31 ; 🌹(>_<)

9.1K 269 32
                                    

"HANA macam mana?" Zaqril meluru ke arah Dayana. Aisy yang sedang duduk di kerusi hospital yang disediakan di pandang sekilas.

"Dia dalam bilik kecemasan. Dah lama dia dalam tu." Dayana menjawab perlahan. Dia tidak tahu bagaimana hendak ceritakan hal sebenar. Jadinya dia hanya menunduk menekur lantai.

"Kenapa... Apa yang jadi?" Zaqril diselubungi tanda tanya. Dayana hanya memaklumkan dia bahawa Hana di hospital. Tidak diberitahu sebab kenapa. Melihat wajah sendu Dayana dan muram Aisy dianyakin sesuatu yang besar telah terjadi.

"Kenapa korang diam? Jawablah! Apa jadi?!" marah Zaqril. Nadanya sudah berubah keras. Hati lelakinya tidak tenang sebaik sahaja mendapat berita isterinya di hospital. Zaqril mendekati Aisy pula.

"Aisy, kenapa dengan Hana? Tolong jangan buat aku takut. "

Aisy tidak menjawab sebaliknya gadis itu kembali mengalirkan air mata. Dia sampai sepuluh minit yang lalu. Dayana sudah ceritakan semuanya. Namun sama seperti Dayana dia juga berat hati ingin memberitahu perkara sebenar.

"Kita tunggu apa kata doktor." hanya itu sahaja mampu Aisy katakan.

"Dee.. Hana macam mana?" soal Nadine yang baru sahaja tiba.

Dayana segera mendekati Nadine.

"Dah buat laporan polis?"

Nadine angguk.

Zaqril menghampiri mereka berdua. Telinganya mendengar perkataan polis tadi. Hati lelakinya tidak tenteram. Apa kena mengena polis dalam hal ini? Dia baru perasan warna merah pada pakaian Dayana. Tambah kuat rasa ingin tahunya.

"Nad, apa jadi sebenarnya? Kenapa sampai kena buat laporan polis?" terus Zaqril ajukan soalan. Mungkin Nadine boleh menjawab persoalan yang menghantuinya.

"Kau punya skandallah! Datang marah-marah tuduh Hana perampas. Hentak kepala Hana. Tolak dia sampai jadi macam ni. Kalau apa-apa jadi kat Hana memang mati skandal kau tu aku kerjakan!" Nadine bengang. Bahu lelaki itu ditolak kasar olehnya.

Mendengar kata-kata Nadine, Zaqril terkejut. Terkejut bila Nadine sebut skandal. Bila masa dia ada perempuan simpanan? Dan lebih terkejut mendengar apa yang terjadi pada isterinya..

"Tapi kenapa sampai masuk kecemasan?" memalui fikirannya mungkin kecederaan isterinya itu tidaklah teruk mana berdasarkan cerita Nadine.

Dayana pandang Zaqril. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan.

"Aku harap kau tabah. Hana mungkin keguguran..."

"Allah." Zaqril terduduk sebaik sahaja berita yang Dayana sampaikan lebih membuat dia terkejut dari tadi. Dia tidak tahu isterinya mengandung. Tiba-tiba dikejutkan lagi dengan berita kehilangan.

Zaqril tidak dapat menahan emosinya. Selama dia menikahi gadis itu kali kedua. Dia tidak pernah naik tangan. Dulu dia dayus, jadi dia tidak akan ulang kesilapannya. Zaqril menangis tanpa segan silu disitu. Isteri yang dijaga dengan rapi tiba-tiba menjadi mangsa atas hasad dengki orang lain.

"Ya Allah. Siapa yang busuk hati sangat pada isteri aku ni? Kalau aku dapat dia aku tanam hidup-hidup!" jerit Zaqril. Bengang.

"Ifra." Dayana menyebut nama itu.

"Kenapa Ifra tu teruk sangat? Tiba-tiba nak masuk rumah tangga orang. Paling teruk serang isteri orang. Mental agaknya?" celah Aisy yang sedari tadi membisu.

"Kenapa dia serang Hana macam tu Zaq? Kau simpan perempuan belakang Hana ke? Kau masih nak sakitkan hati dia?" soal Dayana tidak puas hati. Lelaki itu pernah melukakan Hana jadi tak mustahil jika lelaki itu mengulangi kesilapan sama.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now