24 ; Afeef ♥

10.9K 307 52
                                    

"AUNTY." panggil Aqyra lalu menarik tangan Hana.

"Eh Qyra. Kenapa?" soal Hana.

Kanak-kanak kecil itu terus menunjukkan bahawa dia minta diangkat. Hana akur. Senyuman tidak lekang di bibirnya.

"Qyra, kenapa minta aunty tu dukung. Qyra kan dah besar. Kesian aunty tu, dah lah Qyra berat." ujar Afeef yang tiba-tiba muncul.

"Eh, tak apalah Afeef. Hana dah biasa." ujar Hana.

"Sorry, anak I mesti menyusahkan you kan?" soalnya cuba mengambil anaknya dari dukungan Hana.

Qyra seolah tidak mahu berlepas. Tubuh Hana didakap erat olehnya. Berkali-kali dia menggeleng tanda tidak mahu berlepas dengan Hana.

"Qyra, come with papa. Kesian aunty tu." pujuk Afeef.

"Tak apa kalau dia tak nak." ujar Hana .

"Come let us have a sit. Penat kalau asyik berdiri." pelawa Afeef. Hana sekadar akur.

Sebaik sahaja duduk, Afeef terlebih dahulu memulakan perbualan.

"Jadi miss, what's your name?" soal Afeef.

"You betul dah lupa I Afeef?" soal Hana dalam nada dengar dan tidak sahaja. Dia ligat melayan kerenah Aqyra yang sibuk bermain tabletnya.

"Have we met before?" soal Afeef lagi. Hairan dengan soalan wanita dihadapannya ini.

"Yup. Banyak kali." ujar Hana diiringi dengan ketawa yang direka-reka.

"Dekat mana ya?" soal Afeef bingung.

"Dekat sekolah." jawab Hana ringkas. Senyuman dihadiahkan kepada Afeef.

"Sekolah? Saya tak ada pula meeting di mana-mana sekolah." ujar Afeef polos.

Hana tergelak mendengar jawapan Afeef yang masih kebingungan.

"Afeef, ni sayalah Nurhana Aqyra. Takkan awak lupa muka saya Afeef?" soalku berseloroh.

"Ha.. Hana?!" soalnya seakan terkejut dan tidak percaya.

Hana mengangguk sebagai bukti.

Afeef bagaikan terkena renjatan elektrik. Serta-merta jantungnya berdegup lebih laju daripada tadi. Sungguh dia tidak percaya, wanita yang dia nanti selama ini ada di depan mata. Fikirnya tadi wanita ini mampu menggantikan tempat Hana di hatinya. Rupanya wanita ini adalah orang yang sama dia nanti selama ini.

"Afeef terkejut ke?" soal Hana menyentak lamunan Afeef.

Pantas Afeef mengangguk. Menyatakan bahawa dia benar-benar terkejut.

"You look beautiful Hana. Jadi selama ni you kenal I? Why you tak tegur je I, Hana?" soal Afeef.

"Saya ingat awak dah lupakan saya Afeef." ujar Hana. Tangannya naik membelai rambut Aqyra.

"Aunty, papa kata. Papa nak cari mama yang sesuai untuk Qyra. Why don't you be my mummy? I like you." ujar Aqyra lalu mendakap Hana erat. Budak itu terlalu bijak berkata-kata.

Afeef diam. Dia perasan akan perubahan riak wajah Hana. Jadi malu dia ingin menegur.

"You dah kahwin Hana?" soal Afeef memecahkan keheningan antara mereka.

"Twice." jawab Hana.

"Oh." buat seketika Afeef hampa mendengar jawapan wanita itu.

"Dan dua kali itu saya minta cerai." ujar Hana.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now