Bab 37 ~ Abang Uzzam ~

14.6K 559 26
                                    

Dalam tempoh tiga jam berdamping dengan Uzzam di majlis besar-besaran itu merupakan satu pengalaman yang teramatlah janggal sekali gus bermakna buatku. Itu merupakan kali pertama kami pergi ke majlis sebagai sepasang suami dan isteri. Uzzam juga tidak segan silu untuk memperkenalkan aku sebagai isterinya kepada semua orang. Sungguh, bukan ini dunia yang aku impikan. Mimpiku dan impianku tidaklah setinggi ini. Tetapi yang pasti, lelaki itu, Syed Uzzam Zafran sememangnya lelaki yang aku dambakan di dalam setiap doaku.

Yang minta hanya sedikit, tetapi Allah kurniakan sesuatu yang lebih hebat daripada itu. Allah uji aku dengan pelbagai jenis dugaan, namun Dia tidak lupa untuk sertakan sekali dengan bunga-bunga yang indah. Aku teringat akan pertemuanku dengan semua insan-insan yang hebat dalam hidupku.

"Fathina!" tegur seorang wanita yang tinggi dan berwajah manis itu.

"Kak Azalea, kan?" dia angguk sebelum kami bersalaman dan saling berpelukan.

"Tahu tak bertapa terkejutnya Kak Lea lepas nampak gambar Ina dan Dato' Uzzam akad nikah?" ujarnya dengan penuh keterujaan. Mana tidaknnya, waktu aku berjumpa dengannya tahun lalu, aku cuma sekadar kuli Uzzam.

"Alhamdulillah, Kak Lea. Saya pun masih cuba untuk biasakan diri sebagai isteri Uzzam" ucapku malu-malu.

"Oh lupa. Waktu Ina jumpa Kak Lea last year, akak still pregnant. Look at my baby boy, almost one year old already" tunjuk Kak Lea ke arah suaminya yang sedang mendukung anak lelaki mereka.

Comelnya, MasyaAllah!

"Kalau Ina ada baby nanti mesti comel. Iyalah, maknya cantik, ayah pula kacak" aku tersenyum paksa.

Kenapa lately ni semua orang nak aku ada anak ni?

"InsyaAllah, thanks Kak Lea." Azalea meminta diri untuk mendapatkan suaminya, Haezril Hakimi bersama anak lelaki mereka.

"Come" entah daripada mana Uzzam terbang, tiba-tiba sahaja dia menarik tanganku ke arah sekumpulan budak-budak lelaki dan perempuan yang berbaju sedondon. Sejuk mataku melihat anak-anak lelaki yang memakai kopiah dan kanak-kanak perempuan yang comel bertudung. Mereka semua sedang enak menjamu selera.

"Hai Uncle Uzzam!" ucap beberapa kanak-kanak cilik itu sambil melambai-lambaikan tangan kecil mereka ke udara. Aku tercengang.

Uncle Uzzam? Bagaimana Uzzam boleh kenal dengan budak-budak comel ini?

"Hai semua!" Uzzam membalas lambaian mereka. Aku tidak mampu menahan senyumanku. Ini kali pertama aku menyaksikan Uzzam berinteraksi dengan kanak-kanak kecil.

So cute!

"Ingat tak Aunty Ina yang Uncle Uzzam pernah cerita sebelum ni? Inilah isteri uncle" Uzzam memperkenalkan aku kepada mereka. Aku turut melambaikan tanganku. Terasa sedikit pelik kerana dikenalkan sebagai Aunty Ina.

Dasar Uzzam. Dia 'aunty' kan aku. Aku muda lagi kot. Lainlah dia dipanggil uncle sebab memang dah tua pun.

"Oh, bidadari Uncle Uzzam tu ke?" mataku terbeliak.

Bidadari?

"Ha'ah. Inilah bidadari yang Uncle Uzzam selalu cerita tu, Luqman" kata Uzzam sambil membelai pipi budak kecil itu. Aku geli hati melihat Uzzam melayan kanak-kanak. Berbeza benar dengan imej singa yang selalu dia pamerkan.

"Cantiknya isteri Uncle"

"Thank you, awak" ucapku sambil menundukkan tubuhku.

"Nama awak apa?" tanyaku dengan nada lembut.

"Mimi. Syamimi Kirana"

Alahai, sedapnya nama. 

"Hai, Mimi. Mimi boleh panggil saya Aunty Ina" aku menyuakan tangan. Tanpa disuruh, budak cilik ini mencium tanganku.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now