19 ; Dera💔🔪

13.3K 378 22
                                    

Warning!

🐳

ZAQRIL menghampiri Hana yang tegak berdiri tidak ubah seperti tiang lampu.

Hana dapat membayangkan betapa teruknya nasib yang bakal menimpa sekiranya dia diheret kembali ke dalam sangkar emas milik Zaqril. Dia lebih rela tidur beratap langit daripada tinggal bersama lelaki itu.

Hana mula memasang langkah untuk lari, malangnya belakang kepalanya dipegang Zaqril.

"Kau sengaja nak buat aku marah, kan?" soal Zaqril geram.

Hana mengaduh kesakitan apabila Zaqril semakin menguatkan cengkaman pada belakang kepalanya.

Tanpa menghiraukan sahabat-sahabat Hana yang cuba menghalangnya, Zaqril terus mengheret Hana ke arah keretanya. Pintu dibuka. Isterinya ditolak masuk. Toyota Camry mula berderum laju pergi dari situ.

"Kita kejar dorang!" ujar Nadine kepada Dayana dan Aisy. Kedua-dua mereka mengangguk setuju.

❤❤❤

MELALUI cermin pandang belakang, Zaqril boleh melihat sebuah kereta berjenama Honda City sedang mengekorinya. Zaqril tahu itu kereta sahabat baik Hana. Dia tidak mempedulikannya.

"Kau ingat aku main-main bila aku warning kau kelmarin! Kau ingat kau boleh lari dari aku?! Hari ni! Saat ni! Dan waktu ni! Aku akan buktikan kat kau siapa Eiz Zaqril sebenarnya! Kau nak main dengan aku kan? Kau tunggu!" gumam Zaqril tiba-tiba dek tidak dapat menahan rasa geram.

Hana tersentak. Dia mengintai wajah Zaqril. Bagai terhenti nafasnya apabila Zaqrik tiba-tiba turut mengerling ke arahnya. Buat sesaat, anak mata mereka berdua bertembung. Jatung Hana hampir gugur ke bumi. Pantas dilarikan anak matanya daripada terus melawan panahan anak mata Zaqril yang cukup menakutkannya itu.

Zaqril memberikan signal ke tepi. Kereta mula berhenti di tepi jalan. Meskipun hujan turun renyai-renyai, itu tidak mampu menghalangnya daripada mengajar Hana agar tidak berani lagi lari dari rumah.

Hana cemas. Kenapa dia berhenti ni? Gulp! Air liur ditelan keras.

"Kau lebih kenal aku! Aku tak suka guna mulut nak nasihatkan kau balik-balik! Tapi aku lebih senang guna tangan dan kaki. Kau faham maksud aku, kan?" soal Zaqril sambil menarik brek tangan.

Hampir menitis air mata Hana kerana berasa gentar mendengar bait-bait ayat yang dituturkan Zaqril. Terus dia memandang Zaqril mengharapkan simpati. Dia menggeleng lemah, mengharapkan Zaqril menarik balik apa yang dikatakan itu.

"Tolong Zaq, jangan pukul saya lagi. Saya tak mampu tanggung semua kesakitan yang awak bagi," rayu Hana.

Tanpa sedar tangannya jatuh pada lengan Zaqril, mengharapkan ada belas insan hatta sedikit daripada seorang suami.

Zaqril mengerling pada tangan Hana yang melekat pada lengannya.

"Lepas!" sergah Zaqril.

Terhenjut bahu Hana dek mendengar sergahan lantang itu. Dengan pantas Hana melepaskan lengan Zaqril.

"Siapa yang bagi kau hak untuk pegang aku? Siapa?!" jerkah Zaqril dengan mata terbeliak.

"Apa salahnya seorang isteri pegang lengan suaminya. Saya tak nak awak berkasar dengan saya lagi. Kita suami isteri. Pernikahan kita sah dan halal di sisi islam! Tak boleh ke awak berikan ruang untuk saya di hati awak daripada awak pukul saya macam binatang?" luah Hana, memberanikan diri.

"Kau tak pernah layak jadi isteri aku!"

Zaqril gagal mengawal perasaannya. Penampar naik ke pipi Hana. Hana terpaling ke kiri. Zaqril mengetap bibir. Ah, bagaimana dia boleh terlepas mengucapkan kata-kata itu.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now