7 ; Tragedi 💥💔

11.2K 328 5
                                    

"KELUARGA Puan Nurhana Aqyra Zulfadli ke?" soal Doktor Auni yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan Hana.

"Saya suami dia!" ujar Nizam. Segera dia berdiri dihadapan doktor tersebut.

"Boleh ikut saya? Ada benda yang perlu kita bincangkan." ujar Doktor Auni sebelum mengatur langkahnya. Nizam sekadar menurut.

Setibanya di bilik Doktor Auni, Nizam terlebih dahulu memecahkan keheningan.

"Kenapa isteri saya doktor?" soal Nizam.

"Encik, isteri encik mengalami keguguran. Pihak kami minta maaf atas kegagalan kami menyelamatkan kandungan isteri encik. Bagaimanapun itu bukan hal yang utama. Hal utama ialah kami terpaksa membuat pemeriksaan lebih lanjut terhadap isteri encik kerana saya risau jika berlaku sebarang kerosakkan pada rahim Puan Hana. Apa pun saya meminta kerjasama Encik Nizam untuk tandatangan borang kebenaran ini." ujar Auni panjang lebar. Sekeping borang bersaiz A4 dihulurkan kepada Nizam.

Tanpa was-was borang itu diisi dan ditandatangani. Dia redha akan kepergian anaknya. Biarlah, mungkin bukan rezeki mereka suami isteri. Kesihatan dan keselamatan isterinya lebih penting saat ini.  Selesai sahaja dia menandatangani borang kebenaran buat isterinya, langkah diatur semula ke wad kecemasan. Langkahnya lemah. Dia masih terkilan dengan pemergian anaknya. Meski merelakan. Hatinya masih berat. Entah apa dia mahu jawab pada isterinya nanti. Pasti wanita itu lebih merasakan kehilangan. Ya Allah kuatkan isteriku untuk berita ini.

❤❤❤

RAMBUT isterinya dibelai lembut. Sudah tiga jam isterinya terlena sebegini. Belum ada tanda-tanda mahu menyedarkan diri.

"Sayang, bangunlah." bisik Nizam. Tangan isterinya dipegang sejak tadi.

"Kalau sayang tak nak bangun, tak apalah. Abang balik kejap. Lagi sejam abang datang balik ye sayang?" ujar Nizam. Dia sendiri tahu isterinya masih belum sedar. Entah mengapa dia masih mahu mengajak isterinya berbual. Dengan harapan isterinya bangun.

Baru sahaja dia ingin melangkah setapak keluar. Hana sudah memanggilnya.

"Abang?" panggil Hana. Serta-merta langkahnya mati.

"Sayang? Sayang bangun? Alhamdulillah." tangan isterinya dikucup lembut. Punat memanggil doktor ditekan.

Tidak sampai beberapa minit. Doktor Auni tiba bersama seorang jururawat. Mesra sahaja senyuman doktor seorang ini.

"Babe? Kau okey?" soal Auni. Risau melihat sahabat sekerjanya itu.

"Okey. Anak aku macam mana?" soal Hana. Serta-merta keadaan menjadi sunyi.

" Hana, apa pun berita yang aku nak bagitau kau ni. Aku harap kau terima dengan redha. Hana, Allah lagi sayangkan anak kau." ujar Auni. Tangan sahabatnya digenggam erat demi menyalurkan sedikit kekuatan.

"Mak.. maksud.. ka..  kau?" soal Hana tergagap. Suaranya bergetar. Air mata sudah mengalir di sisi pipinya.

"Anak kau dah tak ada Hana, maafkan aku gagal selamatkan anak kau. Sorry Hana." ujar Auni. Tangan sahabatnya digenggam erat, cuba menyalurkan kekuatan dan ketabahan. Memang dia agak kesal akan kegagalannya menyelamatkan anak sahabatnya sendiri.

"Bukan salah kau pun. Thanks Auni. Mungkin bukan rezeki aku merasa nikmat mengandung lagi." balas Hana. Air mata diseka perlahan.

"Kau rehatlah. Aku keluar dulu." ujar Auni sebelum mengatur langkah keluar.

Hilang sahaja kelibat Auni, Nizam terus bersuara. "Sayang?"

"Abang, anak kita dah tak ada. Lepas ni saya minta abang ceraikan saya. Kalau betul abang sayang saya. Lepaskan saya. Saya bukan jodoh abang. Jagalah isteri abang sebaiknya. Lepas saya keluar dari hospital. Saya nak kita ke mahkamah." ujar Hana dia memalingkan wajahnya. Tidak sanggup berhadapan dengan sang suami. Hatinya bagai ditoreh mengingatkan bahawa dia telah diduakan.

"Sayang... Abang tak boleh hilang sayang. Semua orang layak dapat peluang kedua sayang. Please." pujuk Nizam, berharap ada sekelumit rasa sayang yang mampu mengubah pendirian isterinya.

