22 ; Cerai lagi🌹

14.3K 342 14
                                    

SEMINGGU berlalu tanpa Zaqril seakan bahagia bertandang di hatiku. Tiada bebanan di benak mindaku ingin memikirkannya. Hari ni aku melangkah semula ke rumah agam ibu bapaku. Menjadi puteri sulung mereka tanpa ikatan halal dari seorang suami. Ya, Zaqril menceraikan aku dengan rela hati. Barangkali, entah. Aku sendiri tidak tahu.

"Hana?" suara bonda mengejutkanku kembali ke alam nyata.

"Ya bonda?"

"Mengapa perceraian yang kamu berdua pilih?" soal bonda sebaik sahaja duduk di sebelahku.

"Keputusan ini dibuat atas persetujuan kami berdua juga bonda. Sudahlah, bukan jodoh. Hana redha malah, Hana terima sebagai satu dugaan." jawabku. Tangan bonda kugenggam erat.

"Kamu berdua tahukan cerai ni jalan yang paling dibenci Allah?" soal bonda lagi seakan-akan tidak menerima kenyataan aku bercerai dengan Zaqril.

Aku diam membisu. Tidak menjawab. Keadaan jadi hening seketika. Bonda, kalau bonda tahu apa yang jadi. Yakni, Hana tahu bonda juga akan menuntut penceraian ini.

"Esok keluarga Zaqril datang ke rumah kita. Perkara ini bonda mahu kamu dan Zaq cerita apa sebenarnya masalah kamu berdua." ujar bonda sebelum bangun dan meninggalkan aku sendiri.

'Bonda, jalan ini dipilih kerana tiada guna untuk Hana bergelar isteri lagi jika tiada hadiah buat suami yang Hana mampu beri.' monolog hatiku. Tanpa sedar air mata sudah mengalir laju di pipiku.

Bayangan Zaqril menceraikan aku terbayang di benak minda.

"Zaqril.... Saya nak cakap sikit." ujarku.

Zaqril duduk di hadapanku. Senyuman manis dia hadiahkan. Aku tidak membalas. Hanya beriak biasa.

"Saya nak kita bercerai." ujarku.

Jelas terpancar riak terkejut di wajahnya. Aku diam. Tidak bersuara.

"No sayang, abang tak nak bercerai." ujar Zaqril lantas melutut di hadapanku.

Air mataku jatuh lagi. Kini kerana rayuan lelaki ini. Zaqril turut sama mengalirkan air mata. Aku buntu. Sama ada aku mahu mempercayainya lagi atau tidak.

"Tolong sayang jangan kita pilih jalan yang dimurkai Allah ini." rayunya lagi.

Seketika aku bagai tersedar. Tersedar akan kekuranganku. Tidak lagi aku sempurna sebagai isteri. Aku tidak mampu bahagiakan suamiku. Tidak sempurna seperti wanita lain. Air mata kusekah perlahan.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now