15 ; Caring kah?😐

8.3K 282 2
                                    

"ZAQ, saya nak keluar kejap boleh?" soal Hana masih dalam keadaan lemah. Dia belum sembuh sepenuhnya. Kaki terasa lemah melangkah. Namun digagahkan juga.
"Hmmm" balas Zaqril, matanya masih tertancap ke arah skrin komputer. Fokus dengan kerja pejabatnya.

"Saya pergi dulu. Assalammualaikum" ujar Hana sebelum pintu bilik kerja suaminya itu ditutup rapat.

Zaqril terdiam, dia terpana buat seketika. Suara isterinya itu mengundang gusar dihatinya. Lantas komputer dimatikan. Langkah diatur pantas ke bawah , berharap agar dia dapat menahan isterinya itu pergi sendiri. Malangnya kereta isterinya itu sudah menjauh.

❤❤❤

HANA mengeluh perlahan. Tidak faham akan angin suaminya itu. Baru kelmarin Zaqril melayannya lembut, tiba-tiba hari ni dilayan dingin semula.

"Sabar Hana, kau kuat." ujar Hana cuba memujuk diri sendiri.

Kereta dipandu cermat.  Memandangkan kepalanya sudah semakin berdenyut. Sedaya upaya dia tahan, takut juga dia jika perkara tidak diingini terjadi.

🌸🌸🌸

BARU sahaja dia keluar dari perut keretanya, tangannya ditarik lembut oleh seseorang.

'Zaqril? Apa dia buat di sini?' soal Hana di dalam hati. Wajah tegang suaminya dipandang lama. Mencari penjelasan.

Sedar dirinya diperhatikan lama oleh sang isteri, Zaqril bersuara.
"Kau isteri aku, tak apa aku teman kau. Jom." Tangan isterinya ditarik lembut. Jari-jarinya disulam kemas dengan jari-jari Hana.

Hana sekadar menurut. Genggaman tangan suaminya tidak dibalas. Dia takut. Takut jika ini sekadar lakonan Zaqril semata-mata. Tidak berani dia bersuara apabila bersama lelaki ini. Seakan-akan kebolehannya bersuara hilang serta-merta.

"Kenapa? Kau tak percaya ke aku datang teman kau?" soal Zaqril. Matanya masih tertancap pada skrin telefon namun, sebelah tangannya masih kemas menggenggam tangan Hana.

"Taklah saya percaya, terima kasih teman saya." ujar Hana. Wajahnya dialihkan. Sebolehnya dia mengelak dari memandang wajah lelaki itu. Apatah lagi bertentang mata.

Seketika barulah nama Hana dipanggil. Zaqril setia menemani Hana. Isterinya! Suka hati dialah nak ikut. Nak melekat dari subuh ke isyak pun boleh!

❤❤❤

"HANA." tegur seseorang yang mengganggu laluan suami isteri itu.

Tersentak Hana memandang gerangan tersebut. Siapa sangka mereka bertemu lagi. Daniel memandang Zaqril dengan senyuman sinis. Baginya Zaqril tidak layak berada di sisi Hana. Tidak padan! Layak juga tidak. Itulah tanggapannya.

"D..Danny?" terketar-ketar Hana menyebut nama gerangan tersebut. Tangannya sejuk. Bibirnya memucat. Dia fobia dengan kejadian lalu.

"Aku nak cakap dengan kau kejap boleh?" soal Daniel. Jari telunjuknya dihala ke muka Zaqril.

Zaqril buat tidak endah. Tangan isterinya digenggam erat. Terasa sejuk dan bergetar tangan sang isteri.

"Sayang, masuk kereta dulu ya." bisik Zaqril di telinga Hana. Hana sekadar mengangguk walaupun hakikatnya dia sedikit tersentak mendengar panggilan dari suaminya sendiri.

Melihat Hana sudah pun berada dalam perut kereta. Zaqril bersuara. "Kau nak apa?"

Daniel senyum. Anak matanya tepat menikam anak mata Zaqril. Dendam sudah terpahat dihatinya selepas mengetahui Zaqril menjadi suami Hana. Hari ini, dia ingin Zaqril tahu sesuatu. Dia mahu Hana bahagia. Dia mahu segalanya kembali seperti dahulu.

❤❤❤

"HANA, sayang dah sampai." ujar Zaqril. Wajah isterinya dipandang. Tidur rupanya. Patutlah senyap.

Tubuh isterinya itu dirangkul kemas. Bilik tidurnya dituju. Biarlah Hana tidur dibiliknya. Dia mahu menjaga isterinya itu. Tudung sang isteri dibuka perlahan.

"Cantik." bisik Zaqril. Tangannya membelai lembut rambut Hana.

Hana bergerak sedikit apabila terasa tidurnya diganggu. Matanya dibuka perlahan. Wajah Zaqril menjadi panahan matanya sebaik sahaja dia membuka mata.

"Hana... Lepas ni awak tidur dalam bilik ni ya?" pujuk Zaqril.

"Kenapa?" soalan dibalas dengan soalan.

"Tempat seorang isteri adalah disisi suami. Sayang, awak isteri saya. Tidur dengan saya ya? Saya takkan buat apa apa selagi awak tak bersedia. Saya tak paksa awak." ujar Zaqril panjang.

Hana sekadar senyum. Timbul satu rasa yang mengetuk pintu hatinya terhadap suaminya itu.

'Ya Allah, jika kau telah buka hatinya untukku. Ikhlaskanlah hatinya. Berharap ini bukan suatu lakonan darinya. Berharap ini bukan satu mimpi. Apatah lagi tipu dayanya' monolog Hana memandang wajah suaminya.

"Sayang rehat,  abang bawa bubur sayang makan ya?" pujuk Zaqril. Rambut isterinya dibelai lembut.

Hana sekadar akur. Senyuman ikhlas dihadiahkan buat suaminya. Zaqril pantas turun ke bawah menyiapkan bubur buat isterinya. Entah mengapa hatinya begitu girang untuk menyiapkan bubur buat sang isteri. Beginikah bahagia cinta halal selepas nikah. Dia senyum sendiri.

❤❤❤

"SAYANG, kan abang pesan jangan degil degil nak buat breakfast." ujar Zaqril, tangannya naik melingkar di pinggang Hana.

Hana diam. Kaku. Dia janggal. Kali pertama lelaki ini berada serapat itu dengannya.

"Tanggungjawab saya." balas Hana. Dia menyambung semula memotong sayur-sayuran. Tangan Zaqril yang melingkari pinggangnya dia lorotkan perlahan.

"Mematuhi arahan suami juga wajib. Berdosa ingkar tau." balas Zaqril, tangannya naik semula melingkar di pinggang sang isteri dan kali ini lebih erat. Rambut isterinya itu dihidu lembut. Wangi. Haruman ini sentiasa menggodanya.

"Abang, saya nak masak" ujar Hana tegas.

"Sayang panggil apa tadi?" soal Zaqril. Badan sang isteri kini dipusing menghadapnya. Hana sekadar tunduk. Tidak berani bertentang mata dengan sang suami.

'Mampus kau Hana, kan dah tersalah panggil' Hana sudah memarahi dirinya di dalam hati.

"Cepatlah, sayang panggil apa tadi?" sengaja Zaqril menanyakan soalan itu. Kepalanya diletak diatas bahu Hana.

'Mak ai, kepala kemain berat. Lenguh bahu aku!' kutuk Hana dalam hati.

"Abang..." ujar Hana separuh berbisik. Antara dengar dan tidak sahaja.

"Tak dengar sayang. Ulang balik." sakat Zaqril. Kali ini wajah isterinya dipandang.

Dapat dirasa deruan nafas Zaqril menerpa wajahnya. Ya Allah!  Iman aku dah habis berterabur lari semua. Penatlah aku nak kejar satu-satu lepas ni.

"Eeee dah lah orang nak masak tau!" marah Hana, tubuhnya dijarakkan sedikit dari sang suami. Makin dilayan makin gila!

Zaqril meninggalkan Hana dengan gelak tawa. Terhibur dia dengan wajah sang isteri yang sudah memerah kerana malu.

Hilang sahaja bayangan Zaqril dari dapur itu, Hana mulai membebel perlahan terhadap dirinya. Tu lah Hana tadi lancang sangat bersuara! Tak pasal-pasal kau malu! Aduh! Mahu sahaja dia berlari ke biliknya lalu membenamkan wajahnya di bantal dek kerana malu yang bertamu di hati. Suaminya itu benar-benar gila.

Gila!




Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)

Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now