Bab 33 ~ Kita ~

14.5K 640 36
                                    

"Dato' buat apa dekat sini?" tanpa menunggu jawapannya, aku mengambil biskut tersebut daripada tangannya dan berlalu ke troliku. Derap kakinya mengikuti aku daripada belakang. Bau wangian Uzzam masih bermain di rongga hidungku.

"Beli barang" jawapan kebisaannya yang membosankan itu sudah kembali.

"Dato' kan busy...tak ada kerja me?" perliku. Keningku terangkat sedikit apabila melihat Uzzam tersenyum kecil.

"You know that I can make time for you"

"Ikut suka hati Dato' lah" aku menolak troli ke hadapan. Pura-pura fokus pada senarai barang yang perlu dibeli. Padahal hanya Allah yang tahu bertapa aku cuba mengawal mataku daripada terus memandangnya.

"Ammara"

"Yaaa..." jawabku dengan nada manja. Masih cuba untuk menelaah kertas kecil di tanganku.

Kejap, kenapa aku balas macam tu?

Aku pandang Uzzam. Uzzam tengok aku. Mata kami tidak berkedip memandang antara satu sama lain. Aku melarikan anak mataku ke arah lain. Malu dengan tindakan sendiri.

"Yaaa..." Uzzam mengajuk gaya suara manja yang aku lakukan tadi.

Aduh, rasa macam balut muka dengan kain kafan je.

"Dato' pergilah office. Tak payah kacau saya" ujarku dingin.

"Ingat tak saya cakap apa dulu?"

"Cakap apa?" dahiku berkerut. Menunggu Uzzam menyambung kata-katanya.

"Apa yang saya akan buat kalau awak panggil saya dato'?" tanya Uzzam dengan senyuman lain macam.

Pipiku kembali berbahang. Teringat akan usikkannya setahun yang lalu di rumah ibu.

"Ingat tak?" tanyanya lagi dengan senyuman mengusik.

"T...tak. Tak ingat" tipuku. Aku sudah tak sedap hati. Cara Uzzam memandangku sudah cukup untuk menggetarkan hatiku.

"Nak saya ingatkan ke?"

Mataku terbeliak. Aku lantas menggelengkan kepalaku. Gelenganku terhenti apabila Uzzam merapatkan wajahnya sekelip mata. Mataku seperti dipukau olehnya.

"Stop calling me Dato' Uzzam, Ammara. It doesn't sound cold now"

"Hah?"

"It sounds sexy" bisiknya. Aku hilang fokus.

Tangan Uzzam memegang tanganku secara tiba-tiba. Menggunakan kekuatannya untuk memberhentikan troli yang aku tolak. Baru sahaja aku ingin memarahi Uzzam, aku terlihat seorang kanak-kanak lelaki kecil berdiri betul-betul di hadapan troli yang aku tolak. Kanak-kanak itu kelihatan sibuk memilih gulu-gula di rak itu. Aku melepaskan nafas lega.

Ya Allah, nasib baik. 

Aku tersenyum melihat budak lelaki itu berlari-lari anak ke arah ayah dan ibunya bersama seplastik gula-gula. Terlompat-lompat dia mahu memasukkan coklatnya ke dalam troli.

"Bagi saya peluang untuk memperbaiki semuanya" genggamanku pada pemegang troli dileraikan. Kini, Uzzam memegang jari jemariku.

"Nothing to be fixed, Uzzam. My pain, it will not let go of me" aku cuba melepaskan tangannya tetapi jelas sekali, dia lebih kuat. Aku kembali memanggilnya Uzzam. Bukan hanya Uzzam, aku turut menanggung kesakitan setiap kali aku memanggilnya Dato' Uzzam. Panggilan itu seperti tali yang menarik kami ke arah yang bertentangan. Membuatkan aku makin jauh darinya. Senyuman bahagia terukir di bibir Uzzam, suka barangkali aku memanggilnya Uzzam seperti dahulu.

"You can get through all this pain, Ammara. I trust you"

"Don't trust me, Uzzam. It's not getting easy" beritahuku lembut. Memujuknya untuk mengerti apa yang aku rasakan buat saat ini.

Kerana Dia Uzzam ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora