12 ; Kahwin? Lagi?😧🍁😔

9.8K 291 3
                                    

"ZAQ... Setuju..." ujar Zaqril, senyuman terukir dibibirnya.

"Betul ni sayang? Terima kasih anak mama!" ucap Puan Sri Mikayla riang.

"Thanks Zaqril. You're such a good boy to your parents. I'm proud of my son." ujar Tan Sri Naufal, bahu anaknya ditepuk perlahan.

Zaqril sekadar tersenyum. Dia sudah pasang niat untuk rancangannya yang seterusnya. Tak payah susah-susah dia nak melamar Hana, keluarganya sudah terlebih dahulu mengatur.

'Senang kerja aku nak dera budak tu.' ujar Zaqril di dalam hati. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"By that minggu depan mama dengan papa pergi merisik. Are you okey with that?" soal Puan Sri Mikayla.

"Lagi cepat lagi bagus ma. Zaqril ikut mana yang patut. Lagi cepat kahwin, cepat bagi papa mama cucukan?" ujar Zaqril selamba, pinggangnya menjadi mangsa cubitan mamanya.

"Aduh! Ma sakitlah." ujar Zaqril mengadu kesakitan. Boleh tahan cubitan mamanya ni.

"Gatal sangatkan. Padan muka!" balas Puan Sri Mikayla, wajah anaknya dijeling sekilas.

"Yelah ma, Zaq naik atas dulu. Nanti kita dinner together yer." ujar Zaqril, sempat dia mencubit lembut pipi mamanya sebelum mencicit dia lari.

"Anak awak tu dah nak kahwin, jangan manjakan sangat. Ni abang ni yang patutnya awak manjakan." ujar Tan Sri Naufal yang sedari tadi menjadi pemerhati.

"Mengadalah abang ni, malaslah nak layan." balas Puan Sri Mikayla lalu meninggalkan suaminya di ruang tamu sendiri. Makin dilayan makin miang suaminya itu.

❤❤❤

SEDAR dirinya sudah lama meninggalkan rumah agam ayah dan bonda, hari ini dia memohon kebenaran nendanya untuk pulang ke rumah. Takut pula dia berlama-lama di kampung ini. Kesian bondanya, sampai sakit risaukan dia.

Kereta dipandu dengan cermat. Niat di hati ingin pulang terus ke rumah. Dia perlu bersemuka dengan wajah insan-insan yang menipunya baru-baru ini. Dia mahukan kebenaran yang sahih dari mulut mereka.

Baru sahaja dia meletakkan kenderaannya di hadapan rumah, kelihatan bondanya  sudah terkocoh-kocoh keluar dan berlari anak ke arahnya. Siapa je tak rindu anakkan? Lagi-lagi kalau anak sendiri yang lari rumah sampai nak dekat sebulan.

"Hana! Ya Allah anak bonda pergi mana sayang?" soal Datin Hazratul, tubuh anak perempuannya itu didakap erat. Rindu!

"Maaf bonda kalau Hana buat bonda susah hati." ucap Hana wajah ibunya itu dipandang sayu.

"Jom kita masuk. Bonda rindu sangat kat Hana." ujar Datin Hazratul, tangan anaknya itu ditarik lembut.

"Hana, bonda minta maaf sebab rahsiakan pemergian Ainul. Bonda terpaksa sayang, keluarga Ainul sendiri yang minta. Mereka takut kalau kamu tak boleh terima." ujar Datin Hazratul panjang lebar setelah menarik anaknya duduk disebelahnya.

"Kenapa bonda? Kenapa?! I can't even see her face for the last time! Hana terkilan bonda! Nak lawat kubur dia pun Hana tak tahu! Apa salah Hana bonda?! Kenapa perlu tipu Hana! Bonda tahu tak Hana sakit sangat bila dapat tahu satu keluarga tipu Hana! Sakit bonda!" jerit Hana panas hatinya dengan alasan yang diberikan. Segala ketidakpuasan hati dia hamburkan semua.

