Bab 42 ~ Zack ~

12.7K 595 48
                                    

"Ina...Ina..." panggil satu suara garau. Aku terjaga daripada lenaku. Mataku berlegar ke segenap kawasan itu.

Dekat mana ni?

Sungguh cantik tempat ini. Dipeluhi dengan kehijauan pokok-pokok besar yang tersusun indah. Bunga-bungaan pelbagai warna juga terhias cantik di sekeliling taman itu. Burung-burung berkicauan menambah lagi seri taman ini. 

"Abang Zack...abang buat apa di sini"

"Terima kasih ya" ucap Zack. Dahiku berkerut kerana soalanku dibiarkan tidak berjawab. Lain yang aku cakap lain pula jawapannya.

"Untuk apa?"

"Untuk segalanya. Terima kasih sangat-sangat. Abang doakan Ina bahagia dengan Dato' Uzzam" Zack bingkas bangun daripada bangku. Aku turut berdiri. 

"Abang Zack nak ke mana?" Entah kenapa aku rasa sedih dan sunyi sebaik sahaja Zack mengorak langkah.

"Abang nak jumpa mak abang" tutur Zack bersama senyuman manis. Itulah senyuman terindah Zack  yang pernah aku lihat. Tampak sungguh gembira ingin bertemu dengan ibunya. 

"Oh okay...bye Abang Zack!" aku membalas lambaiannya. Selepas itu, aku menoleh ke arah suara di belakangku.

"Ayah! Abang Uzzam!" aku memanggil mereka yang sedang rancak berbual di hadapan satu buaian besar. Aku berlari-lari anak ke arah mereka. Namun semakin aku menghampiri mereka, tubuh mereka semakin sirna.

"Abang!" aku melaung nama mereka beberapa kali. 

"Jangan tinggalkan Ina..." aku merayu. Aku tidak mahu mereka hilang.

"Ayah sayang Ina" 

"Abang pun sayang awak, Ammara"

Tiba-tiba tubuh mereka melesap daripada pandanganku. 

Tak...tak...jangan pergi

Aku jatuh terjelepok di atas dedaun hijau itu. Baru aku sedar yang tempat secantik ini tidak lagi kelihatan indah tanpa peneman di sisiku.



"Fathina...Fathina" mataku terbuka. Aku melihat sekeliling ruang bilik yang memang sudah sebati denganku. Wad pesakit. Aku mencari gerangan pemilik suara lemah-lembut itu.

"Ina dah sedar?" 

"Dr Rania?" aku tersentak. Dr Rania berdiri di sebelah satu lagi doktor lelaki. Aku melihat mereka silih berganti. Lelaki yang memakai kot putih bernama Dr Irfan itu aku pandang sekilas. 

"Ina okay tak?" aku mengangguk perlahan. Aku mencari ahli keluarga, namun hampa. Seorang pun tiada. Aku tidak menyangka yang Dr Rania sudah berada di Malaysia. Kali terakhir aku bertemunya adalah di UK. Wajahnya masih sama, sentiasa manis dengan senyuman.

"Ina ingat tak apa yang berlaku?" tanyanya perlahan, sedikit membongkokkan tubuhnya merapatiku.

"Apa yang berlaku?" aku bertanyakan kembali. Bila difikirkan balik, aku pun tidak tahu kenapa aku berada di sini.

Kejap...

Dadaku mulai berombak. Nafasku turun naik. Aku menggerakkan kepalaku sedikit, menafikan memori gelap itu. Aku menyentuh pipiku yang masih dapat rasakan bisa kesakitan di hujung bibirku.

Tak...tu mimpi buruk je...

Aku mencari kelibat Uzzam. Selalunya dia akan berada di sampingku di saat-saat begini. Dia takkan tinggalkan aku sendirian.

"Fathina cari siapa?" tanya Dr Irfan yang baru sahaja bersuara.

"Abang...abang Uzzam mana?" 

"Ina dah ingatkan apa yang berlaku" Dr Rania menggapai tanganku yang sudah menggeletar.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now