35 ; 😨

8.7K 249 18
                                    

TERKEJUT Zaqril tatkala mendengar jeritan isterinya. Bergegas dia ke arah isterinya Yang kaku di hadapan keretanya.

"Kenapa sayang?" soal Zaqril cemas.

Hana menunjukkan 'benda' yang mengejutkan dirinya.

Beristigfar panjang Zaqril melihat seekor bangkai kucing yang ditikam dengan pisau lipat terbaring di atas cermin depan keretanya. Siapalah yang tergamak buat begini? Kasihan kucing yang tidak bersalah itu.

"Dah.. Dah.. Jom masuk.. Nanti abang kubur.." ujar Zaqril. Tubuh isterinya dibawa masuk. Dapat dia rasa gigilan kecil pada tubuh isterinya.

Hana terdiam seribu bahasa. Perkara tadi seolah menarik dia ke dalam trauma fikiran. Jantungnya berdegup kencang sehingga terasa sesak untuk dia bernafas normal. Zaqril yang duduk di sebelahnya juga seperti tidak terasa apa-apa. Otaknya terbayang akan bangkai kucing yang ditikam tadi. Berderau darahnya.

"Sayang.." panggilan Zaqril menyentak lamunan Hana.

"Sayang, abang rasa better kita tinggal rumah mama buat sementara waktu. Sampai abang settlekan semua ugutan ni." ujar Zaqril. Sebenarnya lebih kepada perintah pada niatnya. Bukan mahu berkompromi dengan sang isteri.

Hana mengangguk laju. Dia setuju. Terasa tidak selamat dirinya berada di rumah agam mereka itu. Kerap sungguh orang datang mengugut untuk memecahkan rumah tangga mereka. Hana sendiri rasa seperti nyawa mereka diancam bahaya. Lebih-lebih lagi selepas mendapat panggilan berbaur ugutan hari itu.

"Good..." puji Zaqril. Dahi Hana dikucup lembut. Ditarik tubuh kecil isterinya ke dakapan. Bertujuan menenangkan sang isteri yang diambang ketakutan.

Nasib Qyra puteri sulung mereka itu belum bangun. Kalau tidak memang budak tu nanti mengadu pada nenek-nenek dan atuk-atuknya yang ibu bapanya bermanja di rumah tanpa berselindung. Budak tu bukan boleh jangka apa yang keluar dari mulutnya. Siapa ajar pun dia tak tahu.

Ingat lagi dia pernah sekali Qyra mengadu pada mamanya Puan Sri Mikayla yang dia dan Hana berkiss di dapur. Bila ditanya oleh mama 'kiss apa' selamba badak dia jawab 'papa kiss lips mama'. Wah memang berasap Zaqril dan Hana. Memandai sahaja anak perempuan sulung mereka itu. Memang bising teruslah mama. Katanya Zaq dan Hana bagi contoh tak baik pada Qyra. Padahal Zaq kiss pipi Hana je pun. Memang itu rutinnya sebelum bersarapan nak buat macam mana. Tambahan dia belum pernah mencium Hana lebih dari sekadar pipi atau dahi bila diluar bilik.

"Abang.." panggil Hana.

"Ya sayang?" sahut Zaqril. Wajah isterinya dicari. Wajah pucat Hana dipandang sayu.

"Kita balik rumah mama sekarang boleh?" soal Hana.

Zaqril angguk.

"Hana kejut Qyra ya. Kita gerak sekarang." arah Zaqril.

Hana akur. Terus dia bangun menapak ke tingkat atas. Zaqril hanya menghantar langkah isterinya dengan ekor mata.

Zaqril meraup wajah. Timbul rasa gusar dalam hatinya. Deringan telefon menyentak dia. Segera dilihat gerangan yang menghubunginya.

Mama calling...

"Ya ma?" sahut Zaqril.

"Anak mama kat mana?" soal Puan Sri Mikayla dihujung talian.

Berkerut dahi Zaqril mendengar soalan mamanya. Tanpa salam terus terjah dengan soalan.

"Kat rumah. Kenapa ma?" soal Zaqril hairan.

"Mama tak sedap hati sayang. Kamu balik sini boleh? Sekurangnya ada bodyguard papa boleh tengokkan isteri kamu. Taklah dia sorang sahaja di rumah tu." luah Puan Sri Mikayla di hujung talian.

Dugaan Hati♡Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt