Bab 21 ~ Sorry ~

13.3K 642 11
                                    

"Nak pergi kerja dah?" tanyaku seusai menangkap kelibat Uzzam yang sedang mengikat tali lehernya di hadapan cermin besar yang terletak di ruang tamu. Suka betul dia bersiap di sini. Beberapa hari lepas aku menjerit macam orang gila sebab nampak lelaki yang tak pakai baju di ruang tamu. Rupa-rupanya, memang sudah menjadi tabiat Uzzam untuk memakai pakaiannya di situ. Selepas kejadian itu, memang aku takkan keluar daripada bilik sebelum pukul 7:15 pagi. Trauma.

Tahulah dulu dia tu bujang, aku pun pernah bujang tapi tak adalah pakai baju di tengah-tengah rumah.

"Sorry Ammara" dia tidak membalas pertanyaanku. Mata kami bertemu melalui pantulan cermin itu. Aku tahu yang dia betul-betul maksudkannya.

"Kan saya dah cakap it's okay. Saya faham awak ada urgent meeting with your investors" 

Uzzam meminta maaf kerana dia tidak dapat menunaikan janjinya untuk temankan aku menonton wayang. Pada awalnya, memang aku kecewa. Tetapi selepas pujuk hati dan cuba memahami situasi yang dilalui oleh Uzzam, aku dapat terima. Tak ada rezeki kami untuk meluar kali ini.

Tapi mana nak tahu kalau Allah sediakan sesuatu yang lebih baik nanti? Dapat pergi honeymoon ke?

Nak pergi honeymoon apanya, tidur pun bilik asing...

"Jom breakfast dulu" aku menarik lengannya. Sampai sahaja di dapur, aku perasaan yang kedudukan tali leher Uzzam sedikit senget. Mungkin kerana dia belum sempat nak betulkan aku dah tarik dia ke dapur. Aku berdiri berhadapan dengannya. Kakiku terpaksa dijinjat sedikit untuk mengemaskan lagi ikatan tali leher Uzzam. 

Uzzam hanya menurut tanpa banyak soal. Sengaja dia menundukkan kepala sehingga hidungku dan hidungnya bersentuhan. Mataku terbeliak apabila mendapati majahnya betul-betul hampir dengaku. Secara automatik, aku terus berundur ke belakang. 

Dengan pantas, tangan Uzzam menarik pinggangku sehingga tubuh kami bersentuhan. 

"Be careful, Ammara" ucap Uzzam sebelum perlahan-lahan tangannya melepaskan pinganggu. Uzzam mengambil pisau yang terdapat di hujung meja. Patutlah Uzzam bertindak sedemikian, kalau tak memang berkemungkinan besar aku masuk ke hospital kerana tercucuk pisau yang sedang terpacak di bucu meja.

Macam mana aku boeh tertinggal pisau atas meja ni?

"Lain kali lepas potong buah, letak pisau dalam sinki. Kalau terkena tadi macam mana?" pesan Uzzam lalu memasukkan pisau ke dalam sinki. Aku hanya tersengih.

Dah penat kena panggil Fathina Clumsy.

"Yang awak bertudung dalam rumah ni kenapa? Bukan ada sesiapa pun" 

"Oh kejap lagi saya nak pergi siram pokok dekat luar"

"Habis memang setiap masa ke awak pergi siram pokok? Dah banyak kali saya perasan awak pakai tudung dalam rumah. Kenapa? Kepala tu botak ke?" tanya Uzzam. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelahku. Matanya masih memandangku pelik.

Gamak betul dia cakap kepala aku botak, buat macam tak pernah pula tengok rambut aku.

"Ish awak ni, mana ada botak..."

"Awak masih tak selesa?"

Aku angguk.

"Kan awak dah pernah tak bertudung depan saya. Tak kan masih malu?" ujarnya. Tangan masih sibuk menaburkan scrambled egg bersama sos di atas roti bakar. Selepas itu, dia mencidukkan nasi goreng untukku. Ini masalah terbesar kami. Berbeza selera. Seorang bajet mat salleh celup, tak nak nasi waktu pagi. Yang seorang lagi pula bila makan roti untuk sarapan, belum sampai dua jam dah lapar balik.

"Saya tak biasa"

"Kalau tak biasa...awak kenalah biasakan diri" 

"Maksud awak?"

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now