Bab 8 ~ Malu ~

12.7K 606 9
                                    

"KAU boleh jawab ke tak kuiz tadi?" Setelah puas terlompat-lompat kerana teruja untuk cuti esok,  Izzat terus melemparkan soalan padu. Pastinya, dibenci mana-mana insan bergelar pelajar.

"Bolehlah kut. Entahlah weh, aku tawakal je. Yang penting, aku dah usaha," balasku acuh tak acuh.

Mataku bercahaya tatkala jam terpacak pukul satu. Sebab itulah Khamis ialah hari kegemaranku. Kelas habis awal!

Setibanya di tempat parkir kereta, mata aku bertemu dengan kelibat seorang lelaki. Haikal. Walaupun dia memakai sunglasses, namun cara pemakaiannya lebih menonjol. Uzzam memang sentiasa berpegang teguh dengan kata-katanya. Kalau dia cakap yang dia akan hantar orang, tahu-tahu saja orang itu muncul. 

Hari ini, Haikal datang dengan kereta yang berbeza, namun masih kelihatan mahal dan berkilat seperti kereta sebelumnya.

"Cik Fathina," sapa Haikal, penuh hormat.

Izzat campakkan pandangan aneh. Tak berkedip dia cuba memahami keadaan itu.

"Encik Haikal datang nak ambil saya ke?" 

 "Iya cik. Event akan mula tak lama lagi. Kita kena gerak secepat mungkin." 

"Saya dah tinggalkan luggage di pondok mak cik guard tu. Kejap saya pergi ambik ya." 

Tak cecah lima langkah lagi, Haikal lebih cepat bergegas ke pondok tersebut. Aku gelengkan kepala. Nak marah pun tak boleh. Namun aku kagum, hebat benar cara Uzzam melatih pekerjanya. Mereka tampil sangat cekap dan setia. 

Inikah yang dikatakan ketua yang baik, ramai yang sayang?

"Weh, ni Ina yang aku kenal ke? Gila bapak kau Ina, kau couple dengan Dato' mana ni?" Izzat buka mulut setelah lama buat drama terkejut. Matanya masih tak lekang dari melihat kereta 'cantik' yang terparkir di depan kami. 

Aku mencebik. 

"Jangan nak mengarut sangat. Datuk cucu empat pun belum tentu nakkan aku." 

"Habis, dengan bodyguard apa semua ni." Dia menjuihkan bibir pula, terhala pada kelibat Haikal yang gigih mengangkut barang-barangku, lalu dimuatkan ke dalam bonet kereta.

"Kau tengok kereta ni..." Izzat tayang wajah sedih. Lakonan kurang mantap seperti selalu.

Dia buat dah drama Melayu tak laris dia...

"Ni kereta idaman aku, Ina! Audi! Kau tengok bulat macam olimpik tu. Mahal tuh!" rengeknya. 

Aku geleng. Tahu apa dia aksudkan. Tanpa menghiraukan luahan perasaan Izzat, aku berlalu, mendapatkan Haikal.

"Encik Haikal. Kalau saya nak minta tolong encik hantarkan kawan saya ni ke asrama lelaki kejap boleh ke? Dekat area sini je. Lepas tu, kita pergi Ineffable Restaurant terus," pintaku. Kasihan pula tengok tar jalan, habis banjir disebab air liur Izzat yang tak berhenti meleleh.

"Mestilah boleh cik, ajaklah kawan cik." 

Aku tundukkan tubuh sedikit, tanda terima kasih. Arigato gozaimasu! Sejurus itu, aku laungkan nama Izzat.

"Izzat! Encik Haikal sudi nak hantar kau balik asrama!" Aku ayunkan tangan, mengajak dia turut serta.

Drama terharu Izzat berpanjangan, melompat sakan apabila cita-citanya tercapai. Sebagai kawan baik, aku doakan agar suatu hari nanti, dia mampu memiliki kereta idamannya. Tak rugi berdoa untuk orang lain, terutama saudara muslim. Kerana doa itu mustajab dan akan didoakan semula oleh para malaikat untuk orang yang mendoakan. Begitu indah agama kedamaian ini.

Aku mamasuki perut kereta di bahagian belakang, memandang sepi beberapa fail kerja di sisiku. Sebelum naik kereta, aku dah minta izin Haikal untuk duduk di belakang. Rasa tak manis pula untuk di sebelahnya. Ataupun lebih kepada tak selesa. Bukan sebab nak berlagak jadi mak datin.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now