39 ; Ending?

9.9K 298 7
                                    

ZAQRIL berlari laju ke wad kecemasan apabila mendapat panggilan dari abang iparnya bahawa isterinya mengalami pendarahan. Debar dihatinya menggunung. Tak henti-henti dia berdoa agar isteri dan anaknya tidak apa-apa. Hanya Allah yang tahu betapa kekuatan hatinya bergetar dan seakan-akan tidak kukuh bila mendapat berita tentang isteri.

"Haziq..." tegur Zaqril sebaik sahaja tiba.

Haziq yang termundar-mandir sedari tadi memandang ke arah suara yang memanggil namanya.

"Isteri aku?" soal Zaqril terus. Dia cemas.

"Kat dalam lagi." jawab Haziq perlahan. Dia meraup wajah.

"Macam mana boleh jadi ni?" soal Zaqril. Perasaan kesal bertandang di hati lelakinya.

"Dia terlicin dekat balkoni bilik korang. Aku tak tahu macam mana. Memang aku tiba dia dah terduduk berlumur darah." ujar Haziq.

"Allahu..." Zaqril mengucap panjang. Menenangkan hati yang bergelora.

"Sabar Zaq. InsyaAllah tak ada apa. Aku dah call bonda. Mama kau nanti bonda yang beritahu. Kau tenang dulu. Jom ikut aku." ajak Haziq.

"Pergi mana?" soal Zaqril hairan.

"Solat hajat." jawab Haziq seraya itu dia mengatur langkah ke surai hospital.

Dalam perjalanan mereka, Zaqril menyoal. "Kalau apa-apa jadi pada dia macam mana Ziq?"

"Apa jadi kau kena terima Zaqril. Mungkin itu ketentuan Allah yang terbaik. Jangan sekali kau persoalkan takdir dan kekuasaan Allah. Ingat tu!" pesan Haziq tegas. Bahu Zaqril ditepuk-tepuk perlahan.

"Aku takut Ziq. What if isteri aku tak selamat? What if Allah ambil anak dan isteri aku Ziq? Aku... Aku tak boleh Ziq." ucap Zaqril. Langkah diberhentikan.

Haziq berdiri menghadap Zaqril. Serentak itu dia bersuara.  "Kau ingat kau sorang je ke takut? Aku pun takut Zaq. Hana tu adik aku. Adik perempuan aku. Aku pun tak sanggup hilang dia. Dah! Cukup merintih. Kau kena kuat untuk Hana. Jom. Kita solat hajat." Haziq menarik Zaqril mengikutinya.

Zaqril mengeluh panjang. Tangannya naik memegang dada. Sedari tadi degupan jantungnya laju. Dia terlalu takut hingga lupa untuk bertenang. Nafas ditarik dan dihelah perlahan. Menenangkan hati yang bergelora.

Selesai sahaja menunaikan solat hajat, Haziq menegur Zaqril. Bahu lelaki itu ditepuk lembut.

"InsyaAllah tak ada apa. Dah jom." ajak Haziq.

Zaqril angguk serentak itu mengikuti langkah abang iparnya.

🐳

Keadaan yang hening bagai menambahkan lagi kegusaran dihati setiap insan di hadapan bilik kecemasan tersebut. Zaqril sedari tadi hanya diam menekur lantai. Hatinya tidak henti-henti berdoa akan keselamatan isteri dan anaknya. Teringat dia perbualan mereka suami isteri minggu lepas.

"Abang.." Hana panggil Zaqril lembut.

"Hmm."

"Bangunlah kejap." pinta Hana.

"Buat apa sayang? Dua pagi ni. Tidurlah balik sayang." pujuk Zaqril sambil mata terpejam.

"Abang....." Hana panggil Zaqril lagi. Kali ini dileretkan sikit panggilannya.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now