Bab 40 ~ Janji ~

16.9K 515 38
                                    

Aku masih berdiri di hadapan cermin besar berhadapan dengan sinki. Menilik wajah sendiri dengan riak wajah tidak percaya. Keadaan ini mengingatkan aku pada peristiwa di mana Uzzam cuba menyakitiku setahun yang lalu. Tetapi kali ini jauh berbeza. Uzzam melayanku seperti seorang puteri raja. Aku dibelai dengan penuh rasa cinta, tiada lagi kekerasan seperti dulu.

Aku mengesan cahaya sinar yang sedikit memantul di cermin. Persis pantulan berlian. Aku memegang telingaku apabila menyedari yang cahaya itu datang daripada cuping telingaku. Alangkah terkejutnya aku di saat jariku tersentuh anting-anting yang sudah dipakaikan di kedua belah telingaku. Kepalaku didekatkan kepada cermin itu, ingin melihat anting-anting itu dengan lebih jelas. 

Ya Allah...

Hatiku jatuh cinta pada anting-anting ini. Sudah beberapa tahun lamanya cuping telingaku tidak dihiasi dengan mana-mana perhiasan. Setelah peristiwa aku menghilangkan anting-anting pemberian Ibu, aku langsung tidak memasang apa-apa niat untuk bersubang lagi. 

Tapi bila masa pula aku pakai subang? Ni kerja Uzzam lagi ke?

SUZ'S

Perkataan ini yang tertera di dalam anting-anting berbentuk hati itu. Jadi memang sudah pasti yang anting-anting ini adalah pemberian Uzzam untukku. Suka benar dia berbuat sesuatu tanpa berbicara denganku terlebih dahulu.  

Okay sekarang aku nak buat apa? Huaa...takkanlah aku nak duduk dalam bilik air ni sampai esok. Mahu jadi mayat aku dibuatnya. 

Bangun-bangun sahaja pagi tadi otakku dijamu dengan peristiwa malam tadi. Sudah setengah jam aku duduk di dalam bilik air tanpa berbuat apa-apa. Nak buka paip air pun aku takut. Takut-takut kalau Uzzam terjaga. Hatiku tidak keruan memikirkan bagaimana aku hendak berhadapan dengan suamiku sendiri. Tangan aku bawa ke leherku lalu aku picit perlahan Seluruh tubuhku terasa sengal. Sentuhan Uzzam ditubuhku masih dapat dirasakan.

"Ammara Fathina" panggil suara garau. Aku terus menggelabah. Jantungku bekerja keras mengepam darah.

Relax, Ina. Kau boleh hadap semua ni. Berlakon je macam biasa.

"Awak tengah solat tahajjud dalam bilik air ke tu? Kenapa lama sangat?" aku mengetap bibir. 

"Ahh...err..ermm tak tak" ujarku dengan suara bergetar sambil menguatkan ikatan bathrobe yang aku pakai. 

Ceh, nak berlakon konon. Tak bersemuka pun dah gelabah biawak ada hati nak berlakon.

"Are you okay?" tanya Uzzam dari luar. Aku rasa sudah hampir sepuluh kali Uzzam bertanyakan hal yang sama. Risau benar aku pengsan agaknya walaupun aku memang sudah pening-pening lalat.

"Okay okay" 

"Kalau okay bagi abang masuk" mataku terbeliak. 

"Hah?! Abang nak buat apa?"

"Abang nak mandi lepas tu solat sunat. Sempat lagi ni, baru pukul 4 pagi" 

Aduh, dalam banyak-banyak hari, malam ni juga dia nak bertahajjud.

"Alaa, abang solat sunat tu lain kali jelah. Saya nak mandi lama sikit" pujukku. Lantaklah kena duduk dalam bilik air sampai subuh sekali pun, biar aku hapuskan segala perasaan malu yang berbaki. 

"Are you feeling shy?" soal Uzzam setelah berdiam diri seketika. 

Aku tidak membalas pertanyaan itu. Kalau tak malu tak adalah aku terperap di dalam bilik air namun aku tidak ada kudrat untuk menjawab persoalan itu.

"Awak tak nak tengok muka abang ke?" suara Uzzam kian mengendur. Aku masih mendiamkan diri. Berkira-kira untuk menjawab pertanyaannya. Sudah pasti aku mahu melihat wajahnya, namun aku masih belum bersedia. Degupan jantungku kian kencang. 

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now