Bab 30 ~ Takut ~

14.8K 572 9
                                    


Aku mengekek ketawa, terhibur dengan lakonan mantap daripada pelakon utama drama kegemaranku. Sebab ini genre romance dan comedy sentiasa menjadi pilihan utamaku. Sengaja aku menguatkan volume televisyen untuk mengurangkan rasa sunyi di dalam rumah agam ini.

Inilah aktivitiku selama 3 hari berturut-turut kerana tidak dapat tidur. Salah satu cara untuk aku hapuskan bayangan Uzzam daripada kepalaku.

Aku ada mesej dia semalam, tapi itulah, tanya satu jawab satu.

Sakit pula hati aku. Dah macam mesej dengan tunggul.

 Selain tu, ada sahaja ruang tamu berhampiran kamarku di tingkat atas, tetapi aku lebih sukakan sofa di ruang tamu bawah. Lebih empuk dan selesa.

Sejujurnya ruang tamu atas lebih mengingatkan aku pada Uzzam kerana ia terletak berhampiran dengan bilik kami. 

Arh, sakitnya kepala aku! 

Aku menggelengkan kepalaku. Fokusku pada televisyen sudah terpalit pada orang yang aku hendak lupakan buat sementara waktu.

Kaki kananku sengaja aku silangkan sehingga kain separas pehaku sedikit terangkat. Aku sudah pastikan segala tirai rumah tertutup untuk berpakaian sebegini. Bahaya pula kalau ada orang nampak, mahu berdarah hidung melihat baju tidak cukup kain ini.

Aku juga terkejut apabila mendapati beberapa helai baju tidur kain satin yang terdapat di dalam kotak hadiah pemberian Laila. Sangat cantik dan nampak mahal. Bukan sekadar nampak, memang dengan hanya melihat jenama sahaja aku tahu ianya tidak murah. Jenama yang sama yang aku pernah lihat di KLCC yang sememangnya terkenal dengan kedai-kedai yang menjual barang-barang harga tidak mampu milik.

Pelbagai warna dihadiahkan oleh Laila tetapi warna emas yang aku pakai sekarang ini lebih menarik perhatianku.

Wah...

Aku tersenyum sendiri melihat adegan romantik antara hero dan heroin drama tersebut. Lelaki itu menghadiahkan sejambak bunga dan mengucapkan kata cinta pada perempuan itu. Kerana terlalu gembira, perempuan itu menitiskan air matanya dan menghadiahkan kucupan pada bibir si hero.

Tiba-tiba aku teringat akan ciuman Uzzam pada bibirku beberapa minggu yang lepas. Namun, sepantas mungkin aku mengalihkan pandanganku daripada televisyen. Pipiku sudah membahang.

Mahu tercabut jantungku apabila ada sesuatu melekat pada pipi kananku. Aku menyentuh pipiku sebelum mengalihkan kepalaku.

"Aaaaaaa!" aku terjerit kuat. Mataku terbeliak memandang gerangan manusia yang berada di belakangku. Aku turut bangun serta merta.

"A...awak..." lidahku terkelu. Tidak menyangkakan kehadiran Uzzam lewat malam seperti ini.

Mata Uzzam kelihatan tidak percaya akan apa yang disaksikannya sekarang. Matanya langsung tidak berkelip memandangku daripada atas ke bawah.

Aku cepat-cepat mencapai bantal kecil di sofa lalu memeluknya. Salah satu taktik untuk menutup dadaku daripada pandangan Uzzam. Baju ini bukan sahaja singkat dan tidak berlengan, bahagian dada juga sedikit terbelah.

Kenapa waktu aku pakai baju tak sopan nilah dia nak balik. Dahtu nak balik main terjah je, bukan nak bagi salam ka apa.

"Awak balik?" aku memecahkan kesunyian antara kami.

"Ha'ah" Uzzam cepat-cepat melarikan pandangannya ke arah lain. Pipinya sedikit memerah, sama seperti pipiku yang kian membahang.

"Kenapa tengok drama malam-malam macam ni?" tanyanya, menghampiri aku di hadapan sofa.

"Erm, baru lepas submit last assignment tadi, so self-reward episode baru drama ni" jelasku. Aku menunjuk ke arah rancangan televisyen yang menjadi kegemaranku beberapa minggu ini. 

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now