34 ; Antagonis Lagi?!

9.6K 259 8
                                    



"ASSALAMULAIKUM ." ucap Zaqril. Tangan isterinya dipimpin masuk.

"Wa'alaikumsalam. Haaa panjang umur!" jawab Datin Hazratul.

"Macam mana Zaq? Doktor cakap apa?" soal Dato Zulfadli. Kopi yang baru sahaja dihidang isterinya diminum perlahan. Panas!

"Ni.. Eiz ada berita sikit untuk bonda dan ayah." ujar Zaqril. Sengaja dia berjeda. Wajahnya sedaya upaya disedihkan. Padahal dalam hati mahu sahaja dia melompat.

"Ke..kenapa Zaq?" tergagap-gagap Datin Hazratul menyoal. Hati tuanya berdetak laju. Risau dengan keadaan puteri sulungnya.

Hana menahan senyum. Dalam diam dia sudah bersedia menerima apa sahaja reaksi keluarganya.

"Hana sebenarnya bonda...."

"Kenapa adik aku?" celah Haziq. Dia yang sedari tadi memerhati dari tingkat atas sudah tidak sabar. Ada sesuatu yang suami isteri itu sembunyikan.

Semua mata tertumpu ke arah Haziq yang menapak turun ke tingkat bawah.

"Mengganggunya along ni!" marah Haiza yang muncul di sisinya.

"Eh! Bukan nak dengar korang bertekak. Ha! Zaqril, kenapa dengan Hana?" soal Dato Zulfadli. Dia pun tidak sabar sebenarnya.

"Zaq cuma naik bagitau. Zaq dapat hadiah dari Hana. Dia bagi Zaq zuriat bonda. Bagi cucu kat ayah bonda. And of course bagi anak buah untuk along dengan adik." ujar Zaqril. Dia tersenyum.

Datin Hazratul sudah terkedu. Terkejut dengan penyampaian berita menantunya itu.

"Ma..macam mana boleh...." baru sahaja Datin Hazratul mahu menyoal Hana memintas.

"Hana pregnant kembar hari tu. Jadi.... Satu je gugur. Rupanya satu lagi selamat Alhamdulillah." ujar Hana ceria.

"Wow! Hebat lekat dua terus!" puji Haziq tanpa berlapik. Sengaja dia tepuk tangan kuat-kuat.

Hana terus tundukkan wajah. Malu dengan ayat abangnya. Terasa darah berpusu-pusu menyerbu wajahnya.

"Eleh malu konon.. Padahal...." Haziq yang bersuara dipintas Dato Zulfadli.

"Haziq... Sudah! Kesian adik tu kamu sakat dia." tegas Dato Zulfadli. Anak sulungnya itu memang kaki sakat. Selagi tak puas memang tak berhenti.

"Tahniah abang ngah and kak ngah. Semoga lahir dengan sihat. Dah berapa bulan?" soal Haiza. Hana didekati. Dipeluk erat tubuh kakak sulungnya itu.

"Dua bulan lebih." jawab Hana. Senyuman diukir seikhlasnya.

"Alhamdulillah. Sekarang dah bawa nyawa. Jangan terkinja-kinja lagi ya." pesan Datin Hazratul. Sengaja dia selitkan amaran dalam nada bergurau.

Hana angguk. Akur dan mengerti. Fahamlah dia dengan pesanan bondanya itu.

"Zaq bawa Hana naik dulu ya. Nanti Zaq bawa Hana turun balik." pamit Zaqril seraya itu menarik tangan isterinya naik ke tingkat atas.

"Amboi dah lekat nak lagi ke?" seloroh Haziq menyakat adiknya.

"Ish kamu ni Haziq, tak habis-habis! Kalau kamu tu gatal sangat, cari bini kahwin!" tegur Dato Zulfadli.

Terdiam Haziq. Aduh! Apehal pulak dia yang kena?

Haiza sudah tergelak. Dijelir lidah ke arah abangnya tanda mengejek.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now