36 ; ⛄

8K 246 4
                                    

"HANA tak nak bangun ke sayang? Dah seminggu abang tunggu sayang. Dah seminggu sayang tak makan, tak minum, tak senyum kat abang, tak ketawa untuk abang. Sayang, abang rindu sangat kat sayang. Bangunlah. Untuk abang. Untuk anak kita. Untuk kita. Bangun sayang." rayu Zaqril perlahan. Tangannya menggenggam erat tangan Hana. Lagi sekali airmata lelakinya jatuh.

"Sayang, Allah bagi abang peluang untuk terus jaga sayang. Bagi kita peluang untuk terus besarkan anak kita. Sayang, bangunlah. Abang tahu sayang kuat. Abang tahu. You love me right? Please sayang. Wake up. I love you damn much!" teresak Zaqril menangis di sisi Hana.

"Zaq." Dato Zulfadli menegur Zaqril. Sedari tadi dia perhatikan menantunya itu menangis.

"Ayah. Bila isteri Zaq nak bangun?" soal Zaqril sayu. Hatinya menangis bila isterinya tiada tanda-tanda ingin bangun.

Seminggu lepas isterinya hampir tinggalkan dia. Kata pendeknya, hampir mati. Oleh kerana denyutan jantung Hana terlalu lemah dia dimasukkan ke ICU untuk rawatan lanjutan. Berdasarkan penjelasan doktor, isterinya kekurangan oksigen. Jantungnya hampir gagal berfungsi. Jatuh tersungkur dia mengetahui hal tersebut. Meraung hatinya melihat keadaan Hana saat itu.

"Zaqril." panggilan Dato Zulfadli menyentak lamunannya.

"Zaq. Banyakkan istigfar nak. Allah uji kita kerana Allah tahu kita mampu Zaq. Sabar banyakkan berdoa. InsyaAllah nanti Hana bangunlah." ujar Dato Zulfadli. Menyalurkan kekuatan buat menantunya itu. Sejujurnya hatinya juga hancur melihat keadaan anak sendiri. Yalah, siapa tak sayang anak?

"Zaq tak kuat ayah..." rintih Zaqril. Benar, dia terlalu lemah.

"Jangan macam ni nak. Tak elok. Istighfar Zaq. Ingat tuhan." tegur Dato Zulfadli. Kedua-dua bahu menantunya itu dipegang bagi menyedarkan lelaki itu.

"Ayah. Bangunkan Hana ayah. Tolong ayah." sekali lagi Zaqril merayu. Dia benar-benar mahukan isterinya sekarang.

"Mari Zaq. Ikut ayah. Kita solat sunat." ajak Dato Zulfadli.

Zaqril akur. Kalau ikutkan hatinya memang dia tidak mahu tinggalkan Hana walau sesaat. Tetapi apabila ditegah ayah mertuanya dia tidak membantah. Dia ikutkan sahaja.

🐳

Berlari Zaqril keluar dari surau hospital menuju ke wad isterinya. Diterjah sahaja bilik itu. Alangkah tenang hatinya memandang wajah tersenyum isterinya.

"Sayang...."

Hana balas panggilan suaminya dengan senyuman.

"Sayang... Ya Allah terima kasih." ucap Zaqril tanpa segan. Terus dia menerpa ke arah isterinya. Dahi isterinya dikucup berkali-kali.

"Agak-agaklah nak ber-romance banyak mata ni ha!" tegur Haziq memecah kesunyian.

Terletus ketawa oleh orang-orang yang berada di dalam wad itu. zaqril sekadar tersengih, sedar akan keterlanjurannya.

"Sayang, nak makan? Anything?" soal Zaqril lembut.

Hana menggeleng. Wajah Zaqril dipegang. Rindunya. Senyuman nipis diukir.

Zaqril balas pandangan Hana. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya dia pada wanita dihadapannya ini. Sebelum dia bersuara dapat dia dengar orang sekelilingnya sudah keluar dari wad tersebut. Barangkali memberi ruang pada dia dan isteri untuk meluah rindu.

"Abang... Terima kasih." ucap Hana tiba-tiba.

Terkedu Zaqril. Dia memandang Hana hairan.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now