"Hana, bonda ingat ni untuk kebaikan kamu." ujar Datin Hazratul lagi.

"Kebaikan? Ini mendera bonda! Mendera! Terseksa hati Hana bonda!" balas Hana, sakit sungguh hatinya tika ini.

"Hana, please. I'm sorry. We have to. Ini permintaan keluarga Ainul. Permintaan Zaqril." ujar Datin Hazratul. Sebenarnya dia sudah kecut perut melihat anaknya marah sebegitu.

"Zaqril? Again?! Apa kaitan Zaq dalam hal ni bonda?! Apa kaitan dia dengan persahabatan Hana dan Ainul?! Dia siapa nak masuk campur bonda!?!?" jerkah Hana, tanpa sedar kolam airmatanya sudah pecah.

"Dia tunang Ainul sayang, dia ada hak untuk segalanya yang berkait dengan tunang dia. And soon.... a..  a..akan ja... jadi tu... tunang kamu." ujar Datin Hazratul tergagap. Takut dengan reaksi anaknya.

"What?! No! I won't married him! Hana tak nak masuk neraka jantan tu bonda! Sampai mati pun Hana tak nak terima dia!" ujar Hana straight to the point. Dia memang tidak rela kahwin dengan lelaki dayus seperti Zaqril. Mimpi ngeri baginya!

"Sayang please. Ini permintaan terakhir Ainul. Zaqril pun setuju. Why can't you?" ujar Datin Hazratul, sungguh dia berharap akan anaknya seorang ini.

"Wait! Zaqril setuju? Ha.. ha.. like seriously? Permainan apa lagi dia cuba buat ni bonda? Entah-entah dia tak ikhlas pun setuju bonda. Syaitan macam dia tu tak boleh percaya!" ujar Hana, pasti lelaki itu mahu mempermainkannya! Dia pasti! Dia takkan setuju dengan perkahwinan ini! No!

"If you said so, ayah takkan paksa." ujar Dato'Zulfadli sambil menuruni anak tangga satu persatu. Sedari tadi dia menjadi pendengar setia anak dan isterinya bergaduh di bawah.

"Good! See bonda? Ayah also agree with it. Why bonda nak kena paksa Hana pula?" soal Hana. Wajah ibunya dipandang dalam-dalam. Dia mahu penjelasan. Dia tahu ibunya bukan seorang yang suka memaksa. Entah kenapa tiba-tiba jadi pemaksa pula.

"I don't care Hana, bonda akan buat Hana kahwin dengan Zaqril. The wedding mus go on. Fullstop!" ujar Datin Hazratul. Dia melangkah meninggalkan anak dan suaminya terkulat-kulat di ruang tamu. Tahulah dia macam mana nak buat anaknya itu setuju.

❤❤❤

"AUNTY have a sit." ujar Zaqril mesra. Entah apa angin Datin Hazratul ni tiba-tiba kata nak jumpa.

"Thanks. I've something to discuss." ujar Datin Hazratul. Wajah Zaqril dipandang tajam.

"Sure. What is it?" soal Zaqril masih beriak biasa.

"Anak aunty tak nak kahwin dengan you." ujar Datin Hazratul, wajah jejaka di hadapannya itu dipandang tenang.

"Wait what? You know you can trust me right aunty? Nak tak nak aunty kena buat Zaq kahwin dengan Hana. I need her aunty! I want her to be mine! Only mine! And Zaqril janji akan buat di jatuh cinta dengan Zaq." ujar Zaqril keras.

"I tahulah! Sebab tu aunty want to meet you now. Aunty nak you buat Hana kahwin dengan you. But you kena berkorban sikit." ujar Datin Hazratul. Dia tekad, anaknya perlu kahwin dengan jejaka ini. Amanah ini perlu diselesaikan.

"Sure... What's the plan?" soal Zaqril, dia sudah tersenyum sinis. Ni yang best bila mak mertua join team kita. Tapi kesian, kalau aunty tahu niat aku mesti aunty menyesal kahwinkan anak aunty tu.



Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)

Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now