Bab 7 ~ Benci ~

12.5K 658 20
                                    

KEPALA terasa berat. Perlahan-lahan, aku buka kelopak mata. Tangan pula aku bawa ke bahagian kepala yang terasa berat. Apa dah jadi ni? Lama aku merenung siling bilik, cuba memproses kejadian sebentar tadi. Dalam beberapa detik, bayangan sesuatu menghentak kepalaku di gelanggang badminton muncul semula.

"Kau dah jaga? Okey tak? Sakit lagi ke?" Suara Hawa memecah kesunyian. Riak kerisauan menghiasi wajahnya.

Anggukan lemah dan senyuman nipis, aku hadiahkan buatnya. Memberitahu bahawa aku baik-baik saja.

Kerutan di dahi Hawa sedikit reda.  Dia kemudian berdiri.

"Aku panggilkan doktor kejap." 

Lengan kecilnya aku rentap perlahan, menghalang dia dari pergi. Geleng. Kalau dilihat dari tingkap, hari sudah pun larut malam. Keadaan aku taklah seteruk mana. Belum sampai ke tahap memerlukan bantuan staf hospital yang bertugas.

"Aku okey je. Tak payahlah susahkan doktor dengan nurse," bicaraku lemah.

Tak membantah, Hawa kembali melabuhkan punggungnya.

"Kau tak call ibu kan?" Aku bertanya takut-takut. Kalau ibu tahu, mesti dia tak boleh tidur malam dek terlalu risau.

"Mestilah tak! Tak hingin aku nak kena sembelih dengan kau." 

Aku tergelak kecil. Hawa dah masak dengan perangai aku yang satu ini. Bab-bab nak risaukan keluarga, aku memang pantang sikit. Kalau ibu tahu, mesti dia terus bergegas ke sini. Aku tak mahu susahkan dia. 

Tiba-tiba, teringatkan suara garau yang menyapa gegendang telingaku petang tadi.

"Tadi ada lelaki yang tolong aku kan? Dia pergi mana?" Mata aku mula meliar. Memerhati segenap bilik luas itu. Siap ada satu sofa dan meja lagi. Macam bilik orang untuk orang-orang berpangkat besar.

"Lelaki? Mana ada! Kau mengigau kut." Hawa tayang wajah bingung.

Aku geleng.

"Tapi... Tapi aku dengar suara dia." 

Riak tak berekspresi Hawa membuatkan aku keliru dan kecewa, mengutuk diri sendiri. Tak seharusnya aku meletakkan harapan besar bahawa Uzzam akan datang. Kau ingat kau Princess Charm School dalam cerita barbie tu ke, Ina? Suara itu, boleh jadi suara orang lain. Atau mungkin, hanya bayangan aku saja.

"Alhamdulillah, kawan aku tak hilang ingatan lagi," ujar Hawa sambil gelak mengekek. 

Terkebil-kebil aku melihat telatah gilanya.

"Kau ni dah kenapa? Nak jumpa doktor jugak ke?"

"Untunglah kau. Ada hero datang selamatkan tadi." Senyuman gedik terbentuk di bibirnya.

Mendengar kenyataan tersebut, cepat-cepat aku palingkan semula wajahku ke muka Hawa. Saiz bulatan mataku membesar.

"Maksudnya, betullah Syed Uzzam yang tolong aku tadi?" 

"Nama dia aku tak tahu. Yang aku tahu, dia handsome gila weh! Bergetar kejap tulang rusuk aku." 

Jelingan mautku selamat sampai ke muka tak berdosanya. Ikutkan hati, mahu sahaja aku lempar selipar jamban dekat mulut dia. Pandai sangat menipu.

"Dia buat apa tadi? Dia datang sini tak? Dia dah balik ke?" Soalan berderet, aku lontarkan sepantas mungkin. Melihat reaksi Hawa, pastinya dia tak sempat nak tangkap soalan-soalan tersebut

"Lajunya tanya! Kau ada bakat nak jadi rapper jugak ke? Kejap, sebelum membawang, kau tak lapar ke?" 

Aku julingkan mata. Ada saja cara Hawa nak tukar topik.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now