangkanya gadis itu akan melenting dan memarahinya kerana asyik bertanya. Kini dia mengerti. Meski tersakiti. Gadis ini masih setia memaafkan. Sungguh hebat kesabarannya hingga masih mampu bersua dengan orang yang merosakkan hidupnya.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now