40 ; Bahagia Bukan Kita♡

10.8K 266 6
                                    

Three years later.....

"HAPPY birthday to you.. Happy birthday to Rizq. Happy birthday to you." Zaqril menyanyi girang buat anak lelaki sulungnya.

"Anak papa dah besar. Yeay!" sorak Zaqril lagi. Rizq diambil dari dukungan Hana. Pipi gebu si kecil itu dicium berulang kali.

"Hadiah?" ujar Rizq. Tangan dihulur seperti meminta sesuatu.

Tergelak Zaqril dengan perangai anaknya. Pandai betul request. Rambut Rizq diusap perlahan.

"Minta kat mama. She bought you the biggest present ever." ujar Zaqril menghasut.

Hana jeling Zaqril. Serentak itu tangannya mencapai sebuah kotak bersaiz sederhana. Dihulurkan kotak hadiah yang berbalut itu pada Rizq. Laju sahaja si kecil itu menyambut.

Zaqril menurunkan Rizq dari dukungannya. Pinggang ramping isterinya ditarik merapat. Terdorong Hana ke arah badannya. Tergelak kecil dia bila Hana menjeling dan memukul dadanya lembut. Ala ala cayang cuwit je abang tengok awak ni! Gewam!

"Jom?" ajak Zaqril tiba-tiba.

"Ha pergi mana?" soal Hana hairan.

"Buat baby lagilah. Rizq dah tiga tahun. Qyra pun dah tahun satu. Tambah lagi sorang dua okeylah sayang." ujar Zaqril selamba. Matanya memandang Rizq yang 'busy' menyelongkar hadiah pemberian isterinya sambil ditemani Qyra.

"Pervert!" marah Hana. Dicubit kuat perut Zaqril sebagai tanda melepas geram.

"Auch! Sakit sayang." adu Zaqril. Bibir dimuncungkan.

"Haaa muncung lagi. Nanti sayang gantung penyangkut baju situ!" ujar Hana. Saja dia berseloroh.

Zaqril melepaskan tawa. Terasa geli hati melihat perangai isterinya marah. Sebiji macam mak mak. Tak leh bincang langsung.
"Rizq and Qyra. Jom dinner dulu. Come help mama. Nanti sambung." panggil Hana seraya itu meninggalkan Zaqril yang masih bergelak tawa seorang diri. Apa yang lawak pun dia tak faham.

Laju sahaja Rizq dan Qyra melangkah ke arah mamanya.

Dalam diam Zaqril memuji cara Hana mendidik anak. Tak pernah guna kekerasan. Hanya suara yang menjadi bukti didikan isterinya itu. Yalah suara si Hana ni, kalau boleh rumah sebelah pun boleh dengar. Memetir sangat! Anak-anaknya sentiasa patuh pada arahan Hana. Cukup adab dan akhlak yang diterapkan oleh mereka suami isteri. Soal agama? Itulah yang paling Hana terapkan dan titik beratkan.

"Termenung lagi abang? Jomlah dinner." panggil Hana apabila melihat Zaqril yang berdiri tegak serupa tiang lampu itu.

Laju Zaqril tersedar dan menapak ke ruang makan rumah itu.

🐳

"Betul tak nak abang teman?" sudah seribu kali soalan itu disoalkan Zaqril.

Hana menggeleng sambil membetulkan lilitan shawl yang dipakainya.

"Kejap je. Nak jumpa Aunty Azwa. Abang pergilah kerja. Kata ada meeting dengan abang Haziq kan? Tak pe abang. Kejap je." ujar Hana meyakinkan suaminya. Sambil itu tangannya naik ke tali leher Zaqril lalu dikemaskan.

"Sure?" soal Zaqril lagi.

"Ya abang. Dah jom. Nanti lambat." ujar Hana seraya mengambil telefon dan beg tangannya di meja solek.

..

"Assalamulaikum aunty." ujar Hana seraya menyalami tangan Datin Azwa.

"Hana, mama tau Hana bukan menantu mama lagi tapi janganlah panggil aunty. Panggil mama je sayang." ujar Datin Azwa. Tangan Hana ditarik masuk ke dalam rumah.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now