27 ; ☔

10.2K 304 24
                                    

SEWAKTU mencium jenazah, lama Hana melutut dan memandang wajah suaminya sepuas mungkin. Tiada lagi gurau senda Afeef dalam hari-harinya nanti. Air matanya tumpah lagi.

Qyra anak angkatnya, ditarik mendekati jenazah. Usai dia mencium dahi suaminya, diarahkan anak kecil itu untuk melakukan perkara yang sama.

Dengan polos si kecal menurut.

"Mama, Qyra dengar orang sebut mati. Papa dah mati ke? Papa dah tinggalkan Qyra macam umi abi ke?" Qyra, anak kecil itu bertanya dengan nada berbisik.

Hana yang tidak mampu menahan sebak dengan soalan itu terus menarik kepala Qyra ke dadanya. Soalan si kecil tidak mampu Hana balas. Hanya gelengan kepala yang mewakili rasa hatinya. Kalau boleh dia tidak mahu Qyra tanya apa-apa. Tapi mana mungkin mulut si kecil mampu ditutup.

"Pak cik, mana boleh tutup muka papa macam tu. Lemaslah papa Qyra nanti. Tak boleh bernafas!" tiba-tiba Qyra menjerit marahkan pak cik yang cuba menutup wajah jenazah.

"Qyra... Tak boleh macam ni sayang..." Hana tarik Qyra yang sudah menerpa ke arah jenazah Afeef.

"Mama, mana boleh tutup. Kesian papa. Qyra nak papa.. Kenapa papa tidur.. Kan ramai tetamu.. Tak elok papa macam ni.. Mama, kejutkanlah papa.." Qyra sudah meraung.

Rata-rata yang hadir sudah mula menitiskan air mata melihat situasi tersebut. Tidak mampu mengawal keadaan, Hana bangkit lalu mendukung Qyra menjauhi jenazah.

"Qyra nak papa... Nak papa... Qyra sayang papa..." raung anak kecil itu sambil cuba meloloskan diri dari dukungan Hana.

"Shhhhh... Bagi papa rehat ya sayang... Papa penat tu.." pujuk Hana. Matanya dipejamkan. Sekali gus, cuba mencari kekuatan. Dia tertanya sendiri.. Bagaimana hidupnya esok tanpa Afeef di sisi?

"Qyra masih ada mama sayang.. Qyra ada mama.." kata pujuk diberi. Lama barulah anak kecil itu dapat ditenangkan. Terlena atas dukungan Hana.

❤❤❤

"HANA.." teguran Zaqril menyentak lamunannya.

"Kau nak apa?" soal Hana acuh tak acuh. Sudah hilang rasa hormatnya pada lelaki ini.

"Hana, saya banyak salah kat awak sayang. Saya nak tebus balik khilaf saya. Kalau boleh... saya nak kita ikat balik hubungan kita?" kata-kata Zaqril membuatkan Hana menoleh ke arah lelaki itu.

"Apa kau merepek ni? Aku baru je mati laki tak sampai seminggu kau dah merepek macam ni? Apa ni? Kau suka ambik kesempatan atas penderitaan orang lain kan? Atau kemalangan ni kau yang rancang?! Kau yang cuba buat Afeef mati kan!? Kau buat sebab kau masih berdendam dengan aku kan?! Mengakulah Zaqril! Mengaku yang kau memang buat perbuatan jahil ni!" herdik Hana.

Pang! Satu tamparan hebat singgah di pipi kanan Hana. Zaqril sudah terundur beberapa langkah. Terkejut dengan kehadiran bekas bapa mertuanya yang bertindak menampar pipi bekas isterinya.

"Aku tak ajar kau berlaku kurang ajar begini Nurhana Aqyra! Mana adab kamu?! Mana letaknya iman kamu Hana?!" tengking Dato' Zulfadli.

Kini seisi rumah sudah memerhatikan drama mereka.

"Ayah tampar Hana sebab jantan ni? Kalau ayah nak tau. Jantan yang ayah sanjung ni lah yang bunuh suami Hana! Dia yang rancang! Hana tau dia yang buat! Eh Zaqril! Kau mengakulah!" Hana sudah bertindak menyerang Zaqril.

Habis dipukul dan ditumbuk lelaki itu. Zaqril tidak melawan. Hanya membiarkan dadanya yang terasa perit ditumbuk berulang kali.

"Aku benci kau Zaqril....." seketika Hana sendiri berhenti memukul dada bidangnya.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now