Bab 19 ~ Tenang ~

14.6K 631 8
                                    

"Uzzam..." Datin Zara bagaikan terpegun akan kehadiran Uzzam di depannya. Wajah bengisnya mengendur. Hanya air muka yang rindukan seseorang yang terpancar di wajahnya.

Takkan Datin Zara ni kekasih lama Uzzam? Ish kau ni Ina, biar betul?

"Uzzam...mama..." aku terperanjat dengan kenyataan yang baru sahaja aku dengar. 

Mama? Jadi Datin Zara ini mama Uzzam?

Baguslah Ina, sekarang kau dah tambah saham seorang lagi manusia yang tak sukakan kau. Mama Uzzam pula tu.

Tap kenapa sekarang dia baru muncul?

Datin Zara baru sahaja ingin membelai pipi Uzzam. Namun, dengan tampang tidak berperasaan, Uzzam mengundur selangkah ke belakang. Memastikan ada jarak antara dia dan Datin Zara. Aku hanya bertindak sebagai pemerhati, tidak berani untuk masuk campur. Nanti memang dapat penampar betul-betul daripada mama Uzzam.

"Buat apa Datin Zara datang ke sini? Saya ada jemput ke?" kata-kata kasar keluar daripada mulut Uzzam membuatkan mata Datin Zara berair. Dia tampak sangat kecewa dengan apa yang baru sahaja keluar daripada mulut anaknya.

"Mama rindukan Uzzam...salah ke mama nak jumpa anak mama sendiri? Nenek yang inform mama, sampai hati Uzzam tak beritahu mama"

"Datin baru nak rindukan saya sekarang? Habis selama 32 tahun ni, saya memang umpama halimunan yang tak wujud dalam hidup datin lah? Perlu ke saya beritahu datin, I'm nobody. Tak ada makna pun dalam hidup datin" bicara Uzzam tanpa perasaan. Nada suara kosong. Seperti robot.

"Uzzam...how could i forget you? Awak keluar daripada rahim mama. Perut ni yang mengandungkan Uzzam selama 9 bulan" pujuk Datin Zara. 

"Sudahlah datin, saya tahu yang datin lahirkan saya kerana terpaksa. Sebab tu sesudah lahir saya terus dicampak ke rumah atuk dan nenek" mata Uzzam turut berair. Rahangnya yang sedikit bergerak memberitahuku yang dia sedang menahan perasaannya.

Kenapa dia lontarkan kata yang menyakitkan ibu dia sendiri sedangkan dia nampak lebih sakit?

"Tak Uzzam, tak...listen to mama first sayang" Datin mencapai jari-jemari Uzzam. Namun Uzzam lantas merentap tangannya daripada genggaman Datin Zara.

"Please..." 

"Don't touch me" kata-kata Uzzam kali ini membuatkan Datin Zara terdiam. Dia mengesat air mata yang mencucuri pipinya. 

"Syed Uzzam Zafran!" suara ini...

Kak Laila? Dia ada di sini juga? Aku tak perasan pun?

Laila melangkah menghampiri kami. Tangannya menggendong kanak-kanak kecil yang berumur dalam lingkungan dua tahun.

Aduh dah macam drama lah pula, kenapa aku terjebak dengan semua ni?

Sebab kau dah jadi isteri Uzzamlah pandai!

"Kau jangan tak sedar diri Uzzam, ni mama kita...tanpa dia kau takkan boleh hidup sekarang ni! Jangan terlalu angkuh"

Mama kita? Maksudnya...

Eh kejap, haritu Kak Laila cakap dorang hanya kawan baik? Kawan baik apa pula sampai kongsi ibu? Takkan adik pula? Setahu aku Uzzam merupakan anak tunggal.

Jangan cakap yang aku dimadukan...

Anak itu...anak Uzzam ke? Wajahnya juga ada iras-iras Uzzam dan Laila.

Hatiku remuk.

Aku kecewa. 

Maksudnya aku dipermainkan selama ni? Aku ditipu hidup-hidup. 

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now