Bab 41 ~ Nyawa ~

13K 575 43
                                    

"Kau boleh bangun tak?" soal Didi selepas membukakan pintu kereta untukku. Aku memandangnya kosong lalu cuba untuk bangun sendiri. Belum sempat sebelah lagi kakiku menjejak tanah, tubuhku bagaikan ditarik graviti. Atas bantuan Didi, aku disambut olehnya.

"Ina dengar cakap aku. Aku tak tahu apa jadi tapi aku tahu yang kau kuat. Ingat Allah Ina. Jangan lupa untuk berharap pada-Nya. Kau selalu kuatkan aku dan orang lain, jangan sampai kau yang lemah" Didi tidak berhenti memberi kata-kata semangat padaku sambil menggenggam kuat tanganku, memimpin aku masuk ke dalam rumah Ibu. 

Dia bunuh ayah....

Aku menutup kedua belah telingaku. Tergeleng-geleng kepalaku, memohon agar suara itu untuk pergi jauh.

"Suara tu datang lagi ke?" tanya Didi dengan suara cemas. 

"Tolong aku Didi...aku penat...aku penat hidup macam ni" kolam air mataku banjir lagi. Mataku sudah terasa pedih kerana menangis terlalu banyak. 

"Kau kena lawan, Ina. Kau tak boleh kalah lagi! Aku takkan benarkan kau kalah dengan suara bodoh tu" ucap Didi dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Assalammualaikum!" jerit Didi. Dalam beberapa detik, pintu rumah terus terbuka lalu mataku bertemu dengan anak mata coklat gelap. Uzzam masih mengenakan pakaian yang aku gosok semalam.

Uzzam bunuh ayah...

"Ammara" Uzzam mendekati aku. Berbekalkan lebihan tenaga yang aku ada, aku melangkah ke belakang. Namun kerana tanganku diikat oleh Didi, aku tidak boleh ke bergerak jauh. Sejarah setahun lepas seakan-akan kembali. Beberapa hari sebelum aku meninggalkan bumi Malaysia untuk membawa hati yang lara.

"Tolong Dato'...suara tu datang balik...Ina dah tak boleh..." Didi cuba untuk menjelaskan segalanya kepada Uzzam namun Uzzam lebih cepat menangkap apa yang sedang berlaku.

"I know..." Uzzam mengorak langkah padaku. Raut wajah penuh kerisauannya terarah padaku. Kerutan di dahinya seperti merobek hatiku. Akulah punca wajahnya sentiasa dihiasi tampang sedih.

"Ammara, ni abang sayang. Look at me..." pujuk Uzzam.

Suami kau bunuh ayah...kau tak sayang ayah ke?

"Pergi! Pergi!" jeritku kuat persis seperti dirasuk hantu. Diluar kawalanku, tubuh aku mula bertindak agresif. Otak dan hatiku sudah tidak dapat berkerjasam. Suara itu semakin bingit di benakku. Aku menutup telingaku namun tiada apa yang berubah. Suara itu masih bergema.

"Arhh!" Dek kerana terlalu bising, aku mengetuk kepalaku menggunakan tangan. Perubahan masih tiada. Kesabaranku mulai menipis sehingga agak menuju ke cermin kereta untuk menghentak kepalaku agar suara itu terus hilang dan lenyap.

"Ina! Ya Allah anak aku!" laung Ibu.

"Ammara!" belum sempat kepalaku menghentam cermin kereta kancil Ibu, Uzzam terlebih dahulu menghalang percubaanku dengan melemparkan tubuhnya betul-betul di hadapan cermin kereta tersebut. Kepalaku akhirnya bertemu dengan dada bidangnya. Beberapa kali dada itu aku jadikan mangsa untuk menghilangkan rasa sakitku. Selepas melepaskan geram, tubuhku dipeluk kejap oleh Uzzam sehingga aku tidak dapat gerak mahupun sedikit. Tubuhku diikat sekuatnya.

"Lepaslah! Tolong saya! Suara ini tak nak hilang. Ibu tolong Ina bu!" jerkahku bersama juraian air mata. Uzzam tidak henti-henti membacakan doa dan zikir lalu dihembuskan di kepalaku.

"Amirul tolong buka pintu bagi luas!" arah Uzzam kuat, lengan sasanya masih kuat mengikat tubuhku.

"Lepaslah! Ayah..." Dalam sekelip mata tubuhku terapung. Aku di bawa masuk ke dalam rumah dan berakhir di kamar kami.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now