Bab 23 ~ Crazy ~

13.3K 585 19
                                    



Tok tok tok

"Ammara..." tiga puluh minit minit telah berlalu, Uzzam masih tidak berhenti mengetuk pintu biliknya. Aku masih duduk membeku di atas katil sambil memeluk kedua belah kakiku. Tiada langsung niat untuk aku mengabaikan panggilan Uzzam, tapi aku tak bersedia untuk berhadapan dengannya. Perkataan yang keluar daripada mulut nenek masih belum dapat aku terima. Bukan aku hendak menghukum Uzzam di atas kesalahan nenek, aku cuma perlukan ruang untuk menenangkan diri.

"Come on sayang, open the door" Uzzam masih cuba memujuk.

Aku teragak-agak untuk bangun. Kasihan pula membayangkan suami sendiri sedang berdiri di luar pintu. Bukan setakat itu sahaja, perbuatanku ini juga meningkatkan lagi saham dosaku. 

Tiba-tiba pintu balik terbuka. Uzzam menerjah masuk ke dalam bilik sesudah menarik kunci. Pintu bilik Uzzam kunci kembali dari dalam. Aku tidak terkejut akan perbuatannya, sudah mengagak dia akan bertindak sedemikian.

Aku mengalihkan tubuhku ke arah bertentangan dengannya. Cuba hindari panahan anak mata itu. Aku tak tahu kenapa aku dapat rasakan mata Uzzam mampu memahami apa yang tersirat di hatiku walaupun aku sedar bahawa dia tidak mampu untuk melakukan hal seperti itu. Hanya Allah sahaja yang mampu membaca hati dan perasaan manusia.

"Awak masih marah lagi ke dengan cakap nenek?" tanya Uzzam

Diam.

"Ammara, please look into my eyes" Uzzam menyentuh bahuku. Mengarahkan aku duduk berhadapan dengannya. Namun, aku masih berada pada posisi yang sama. 

Lantaklah kalau nak jatuh katil pun. Yang aku tahu, aku tak nak bincang tentang hal ini.

Tiba-tiba aku terasa seperti Uzzam bangun daripada katil. Walaupun hati meronta-ronta ingin tahu ke mana dia pergi, aku kentalkan jiwa dan raga untuk tidak mudah berubah hati. Sekali sekali, aku nak protes juga. Luka di hati ini masih terasa pedihnya.

Aku kaget apabila Uzzam hadir di hadapanku secara mengejut. Uzzam mendekatkan wajahnya padaku sehingga aku terpaksa menggerakkan tubuhku ke belakang. Kerana terlalu rapat, aku tidak sedar yang tubuhku sudah menyentuh permukaan katil. Degupan jantungku sudah menggila. Tak mampu untuk membayangkan apa yang Uzzam bakal lakukan selepas itu. Tubuh Uzzam kini sudah berada betul-betul di atas tubuhku. Aku memberanikan diri untuk bertentang mata dengannya. Aku tidak mahu dianggap penakut dan lemah lagi. Mata kami bertentang, aku tidak melarikan anak mataku, wajah lelaki yang halal bagiku itu aku tatap sepuas hati.

Senyuman lain macam terukir di bibir merah jambu Uzzam. Sedikit sebanyak menambahkan rasa gusar di hatiku.

Kalau Uzzam menuntut haknya sebgai seorang suami, mampukah aku untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. 

Dan yang paling penting, bersediakah aku?

Beberapa inci sahaja lagi sebelum bibir itu mendarat pada bibirku...

"Apa yang awak cuba buat ni Uzzam?" soalan bernada serius terpancul keluar daripada mulutku setelah lama berdiam diri. Aku cuba menyembunyikan getaran hatiku dengan wajah tidak berekspresiku.

Uzzam kembali menjarakan wajahnya sebelum senyuman sinis menghiasi wajah kacak miliknya.

"Boleh pun buka mulut pun" tubuh Uzzam yang tadinya hampir menindih tubuhku, kini dia berbaring di sebelahku. Aku kembali mejarakkan tubuh kami. Nafas lega keluar daripada bibirku tanpa aku sedar.

"I'm so sorry about nenek. She wants the best for us. Itu je" 

"Habis awak pun setuju dengan cadangan nenek tadi?" mataku kini menikam matanya. Tidak berpuas hati.

Kerana Dia Uzzam ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt