10 ; Kerana Rahsia~😐

8.5K 304 15
                                    

"D, Ainul mana? Tak datang pun." soal Hana, tubuhnya disandarkan di kepala katil.

"Dia kan accident sama dengan kau, dia rest lagi kat rumah." lambat-lambat Dayana menjawab matanya tidak berani memandang anak mata Hana.

"Tapi hari ni aku dah nak discharge. Dia teruk ke?" soal Hana lagi.

"Hmm teruk jugalah." jawab Dayana tangannya ligat mengemaskan barang-barang Hana.

"Kita singgah rumah dia balik nanti boleh? Please?" pujuk Hana, matanya dikelipkan berkali-kali. Alahai Hana comelnya.

"Tak boleh!" jerkah Zaqril dari pintu wad.

"Kenapa pula?!" soal Hana, anak matanya menikam anak mata Zaqril. Terbit rasa tidak puas hati pada lelaki ini. Benci!

"Aku kata tak boleh, means tak boleh! Lagi pun sebab kau dia accidentkan!? Aku takkan bagi kau jumpa dia sampai bila-bila! Lagi-lagi lepas kahwin! Takkan aku benarkan!" tengking Zaqril. Terhinjut bahu Hana mendengar tengkingan Zaqril.

'Salah aku ke ya Allah? Salah akukah kami kemalangan?' Hana sudah bermain dengan kata-kata penyesalan di hatinya. Airmatanya jatuh perlahan. Sebegitukah dia dituduh punca kemalangan?

"Eiz, tolong keluar." pinta Dayana, bahu Hana digosok perlahan.

Zaqril melangkah keluar dari bilik tersebut. Hatinya sakit tiap kali nama Ainul disebut. Tambahan pula jika nama tunangnya itu disebut oleh pembunuh itu sendiri. Benci!

'Arghh! Perempuan tu pembunuh! Tak layak dia sebut nama Ainul! Kau mesti menderita Hana!' Zaqril sudah menjerit dalam hati. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

Langkah diatur ke kaunter hospital, bil hospital perlu dibayar segera. Dalam pada membenci masih ada sifat prihatinnya terhadap Hana.

Tengahari itu Hana sudah dibenarkan pulang, mulanya dia mahu tinggal dirumah bujang mereka berempat. Tetapi dihalang oleh Dayana dan Najwa. Ayah dan bondanya juga tidak mengizinkan. Entah mengapa, dia pasrah. Terima jerlah kalau nak melawan pun tak mampu.

❤❤❤

"HANA?" tegur Datin Hazratul. Melihat puteri sulungnya itu termenung jauh.

"Ye bonda?" sahut Hana. Dia membetulkan kedudukannya.

"Kenapa ni? Jauh sangat dah bonda tengok kamu termenung. Sampai mana dah? England?" soal Datin Hazratul, tangan puteri sulungnya dipegang lembut.

Hana sekadar tersengih, "Bonda ni, tak adalah. Hana teringat Ainul. Esok nak pergi rumah dia boleh bonda?" soal Hana. Mata dikelipkan berkali-kali cuba menagih simpati daripada bondanya.

"Hana, bonda bukan taknak bagi kamu pergi. Tapi keluarga Ainul ada minta kamu jangan dekati Ainul dulu. Lagipun Zaqril pun tak setuju kamu bertemu dengan tunang dia." ujar bonda. Terpaksa menipu anak perempuan sulungnya itu.

"Tapi bonda, takkan Ainul taknak jumpa Hana langsung? Salah Hana ke kami accident? Hana sendiri cedera sebab kemalangan tu bonda. Hana tak buat apa pun bonda. Hana tak salah. Kenapa semua tuduh Hana?" airmatanya sudah pecah, sakit hatinya dituduh sedemikian rupa. Tubuh Datin Hazratul didakap erat. Cuba melepaskan kesedihan dan kesakitannya.

"Dahlah. Jom masuk. Tak elok duduk luar ni petang-petang macam ni. Anak bonda pun tak sihat lagikan?" pujuk Datin Hazratul. Tubuh anaknya ditarik untuk berdiri. Hana sekadar menurut. Airmata masih mengalir di pipinya.

❤❤❤

"AINUL... Angkatlah. Ish!" Hana sudah tidak senang duduk. Sudah berpuluh kali nombor Ainul dihubungi. Bukan gadis itu menukar nombor, tetapi mematikan panggilannya adalah!

"Call siapa?" tegur Dato' Zulfadli dari muka pintu.

"Ainul. Ayah tahu keadaan dia ke?" soal Hana. Dia melabuhkan punggung di hadapan ayahnya.

