Bab 35 ~ Real Me ~

14.7K 603 51
                                    

"Oh tak tak tak" buat kali kedua aku terjatuh terduduk di atas pasir. Ketawa kecil Uzzam yang pecah daripada belakang seperti menambahkan lagi perasa cuka pada wajahku.

"Awaklah ni! Lain kali nak ke pantai cakaplah, saya ni bukan main berhigh heels bagai" marahku sambil menyapu pasir pada seluarku. 

"Sejak bila awak suka pakai kasut bertumit macam ni?" 

"Sejak saya dapat suami versi zirafah" balasku masih dalam nada bengang. Geram betul dengan kasut yang langsung tidak memberi kerjasama. Nasib baik tak ada orang. Villa Aariz betul-betul terletak di hadapan pantai ini. Sangat bersih dan airnya jernih. Seperti dijaga elok oleh si pemilik. Aku tidak mahu bertanya mahupun ambil tahu tentang harga yang Uzzam laburkan untuk membeli semua ini. Kejap lagi aku yang stress, bukannya dia.

"Alahai, pakai je kasut biasa...tak perlu susahkan diri awak macam ni" Uzzam menundukkan lututnya, melutut depanku. Membantu aku membuka lilitan tali yang mengelilingi pergelangan kakiku. Sebenarnya Uzzam sudah suruh aku buka daripada tadi, tetapi aku yang berdegil kerana tak mahu telapak kakiku melecet. Kulit kakiku memang sangat mudah terluka, agak sensitif dengan permukaan yang kasar. 

Uzzam menanggalkan kasut Nike kegemarannya. Walaupun Uzzam mempunyai pelbagai jenis kasut, tetapi aku perasan yang dia suka sangat pakai kasut berwarna hitam dan putih ini ke mana-mana. 

"Kenapa awak buka kasut juga?" dahiku berkerut melihat tindak-tanduknya. 

"I wanna do this" Uzzam menyarungkan kasutnya pada kakiku. 

Ya Allah besarnya kaki Uzzam jika hendak dibandingkan denganku. Aku menggerakkan kedua belah kakiku, kasut yang Uzzam pakaikan itu seperti buaian yang terbuai-buai dek kerana perbezaan saiz kaki kami.

"Habis awak macam mana?" tanyaku sambil menilik kakinya yang kini hanya berstokin putih. Dalam sekelip mata, stokin itu dia buka dan masukkan ke dalam poket seluarnya. Aku tersenyum kecil. 

"Well, I'm not a spoiled kid, I can manage"

"Habis awak nak cakap yang saya ni spoiled kid lah?" baru sahaja aku nak melawan, Uzzam pantas menarik kedua belah tanganku sehingga aku kembali berdiri dalam sekelip mata.

"Apa awak cakap?"

"Tak ada apa-apa" aku menggelengkan kepala. Nak marah pun tak jadi kerana Uzzam dah banyak membantuku. Tangannya mencapai kasutku yang tersadai di atas pasir.

"Meh saya pegang" aku cuba merampas.

"I can manage" ulangnya lagi. 

Malas nak bertekak, kami meneruskan langkah, mendekati air laut yang berombak. Ini kali pertama aku dan Uzzam keluar bercuti, segalanya terasa baru dan pelik. Aku mencuri pandang Uzzam yang sedang leka menikmati keindahan laut ciptaan Allah.

Rupanya Dato' Uzzam sama sahaja seperti lelaki yang lain sewaktu menghadapi situasi seperti ini. Kami berdua berdiri kaku, persis sedang berhadapan dengan bendera Malaysia menyanyikan lagu Negaraku. Tadi bukan main lagi peluk ala drama Hindustan, sekarang beku seperti duduk di Kutub Utara. Aku tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan dibualkan pada saat-saat begini. Aku rasa Uzzam juga merasakan hal yang sama. Dari tadi, matanya turut mencuri pandang ke arahku, namun sebaik sahaja mata kami bertembung, Uzzam terus pura-pura menghalakan kepalanya ke arah lain. Aku cuba menahan senyuman. Sekarang aku betul-betul percaya yang Uzzam memang tidak pernah ada pengalaman bercinta.  

"Ehem" aku cuba mematikan semua bunyi cengkerik-cengkerik di tepi pantai.

"Jauhnya awak berdiri" belum sempat Uzzam membalas kenyataanku, aku sudah merapatkan jarak kami sehingga jari jemari aku dan Uzzam bersentuhan secara tidak sengaja.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now