18 ; Berani Mati?💩

9K 321 3
                                    

BUNYI azan yang begitu kuat mengejutkan Zaqril daripada tidur. Terhuyung-hayang dia bangun dari sofa. Sliding door yang dibuka semalam terlupa ditutup. Dibiarkam sahaja pintu itu. Pintu biliknya dibuka. Hana masih terbaring di satu sudut biliknya. Tanpa rasa hormat, betis isterinya itu dengan ditolak bagi mengejutkan wanita itu.

"Bangun! Pergi masuk bilik kau!" kejut Zaqril.

"Sakitlah bodoh," ujar Hana dengan mata masih terpejam rapat.

Zaqril ternganga. Bodoh? Siapa yang bodoh? Aku ke? Jari telunjuk Zaqril menunding ke arah dirinya sendiri.

Kurang ajar! Zaqril mengetap bibir. Jarinya dicengkam seperti ingin mencekik Hana. Dalam tidur pun kau boleh maki laki kau sendiri!

"Sakit... sakit... sakit..." rintih Hana.

Zaqril melihat seluruh tubuh isterinya menggigil. Seluruh wajah Hana berpeluh. Pakaian isterinya yang koyak-rabak sudah cukup untuk membuktikan betapa dahsyatnya pukulan yang diberikan semalam. Perlahan-lahan jari-jemarinya menyentuh dahi Hana. Demam!

"Adoi, menyusahkan aku sungguh perempuan ni!" keluh Zaqril.

Lantas dia mengangkat isterinya dan dibawa ke bilik wanita itu. Perlahan-lahan dia meletakkan isterinya di atas katil. Selepas itu dia keluar mencari first aid. Zaqril masuk semula ke dalam bilik. Hana masih berada dalam keadaan seperti tadi. Dari tempatnya berdiri, dia merenung Hana yang cukup cantik pada pandangan matanya.

"Jika aku merawat dia, nampak sangat aku ni macam bodoh aje. Yalah, aku yang belasah dia kaw-kaw, lepas tu aku pula yang sibuk merawat kecederaan yang berpunca daripada aku sendiri." desis Zaqril.

First aid dicampakkan begitu sahaja ke atas katil. Zaqril membatalkan niatnya. Lagipun dia tidak mahu Hana menyangka, dia begitu mengambil berat akan diri wanita itu.

"Pandai-pandailah kau nak hidup!" ujar Zaqril, angkuh.

Langkah diatur keluar dari rumah. Tidak betah dia berada di situ lama-lama.

Hana terjaga. Dia berusaha untuk bangun, namun terjatuh kembali. Dia merangkak untuk naik semula ke katilnya. Dengan sehabis tenaga yang ada, Hana cuba duduk di situ, namun tidak berjaya.

Kenapa aku selemah ini? Kuat Hana! Kuat! Bergema suara hati Hana. Memberikan dorongan dan pujukan.

Peluh yang membasahi wajahnya disapu. Hana berusaha untuk bangun sekali lagi. Dia perlu bangun dan memberikan diri untuk mengerjakan solat subuh yang berada di hujung waktu. Namun, dia masih tidak berjaya. Hana terbaring di hujung katil dalam keadaan lemah.


Telefon yang berdering nyaring di jawab.

"As.. assalamualaikum," ucap pemanggil dalam talian.

"Waalaikumsalam. Siapa ni?" jawab Nadine dengan perasaan curiga.

"Sa..sakit," balas wanita itu, pendek.

"Sakit? Apa maksud awak ni? Sakit jantung, sakit perut, sakit lutut, sakit tapak kaki atau sakit jiwa? Awak salah nombor ni." ujar Nadine dengan dahi berkerut.

Dia sudah berkira-kira untuk memutuskan talian.

"Nad, tolong aku... Sakit Nad..." ujar Hana sambil mula menangis teresak-esak.

Nadine tersentak. Hana?

"Ya Allah! Hana kau kenapa? Kau kat rumah ke? Kejap aku datang. Tunggu Hana kejap!" Nadine pantas menanggalkan kot putihnya.

Langkah diatur pantas ke kereta. Sempat dia meminta 'emergency left' dari pihak hospital. Kereta dipandu laju ke rumah Hana.

Nombor Dayana dihubungi pantas. Mujur sahaja sahabatnya itu menjawab panggilannya.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now