"Tak ada pula." jawab Dato' Zulfadli. Surat khabar di hadapannya diambil kemudian dibaca.

"Tak pelah. Hana nak call nenda kejap. Rindu!" ujar Hana. Langkah diatur ke biliknya. Ditinggalkan ayahnya seorang diri di dalam bilik bacaan tersebut. Sololah ayah. Alahai kesian. Eh?

Masuk sahaja biliknya, Hana menghempaskan tubuhnya ke katil. Nama nendanya dicari sebelum panggilan dibuat.

"Assalamualaikum nenda!" ucap Hana mesra. Rindu dengan suara wanita tua ini.

"Waalaikumussalam. Cucu nenda dah sihat ke?" soal Puan Sri Hasnah dihujung talian.

"Dah nenda. Rindu dengan nenda. Nenda...." panggil Hana, suaranya sengaja diubah ke nada manja. Nak buat report ni!

"Haaaa adalah yang dia nak tu. Nak share apa?" soal Puan Sri Hasnah sudah dapat mengagak perangai cucunya itu.

"Hana rindu Ainul nenda. Dorang semua tak bagi Hana jumpa Ainul. Kenapa nenda? Salah Hana ke kemalangan ni jadi? Salah Hana ke cederakan Ainul? Hana tak buat apa pun. Hana nak jumpa dia je." ujar Hana, airmatanya menitis perlahan.

"Allahu sayang, tak baik mempersoalkan kematian. Orang yang dah tak ada kita memang tak boleh jumpa. Allah lagi sayang Ainul sayang." ujar Puan Sri Hasnah memujuk cucunya.

Hana sedikit tersentak. ' Kematian? Maksud? Ainul dah tak ada?' persoalan bermain dibenaknya. Tidak mahu bertanya lebih lanjut.

"Kita doakan Ainul tenang je ye cucu nenda?" tambah Puan Sri Hasnah lagi.

Hana sekadar mengiyakannya. Salam diberi sebelum talian diminta untuk diputuskan. Sempat dia berpesan pada nendanya mengenai hasratnya balik ke Kedah hujung minggu ini.

"Jadi aku? Ditipu? Kenapa? Aku ke punca dia mati? Salah aku ke? Salah aku ke semua benci aku?" Hana mempersoalkan diri sendiri. Airmata mengalir tanpa dia sedari.

Nombor Dayana segera dicari dan dihubungi. Dia mahu kebenaran! Cukuplah dia tercari-cari Ainul. Dia mahu tahu kebenaran!

"D!" jerkah Hana.

"Hana, kau kenapa ni terjerit-jerit?" soal Dayana, sedikit terkejut dengan jerkahan sahabatnya.

"Aku nak jumpa esok. Jam 11. Tempat biasa." ujar Hana lalu talian terus dimatikan. Sampai hati sahabatnya sendiri menipunya? Soal kematian pula tu! Sakit hatinya!

❤❤❤

"WEI! Sorry lambat. Jammed." ujar Dayana. Dia melabuhkan punggung di hadapan Hana.

"Orderlah."

"Erk. Okey." Dayana sekadar menurut.

Selesai memesan minuman. "Hal apa yang kau nak tanya ni?" soal Dayana.

"Ainul mana?" soalan berbalas soalan. Hana memandang sahabatnya. Anak matanya tepat menikam anak mata Dayana.

"Ke.. kenapa kau tanya?" soal Dayana semula, dia sudah kecut perut. Habislah kalau pecah rahsia.

"Aku nak tau je." ujar Hana. Pandangannya dialihkan.

"Dia ada. Kat rumah dialah." jawab Dayana. Terpaksa menipu lagi. Maafkan aku Hana.

"Okey." Hana sekadar mengiyakannya.

Sejam mereka berbual mengenai hal masing-masing, barulah Dayana meminta diri untuk pulang. Hana mengatur hala tujunya ke Kedah. Ketenangan. Ya, itu yang dia cari. Biarlah hilangnya buat masa ini tiada yang mengetahui. Dia perlu kosongkan fikiran dan hatinya. Penat sudah dia terluka mengetahui sahabat karib sendiri meninggal dunia, di tambah lagi orang sekelilingnya menipu dan merahsiakan.

Hanya kerana RAHSIA, habis bercalar hatinya. Sampai hati... Insan yang disayang pun sanggup menipunya! Dia berteka teki, kenapa sanggup mereka tinggalkan parut dalam dihatinya. Salahkah dia? Berdosakah dia? Dia juga buntu.




Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)

Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now