Bab 9 ~ Thanks ~

11.8K 628 11
                                    

AKU gerakkan kaki untuk hilangkan debar di dada. Daripada jauh aku dapat melihat Uzzam sibuk menyambut banyak tangan yang ingin berjabat tangan dengannya. Setelah mereka beredar, Uzzam kelihatan ingin menghampiriku sebelum namanya dilaungkan.

"Uzzam!" 

Uzzam mengalihkan tubuhnya ke arah si pemanggil. Aku melihat wanita cantik yang berdiri di hadapan pintu masuk. Dia kelihatan begitu gembira. Mungkin kerana dapat bertemu dengan Uzzam. Senyuman manis terserlah di wajah putih bersihnya. Cantiknya.

"Laila!" 

Kali ini, aku terkedu. Buat pertama kalinya, aku dapat menyaksikan senyuman indah milik Uzzam. Walaupun senyuman itu bukanlah untukku, aku tak dapat menidakkan kata hatiku yang Uzzam kelihatan sangat kacak apabila dia tersenyum.

Uzzam terus mendekati perempuan yang digelar Laila. Girlfriend dia ke? Ish sejak bila pula kau suka ambil tahu tentang hidup orang lain ni Ina? Aku ingin pandang ke arah lain namun mata aku langsung tidak memberi kerjasama. Uzzam kelihatan seronok bergelak ketawa dengan perempuan cantik itu. 

Sudahla cantik, menutup aurat pula tu. Aku kagum. Ramai wanita akhir zaman menggambarkan kecantikan melalui mendedahkan aurat mereka. Tetapi tidak pada Laila, dia menutup aurat dengan sempurna namun masih kelihatan bergaya.

Kerana malas mahu melihat drama di hadapanku, aku bergerak ke tandas. Hati aku remuk apabila tahu hati lelaki tersebut sudah dimiliki. Bukan sekadar dimiliki oleh perempuan biasa, namun perempuan yang jauh beza dengan aku malah aku langsung tidak setanding dengannya.



KESAN merah di baju kurung, aku cuba cuci sehingga sedikit luntur. Entah berapa kilo sirap yang diletakkan sampaikan tompokan merah yang besar pada bajuku langsung tidak pudar. Aku lepaskan keluhan berat. Lantaklah! Bukannya ada orang nak kisah pun baju aku kotor ke tidak. Aku bukannya termasuk dalam golongan yang perlu memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti tetamu VIP yang lain. 

Aku tak tahu kenapa, lepas melihat Uzzam dengan perempuan tadi, segala mood aku terus rosak. Aku rasa nak marah, panas, sakit hati, sedih dan yang dalam fikiran aku sekarang ni hanyalah, aku nak balik dan tidur supaya otak aku boleh berhenti daripada membuat sebarang tanggapan yang menyakitkan hati sendiri.

"Ammara Fathina?" 

Aku tercengang.

"Erm... Ya... Ya, saya Fathina," balasku, gagap.

"Awak janganlah terkejut macam tu. Saya Laila, panggil je Kak Laila. Saya bukanlah ahli nujum pak belalang ye, Uzzam yang beritahu nama awak tadi," beritahunya sambil tersenyum lebar. 

" Oh..." Aku tak tahu nak balas apa. 

Laila mengangkat beberapa beg kertas besar betul-betul di hadapan mukaku. 

"I'm here to help you, Fathina. Tadi Uzzam call minta tolong saya bawak pakaian daripada butik. So here I am." 

Baru aku teringat yang Laila ialah nama yang disebut oleh Uzzam sebelum dia mematikan talian sebentar tadi. 

"Eh, tak apa Kak Laila, Ina boleh je pakai baju ni. Tak perlu susah-susah." Aku menolak secara sopan. Lihat beg itu saja, aku tahu yang pakaian yang terdapat dalamnya bukan  biasa-biasa.

"Kalau Ina tak terima, maksudnya Ina dah susahkan akak. Kak Laila bawa semua barang ni untuk Ina je tau," kata Laila, menjuihkan bibir. 

Aku ingatkan dia ke sini untuk bertemu dengan Uzzam. Rupa-rupanya Uzzam hantar Laila ke sini untuk bawa pakaian untukku. Rata-rata manusia pasti akan berasa gembira, dilayan dengan baik oleh bos mereka. Sejujurnya, aku tak suka. Aku takut perbuatan baiknya membungakan rasa. 

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now