41 ; Kali Terakhir♥

18.6K 381 71
                                    

Play media (*^﹏^*)

"ZAQ, cuba kau duduk. Aku yang tengok kau pun pening." tegur Haziq. Sedari tadi dia melihat Zaqril termundar-mandir. Tak penat ke apa?

"Tak boleh Ziq. Isteri aku Ziq. What if kalau dia tak selamat? What if kalau something jadi kat dia? What if...."

Belum habis Zaqril bersuara Haziq memintas.

"Shhhh! Jangan merepek. Daripada kau macam orang gila pusing-pusing. Jom,kita pergi solat hajat. Minta kat Allah." ujar Haziq. Zaqril diheret sekali walaupun lelaki itu menahan langkahnya.

Akhirnya baru Zaqril menurut. Itu pun bila dah tinggal sepuluh langkah dekat dari surau. Baru Zaqril melangkah tanpa perlu ditarik Haziq.

Selesai solat hajat. Zaqril melangkah lesu ke ruang kecemasan. Nafas dihelah berat. Baru sahaja dia mahu duduk, dibatalkan niatnya apabila pintu bilik kecemasan terbuka. Laju dia menerpa ke arah doktor yang baru sahaja keluar.

"Boleh saya tahu siapa ahli keluarga Puan Nurhana?" soal doktor itu memandang ke arah Zaqril dan Haziq silih berganti.

"Saya suami dia." ujar Zaqril.

"Saya abang dia." Haziq pula bersuara.

Terdengar keluhan kecil dari doktor wanita yang bertubuh kecil ini. Comel aje rasa. Dengan kaca mata macam harry potter.

"Encik Zaqril, saya rasa encik ada sewaktu kejadian ini berlaku bukan? Encik tahu isteri encik dalam keadaan teruk bukan? Encik sendiri nampak betul?" soal doktor tersebut.

Zaqril mengangguk. Masih menanti penjelasan seterusnya dari doktor tersebut.

"Doktor, boleh terus terang tak?" pinta Haziq. Dia tidak sabar menerima berita yang bakal disampaikan. Hatinya berdebar. Jantungnya bagai bekerja sepenuh tenaga.

"Encik, isteri encik mengalami komplikasi pendarahan semasa kami cuba menyelamatkan dia. Isteri encik kehilangan banyak darah. Dan kami dapati, degupan jantungnya sudah terhenti sewaktu dia tiba di sini tadi..." jelas doktor tersebut.

"Are you saying that my wife is dead?" soal Zaqril tidak puas hati.

"Maaf encik, kami sudah sedaya upaya menyelamatkannya. Tapi Allah lebih berhak menentukan kehidupan dan Allah lebih sayang isteri encik." ujar doktor itu sebelum meminta diri.

Zaqril terpempam. Jatuh terduduk dia disitu. Air matanya bergenang. Bagai ditikam sembilu hatinya .

"Sayang.... Kenapa tinggal abang?" rintih Zaqril. Air mata lelakinya jatuh lagi.

'Allah! Aku tak kuat ya Allah. Kenapa dia ya Allah. Kenapa di saat aku mahu bahagia kau ambil dia ya Allah. Apa salah aku ya Allah. Mengapa begini berat dugaan mu pada rumah tangga kami ya Allah. Apa silap aku ya Allah?! Allah!!!!!' Zaqril menangis dan meraung dalam hati. Terhenjut bahunya menahan tangisan.

"Zaq, Allah lebih sayang Hana. Redha lah. Jangan macam ni. Jom, kita tengok jenazah." pujuk Haziq. Tubuh Zaqril dibantu untuk berdiri.

Zaqril memandang sayu sekujur tubuh yang tidak bernyawa dihadapannya. Berkali-kali di memejamkan mata. Mencari kekuatan dalam diri. Hatinya sakit melihat isterinya begini. Dia dekatkan wajahnya dengan wajah Hana. Dikucup sekilas dahi wanita itu.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now