"Semua orang layak dapat abang. Tapi tak semua orang sanggup memberi peluang kedua. Baliklah abang. Kesian isteri abang kat rumah. Hana ikhlas dengan perkahwinan kita. Hana harap abang boleh lepaskan Hana. Jangan seksa wanita sebegini abang. Hormatilah keputusan Hana." ujar Hana, kali dia memalingkan tubuhnya pula. Air mata dibiarkan mengalir. Biarlah hatinya terubat dengan air mata ini.

Nizam melangkah keluar dari bilik isterinya dengan hati yang pasrah. Tiada gunanya dia memujuk hati isterinya lagi. Mungkin bukan jodoh mereka. Dia tidak mahu memaksa wanita itu. Biarlah, dia pasrah. Langkah diatur keluar, cuba memberi ruang buat sang isteri bertenang.

"Maafkan saya Hana." ujar Nizam sebelum keluar meninggalkan Hana seorang diri.

❤❤❤

SUDAH seminggu Hana keluar dari hospital. Seminggu jugalah Nizam tidak bertemu dengan Hana. Isterinya itu sering mengelak bila diajak bertemu. Hari ini dia bertemu dengan isterinya di mahkamah. Hari di mana dia perlu melepaskan wanita yang sudah bertakhta di hatinya.

Tiba sahaja di pejabat penceraian. Kelihatan Hana sudah menanti bersama Datin Hazratul dan Dato' Zulfadhli. Nizam masuk beriringan dengan kedua ibu bapanya.

Selesai segala borang diisi. Lafaz cerai dilafaz lancar oleh Nizam. Seperti hatinya sudah merelakan penceraian ini. Murkakah Allah kerana kami merobohkan masjid sendiri? Persoalan itu terbit di hati masing-masing.

"Nurhana Aqyra binti Zulfadli. Bersaksikan kedua ibu bapaku dan ibu bapamu. Aku ceraikan engkau dengan talak satu." laju sahaja ayat itu meniti di bibir Nizam. Meski berat di hati, dia pasrah. Biarlah, baginya mungkin Hana akan lebih bahagia selepas ini.

Hana menyeka air matanya perlahan. Perit menelan lafaz cerai dari sang suami. Luka di hati dibiarkan berdarah. Mungkin ini takdirnya. Biarlah dia yang mengundurkan diri. Tidak mahu menyaingi kasih sayang buat suami. Biarlah dia yang makan hati. Dia rela. Dia pasrah. Baginya ini dugaan terhebat buatnya. Diuji sedemikian rupa. Dia tidak mengeluh. Dia tenang dengan penceraian ini. Masih dia teringat sentuhan terakhirnya kepada Nizam tadi sebelum cerai dilafazkan.

"Wahai suamiku, halalkan segala makan minum saya selama saya menjadi isteri awak. Halalkan setiap belaian sayang awak pada saya. Halalkan segala yang awak beri pada saya. Wahai suamiku, ampunkan segala dosa saya pada awak. Jika saya berkasar, maafkan saya. Semoga selepas ini kebahagiaan buat awak. Saya doakan awak bahagia." ujar Hana, tangan suaminya dikucup lama. Nizam mencium ubun-ubun isterinya. Air mata mengalir sayu.

Selesai sahaja urusan bercerai Hana memohon kebenaran ibu bapanya untuk balik ke kampungnya di Kedah. Ingin mencari ketenangan. Sempat dia berjanji untuk bertemu sahabat karibnya Ainul.

❤❤❤

"BABE, kau tabah. Aku percaya jodoh kau mesti orang yang baik-baik. Kuatlah babe." ujar Ainul, tangan Hana digeanggam erat demi memberikan sahabatnya itu kekuatan.

"Aku pasrah. InsyaAllah lepas ni aku akan didik hati aku untuk redha. Mungkin dia bukan jodoh aku yang terbaik." balas Hana, air mata diseka.

"Dah dah. Kau cakap kau nak balik Kedah kan? Aku nak ikut boleh?" soal Ainul wajah sahabatnya dipandang lama.

"Boleh babe. Tapi bukan kau kata nak fitting baju kahwin ke minggu depan?" soal Hana pula.

"Yes! Jadi kau kena tidur rumah aku seminggu ni! Lepas aku fitting baju baru kita balik Kedah!" ujar Ainul riang. Hatinya tiba-tiba berasa berat apabila soal kahwin diutarakan. Seolah-olah Zaqril bukan jodohnya. Seolah-olah rasanya ajal yang akan melamarnya terlebih dahulu. Perasaan itu ditepis jauh-jauh. Dia tidak mahu memikirkan perkara yang tidak pasti bila ianya berlaku.








Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)

Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now