37 ; 😂

7.7K 258 9
                                    

MENDENGAR sahaja bunyi deruman kereta yang memasuki perkarangan rumah mamanya, Zaqril melangkah laju ke pintu utama. Isterinya yang baru sahaja ingin melangkah masuk ditolak keluar semula. Dipaksa isterinya masuk ke dalam Toyota Camry miliknya. Terpinga-pinga isterinya dengan tindakan pelik suaminya itu.

"Kenapa Zaq?" soal Puan Sri Mikayla hairan.

"Ada nenda." bisik Zaqril perlahan.

Terkejut Puan Sri Mikayla dengan perkhabaran tersebut. Dia yang mengerti keadaan anaknya segera bersuara. "Zaq balik rumah Zaq dulu. Nanti malam datang balik lepas dinner. Kita discuss dengan nenda."

Zaqril mengangguk. Laju dia melangkah ke sebelah tempat pemandu. Laju sahaja keretanya keluar dari perkarangan rumah agam tersebut.

Hana memandang hairan. Wajah kusut suaminya dipandang.

"Kenapa abang?" soal Hana perlahan. Takut sekiranya soalannya akan menimbulkan amarah lelaki itu.

"Ada nenda kat rumah." jawab Zaqril ringkas. Tangan kirinya naik memicit kepala terasa berat pula.

"Jadi... Kenapa? Ada masalah? Abang tak suka nenda ke?" soal Hana.

"Bukan tak suka Hana. Tapi nenda Yang tak suka sayang tu." jawab Zaqril. Matanya masih fokus pada pemanduan.

Tersentak kecil Hana dengan kenyataan tersebut. Dia mengangguk tanda dia memahami.

"Nenda ada calon untuk abang agaknya. Sebab tu dia marah sangat bila abang kahwin dengan saya." ujar Hana. Sebenarnya dia tahu bahawa nenda Zaqril tidak menyukainya. Segalanya pasal Hajah Nauzah sudah dia tanyakan pada Puan Sri Mikayla.

"Memang pun." jawab Zaqril acuh tak acuh.

"Siapa?" soal Hana ingin tahu. Wajah suaminya dicari bagi menatap wajah lelaki itu.

"Ifra." sekali lagi Hana tersentak.

"Abang tahu Ifra tu ada masalah. Sebab tu abang tolak bila nenda jodohkan. Bila tunang dengan arwah Ainul pun nenda tak suka . Abang tak faham kenapa nenda nak sangat abang kahwin dengan Ifra. Apa perempuan tak guna tu buat pada nenda pun abang tak tau." ujar Zaqril bengang. Dia bengang dengan nendanya yang sering kali menolak pilihan hatinya.

"Abang tahu nenda nak datang hari ini?" soal Hana.

Zaqril menggeleng.

"Mungkin dia nak minta maaf lepas apa yang jadi?" ujar Hana. Dia alihkan pandangan menatap lebuh raya yang sedikit lengang.

"Apa yang buat sayang fikir macam tu?" soal Zaqril hairan.

"I don't know. Firasat hati je. I guess." jawab Hana. Dia senyum.

Zaqril menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sejenak dia berfikir. Mungkin kata-kata isterinya betul. Mungkin juga tidak? Dia pun tidak pasti.

Suasana hening menyelubungi suami isteri itu.

"Abang. Qyra tak pe ke kat rumah tu?" soal Hana apabila tersedar akan ketiadaan puteri sulungnya.

Zaqril tersentak. "Aduh abang lupa!" ucap Zaqril. Dia sudah berkira-kira untuk melakukan pusingan U.

"Tak pe abang. Sayang rasa mesti mama cover nanti." pujuk Hana.

Zaqril membatalkan niatnya untuk berpatah balik. Panduan diteruskan dengan tenang.

Hana pandang Zaqril. Dalam hatinya terbit rasa bersalah. Dia berfikir sejenak. Apa kehadirannya merosakkan keluarga sempurna lelaki ini? Hana mengeluh lemah.

🐳

Suasana hening itu seakan menghimpit keadaan mereka sekeluarga. Kecut perut Zaqril bila sedari tadi pandangan tajam yang nendanya berikan.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now