Bab 6 ~ Tenis ~

12.5K 616 7
                                    

"KAK INA! Kak Ina! Kak Ina!" pekik Amirul dari ruang tamu. Macam budak kecik tapi besar lapar penampar. Entah apa dia buat pun tak tahu. Asyik melekat dekat tingkap saja dari tadi. Serupa orang tak ada kerja.

Usai memakai sarung kaki, aku pergi mendapatkan si adik.

"Kau ni dah kenapa? Tahulah Kak Ina nak balik asrama, tak payahla sendu sangat," marahku, mencekak pinggang. Bukan selalu nak bawa watak mak tiri jahat. 

Amirul buat tak endah. 

Kurang asam jawa punya budak. Kau biarkan kakak kau cakap dengan makluk alam lain. Aku kerling wajah Khairul di sisi. Dia tengah mengendap apa? Fokus lain macam.

"Kau tengok apa tu?" Aku ambil tempat di sebelahnya. 

Kami berlagak seperti spy yang sedang mengintip penjenayah melalui tingkap rumah. Aku garu kepala yang tak gatal. Nak kata ada alien, tak ada. Perhatian aku alihkan pada Amirul.

"Kau tengah intip apa ni, Mirul? Tak ada awek cun pun dekat depan tu," usikku. Sengaja nak kerjakan adik lelaki yang satu itu.

Dia melemparkan jelingan meluat.

"Kak Ina try tengok depan rumah kita tu, kan ada kereta besar." Jari telunjuk Khairul dihalakan pada kereta tersebut.

Oh, kereta tu. Memanglah nampak. Jelas kut. Tak adalah buta lagi.

"Kereta saudara-mara jiran sebelah kut. Diorang tumpang parking kejap tu." Aku berhusnudzon. Tak rajin nak bebankan otak dengan masalah sebesar zarah itu. 

"Kak Ina ni... Bila orang cakap bengap, akak marah. Tapi memang bengap pun." 

Terbeliak mataku mendengar bicara Amirul.

"Parking punyalah banyak dekat seberang jalan tu, betul-betul depan rumah jiran sebelah kita lagi. Yang dia parking bukan main lawa depan rumah kita ni, mesti ada sebab. Dah terang lagi bersuluh rumah kita ni ada orang. Mirul rasa kita kena tanya dialah," jelas Amirul, penuh keyakinan. 

Setelah memahami penerangan Amirul, rasa marah membuak-buak sedikit reda. Ada benarnya juga. Lagipula, Amirul mewarisi sifat ayah, sangat teliti dalam sesuatu perkara. Tak seperti aku, ratu paling tak teliti.

"Kalau macam tu, Mirul pergilah tanya. Akak nak angkat barang-barang kejap." 


SEPANJANG perjalanan, aku tunjukkan kepala. Cuba hindari cerlungan maut Amirul yang tampak seperti sudah bersedia nak telan orang hidup-hidup. Nasib baik ibu tak ada. Kalau tak, jenuh aku nak merangka skrip panjang lebar. 

Uzzam pun satu, sekurang-kurangnya, beritahulah dulu sebelum hantar orang. Bukan main serbu sesuka hati saja. Kalau datang dengan kereta biasa-biasa tak apalah juga. Ini tidak, datang dengan kereta Alphard.

Yang aku musykil, dari mana dia tahu yang aku akan kembali ke universiti pada hari ini? Baru beberapa hari lepas pihak universiti mengubah tarikh kemasukan pelajar ijazah semester dua. Bukankah dia Dato' Syed Uzzam, Ina? Tak mustahil bagi aku, tak bermaksud tak mustahil juga baginya.

Uzzam tahu semua tentang aku, sedangkan aku langsung tak ada apa-apa informasi tentang dirinya. Yang dikongsikan oleh Pak Cik Google teramatlah sedikit. Konklusinya, Pak Cik Google langsung tak membantu aku untuk mengenali Uzzam.

Sejurus kereta mamasuki kawasan universiti, aku diserang rasa berat hati. Beberapa hari lagi, Amirul juga akan menyambung pengajiannya di peringkat asasi. Aku risaukan makan pakai ibu. Harini pun ibu tak boleh ikut, dia pergi melawat kawannya yang sedang sedang tenat. 

Ya Allah, kau lindungilah ibuku daripada sebarang keburukan yang tidak diingini.

Kereta ini berhenti betul-betul berhadapn asramaku. Terdapat ramai mahasiswi yang lalu lalang, pulang pada hari yang sama. Dek peraturan universiti yang tak terlalu ketat, ada juga sekolompok mahasiswi dan mahasiswa yang membuat keputusan untuk pulang pada esok pagi.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now