32 ; 🌹(>_<)

8.7K 273 3
                                    

"ZAQRIL?" Ifra hairan melihat amarah Zaqril yang tiba-tiba memakinya. Kesalahan apa yang dia buat sampai lelaki ini bengang begini?

"Kau perempuan hati busuk! Kau tak patut hidup dalam dunia ni tau tak!" serentak itu satu tamparan Zaqril hadiahkan ke pipi kanan Ifra.

Tersentak semua orang melihat tindakan Zaqril itu. Ifra yang terkejut memegang pipinya. Dia berdiri menghadap Zaqril.

"Abang.." panggil Hana lembut. Dia tahu baran lelaki itu boleh terbawa-bawa. Bayangkan sahaja dulu dia hampir separuh mati dikerjakan lelaki itu.

"Diam Hana! Biar aku ajar perempuan hati busuk macam dia ni!" Zaqril tampar sebelah pipi lagi. Dia pandang Ifra dengan amarah menggunung di hati lelakinya. Mengingatkan tentang anaknya yang sudah tiada. Mahu sahaja dia cekik gadis dihadapannya ini. Biar mati!

Zaqril cekak rambut Ifra dari belakang. Hampir sahaja dia hempaskan kepala Ifra ke dinding kalau bukan kerana orang tua gadis itu memerhati.

"Kau tau apa kau buat? Jangan tayang muka tak tau! Jangan tayang air mata murah kau!" tengking Zaqril. Dia sudah panas apabila gadis itu hanya berdiam tanpa suara.

"Anak aku mati sebab kau!!! Pembunuh!" Zaqril menolak Ifra sekali lagi. Terbuang gadia itu jatuh ke lantai.

Terkejut semua orang yang berada di situ.

"Kau tau tak isteri aku hampir mati sebab kau! Dasar perempuan sial! Menyusahkam hidup! Baik kau matilah!" selesai berkata-kata Zaqril berpaling ke arah paksu dan maksunya.

"Ni anak paksu ni! Kerja merosakkan rumah tangga orang! Runtuhkan masjid orang! Memalukan keluarga! Merosakkan maruah! Dasar perempuan tak sedar diuntung!" caci Zaqril. Selesai menghamburkan amarahnya. Hana dihampiri. Tenang sekejap hatinya melihat wajah sang isteri.

"Sayang jom balik." ujar Zaqril. Tangan Hana diraih lalu di bawa keluar dari rumah agam keluarganya itu.

Biar orang tua gadis itu pula yang mencuci fikiran gadis itu. Panas hatinya mengingatkan tindakan tidak waras gadis itu. Bengang dia rasa.


🐳

"ABANG,  marah lagi?" soal Hana. Lengan sasa suaminya dielus lembut. Menyalurkan rasa tenang dihati lelaki itu.

"Tak sayang. Cuma abang geram dengan tindakan dia. Macam tak ada akal buat begitu." ujar Zaqril. Dahi isterinya dikucup lembut.

Hilang amarah dihatinya melihat sang isteri yang begitu sabar menjadi tulang belakangnya.

"Abang bersyukur Allah kurniakan abang isteri yang begitu penyabar buat abang. Terima kasih sayang." ujar Zaqril tangannya turun melingkari pinggang isteri.

Hana tidak menolak. Hanya diam melayani layanan lembut sang suami.

"Abang lapar?" soal Hana.

"Sayang lapar ke?" soalan Hana dibalas dengan soalan..

Hana sekadar menyengih sebelum mengangguk.

"Tadi dah lunch rumah mama kan? Sayang makan dua piring tau. Lapar lagi?" soal Zaqril hairan.

"Macam tak cukup. " jawab Hana tanpa riak. Jarinya dimainkan di dada bidang Zaqril.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now