5 ; Malaysia!❤🏁

9.7K 329 1
                                    

"TUAN, ada nak singgah mana-mana?" soal Pak Salim merangkap pemandu peribadi Zaqril.

"Tak ada Pak Salim. Balik rumah teruslah. Nak jumpa papa dengan mama. Rindu." balas Zaqril sambil tersengih kecil.

"Baiklah tuan muda." ujar Pak Salim akur.

"Pak Salim, kan saya dah cakap jangan panggil saya tuan. Panggil Eiz je Pak Salim." ujar Zaqril matanya kini memandang ke luar tingkap.

"Baiklah Eiz."  balas Pak Salim, pemanduannya diteruskan.

Malaysia. Ya baru hari ni dia tiba di tanah airnya sendiri. Selepas 2 tahun menetap di Perth. Sungguh, memang dia rindu negara ini. Meskipun tidak banyak yang berubah selepas dua tahun. Negara ini tetap negaranya. Tempat lahirnya dan bumi bertuahnya.

Setibanya di rumah agam milik papa dan mamanya. Langkahnya terlebih dahulu diatur mencari mamanya.

"Assalamualaikum? Papa? Mama?" laung Zaqril.

"Eiz! Welcome home baby boy!" sambut Tan Sri Naufal. Anak lelakinya itu didakap erat.

"Eiz." tegur mamanya.

"Ya? Mama dengan papa sihat?" soal Zaqril sesudah menyalam kedua orang tuanya.

"Macam biasalah Eiz, sihat biasa je mama dengan papa ni, maklumlah dah tua. Rumah kata pergi, kubur kata mari." jawab Puan Sri Mikayla.

"Mama ni ke situ pula." Zaqril menundukkan kepalanya.

"Tak boleh cepatkan sikit ke majlis kamu tu?" soal Tan Sri Naufal yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Nanti Eiz tanya Ainul ye Pa. Eiz nak naik dulu ni nak mandi dan nak rehatkan badan kejap. Lepas zohor nanti Eiz turun balik." ujar Eiz sebelum mengatur langkah ke biliknya.

❤❤❤

"SAYANG dah sampai rumah?" soal Zaqril dihujung talian.

"Dah biy. Baru lepas solat. Biy pula?" soal Ainul, tangannya ligat melipat telekung sebelum diletakkan di atas katil.

"Biy dah solat dah. Baru nak turun lunch. Tadi papa tanya, boleh tak kalau nak cepatkan majlis sebulan awal?" ujar Zaqril.

"Nanti sayang tanya mummy dengan daddy  ye. Biy pergilah lunch dulu. Dah jam satu tengahari ni ha." balas Ainul.

"Okey sayang. Love you." sempat Zaqril mengucapkan kata sayang sebelum talian dimatikan.

Sejurus itu langkahnya diatur keluar menuju ke ruang makan. Kelam-kabut dia turun, takut nanti mamanya terjerit-jerit pula memanggilnya turun. Tu yang dia malas. Suara mamanya tu sudah serupa dinosaur mengamuk. Habis bergegar rumah. Eh terlebih kutuk Puan Sri Mikayla pula. Maaf puan sri. Hehe.

"Mama!" panggil Zaqril, tangannya kini melingkar di pinggang ibunya, sungguh dia rindu wanita syurganya ini.

"Amboi anak mama ni, dah nak kahwin pun manja lagi." ujar Puan Sri Mikayla. Tangannya masih ligat memasak ayam pedas.

"Favourite Eiz ke Ma?" soal Zaqril. Puan Sri Mikayla sekadar mengangguk.

"Pergi duduk kat meja tu, apa peluk-peluk mama ni. Dah tua pun manja. Macam budak!" ujar Puan Sri Mikayla, lengan anaknya dicubit perlahan.

Seusai makan tengahari bersama mama dan papanya, Zaqril meminta diri untuk keluar.

"Pa, Eiz pergi jumpa kawan kejap ea? Lama tak jumpa dorang." ujar Zaqril, pantas kunci kereta dicapai. Tan Sri Naufal sekadar menggeleng. Tak tahu erti penat betul anak lelaki sulungnya ini.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now