38 ; Sweet Memo♥

9K 250 5
                                    

KANDUNGANNYA sudah mencecah lapan bulan. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan sepanjang dia mengandung. Alahan semua tak ada. Kenapa tak ada? Sebab Zaqril yang tanggung semua alahan dia. Sampai cuti seminggu lelaki itu kerana alahan yang diterima.

"Baby, tengok mama tu. Termenung je." suara Zaqril menyentak lamunan Hana. Dipandang Zaqril yang sudah berbaring di sisinya. Senyuman terukir.

"Mama termenung sebab ingat papa." ajuk Hana sambil tangannya mengusap lembut perut yang sudah memboyot.

"Mama ingat papa? Wow! Banggalah papa ada orang ingat. Ni yang tambah sayang ni." ujar Zaqril serentak itu mencuit hidung isterinya.

Hana tergelak kecil.

"Abang... Baby nak letak nama apa?" soal Hana.

"Rizq Asyraf." jawab Zaqril sambil mengusap perut Hana.

"Kenapa Rizq Ashraf?" soal Hana hairan.

"Sayang tahu apa makna dia?" soal Zaqril memandang wajah isterinya.

Hana menggeleng.

Zaqril senyum. Tangan isterinya diraih.

"Maksud Rizq adalah rezeki." jawab Zaqril.

"Asyraf pula?" Hana yang tidak sabar mencelah.

Zaqril tergelak kecil sebelum menjawab. "Asyraf bermaksud lebih luhur. Sayang okay tak dengan nama tu?"

"Okay. Sebab lain tak de?" soal Hana lagi.

"Ada." jawab Zaqril pendek.

"Apa dia?" Hana tidak berhenti menyoal.

"Sebab nama puteri sulung kita Raisha Aqyra. Abang nak semua sama." ujar Zaqril. Memang dia sudah fikirkan nama yang sesuai untuk anak-anaknya kelak. Baginya untuk mengelakkan anak angkat mereka terasa hati apabila dewasa kelak bila nama adik-adiknya berbeza dengan dia. Yelah,  nitizen zaman sekarang nama pun jadi isu ye tak?

"Tapi nama Qyra tu, Afeef yang pilih. Abang tak kesah?" soal Hana lagi.

"Sayang, abang tak kesah. Itu anak dia. Anak abang boleh banyak lagi yang abang boleh pilihkan?" pujuk Zaqril. Sejujurnya dia tidak kesah. Yang penting anaknya sihat dan selamat. Nama sudah jatuh pada tangga ketiga. Pertama keselamatan, kedua  kesihatan.

Hana senyum. Bersyukur suaminya itu cukup penyabar. Alhamdulillah.

'Terima kasih ya Allah kerana Engkau hadirkan seorang insan yang sabar dan setia untuk menjaga dan mencintaiku. Terima kasih.' monolog hati Hana. Bersyukur dengan rezeki Allah.

🐳

"Angah Jom!" Haiza terus menarik kakaknya membuntutinya.

"Pergi mana Haiza? Angah ni tak boleh jalan laju. Kang terberanak kamu tanggung." marah Hana.

"Pergi tingkat ataslah." jawab Haiza sambil memimpin Hana naik ke tingkat atas. Tak jadi dia melangkah laju bila ditegur begitu dengan Hana.

"Buat apa?" soal Hana hairan. Namun dia masih turuti langkah adiknya.

Sebenarnya Hana baru sahaja tiba di rumah ayah dan bondanya bersama Zaqril. Kata lelaki itu rindu nak lawat ayah bonda. Padahal tiap hujung minggu mereka ke situ. Sampai sahaja di hadapan pintu rumah ayah dan bonda terus sahaja dia ditarik masuk oleh adiknya,  Haiza. Mahu tak mahu dia ikut sahaja. Zaqril pula? Lelaki itu sudah diajak ayah keluar semula.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now