Bab 2 ~ Mamat Singa ~

15.3K 661 7
                                    

"KAU ni memang Melayu betullah Ina, tengok apa kau buat dekat aku, kau dah jatuhkan reputasi aku sebagai seorang pekerja berdedikasi," bebel Didi. 

Aku hanya memekakkan telinga. Didi atau nama sebenarnya Diana memang drama queen yang paling over yang pernah aku jumpa. Nama yang sedap itu ditukar kepada Didi kerana katanya nama itu terlalu ayu untuknya. Walaupun Didi ni kelihatan agak kasar, namun aku tahu dalam hatinya ada sotong. Yang penting, dia tak pernah meninggalkan solat dan melakukan apa-apa perbuatan yang melanggar syariat Islam. Itu dah cukup untuk menjadikannya sahabat baikku.

"Alah kau ni, ni salah aku, kau jangan nak salahkan bangsa aku okey. Habis kau tu bangsa apa kalau bukan Melayu? Aku lambat lima minit je pun," balasku sambil membelek jam yang dah berusia 6 tahun di pergelangan tanganku. Walaupun ia dah lusuh, aku tetap menggantikan baterinya setiap tahun. Buat apa nak beli baru, jam hanyalah sekadar jam yang menunjukkan masa.

"Yalah yalah, naik motor cepat. Sebab kaulah aku terpaksa jadi minah rempit harini."

 Aku tahan gelak. 

"Ada lagi dua puluh lima minit weh, tak lari pun tempat kerja kita tu." Aku letakkan helmet Didi di atas kepalaku. Lagipun, naik motor daripada rumah aku ke sana hanya memakan masa sepuluh minit.

"Tempat kerja kita tu memang tak lari, karang aku tinggal kau, kau yang lari." 

Malas nak bertekak, aku terus mengambil tempat di belakang Didi.



AKU hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kawan tak senonoh aku. Didi sibuk 'melantak' nasi lemak yang aku bungkuskan untuk dia pagi tadi. Kalau aku bakal mak mentua dia, awal-awal lagi aku dah reject. Jauh dari sudut hatiku aku bersyukur, Didi terima sarapan yang aku atau ibu buatkan untuknya setiap hari sebagai tambang minyak motornya.

"Kau makan macam orang sikit boleh tak? Ni dah macam beruk dekat universiti aku pun ada." Aku memerlinya.

Didi hadiahkan jelingan tajam.

"Kau bukan tak tahu, kejap lagi bila dah start ada customer, kita yang ambil order ni tak lain tak bukan makan angin dengan hati je." 

Aku ketawa melihat wajah masam Didi bersama nasi lemak penuh dalam mulutnya. Tak semua manusia yang kita layan sama seperti yang kita harapkan. Kadang-kadang ada customer yang baik, baran, lambat macam siput dan yang gatal pun ada. Bekerja di sini buatkan aku sedar bertapa berbezanya setiap manusia di bumi Allah ni.

"Weh wanginya, bau perfume siapa eh? Jep tukar perfume ke?" Aku bertanya. Tapi yang peliknya bau ni baru muncul. Rasa tenang je bau ni. Kalau pemilik bau perfume ni ada depan aku memang lama dah aku cium. 

Tiba-tiba mata Didi terbeliak. Aku memberikan pandangan pelik.

"Kenapa?" 

Disebabkan mulutnya yang penuh, Didi menghantarkan aku isyarat melalui matanya. Aku kalih ke belakang, mata aku tak berkelip memandang seorang pelanggan di hadapan kaunter pesanan. 

Ya Allah, kacaknya. Lelaki yang tinggi dalam 180 centimeter dan memakai tuxedo berwarna biru gelap itu, aku pandang. Wajah bersihnya tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap, hidungnya mancung ala-ala tok arab, bibirnya berwarna pink lembut, mata bulatnya diserikan dengan warna iris koko gelap mampu mencairkan hati mana-mana anak gadis di kawasan perumahanku, bukan setakat gadis, mak cik-mak cik pun sanggup beratur. Jantung aku berdentum perlahan.

"Ina! Kau tunggu apa lagi, pergilah!" 

Suara Didi mengejutkan aku daripada dunia aku sendiri. Kalau ibu tahu aku tenung anak teruna orang, eh entah-entah suami orang, mesti ibu kerat aku letak dalam peti ais. Ina, jaga pandangan kau! 

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now