Bab 34 ~ Aariz ~

14.2K 599 22
                                    

Pipi kananku disambar oleh bibir Uzzam. Aku pandang wajahnya lama, agak malu sebenarnya. Aku sangkakan targetnya ialah bibirku. Bukan main aku memejamkan mataku, rupa-rupanya Uzzam sekadar ingin mencium pipi kananku.

Aish...lepas ni aku kena cuci sikit otak ni. Lepas duduk luar negara makin menjadi-jadi pula.

"Are you expecting more than this?" Uzzam tersenyum nakal sejurus melihat aku yang sudah seperti cacing kepanasan. Suhu tubuhku terasa naik mendadak apabila jari Uzzam menyentuh bibirku secara tiba-tiba.

"Mana ada" aku melarikan anak mataku. Risau yang dia akan tahu apa yang bermain di kepalaku.

"Come" tanganku ditarik menuju ke arah katil bersaiz king di tengah bilik. Uzzam melabuhkan punggungnya di bahu katil. Dia masih belum mahu melepaskan tanganku. Uzzam menepuk ruangan di sisinya, mempelawa aku duduk di sampingnya. 

"Erm...kita nak buat apa eh?" aku pun tak tahu bagaimana soalan bodoh macam ni boleh keluar daripada mulut aku. Sehari sahaja tak tonjolkan kebodohan sendiri memang tak sah.

"Awak rasa?" keningnya terangkat sebelah. Senyuman mengusik bertamu di bibirnya membuatkan aku hampir terkena panic attack. 

"Sit here. Jangan risau, saya takkan makan awak tanpa izin" 

Tanpa izin? Macamlah awak pernah minta izin sebelum ni. Main serbu saja kerjanya.

Anak mata Uzzam seperti turut memberi  untuk duduk di atas katil bersamanya. Aku mengalah.

Dengan teragak-agak, aku mengambil tempat disebelahnya. Senyuman manisnya terukir cantik. Dulu, di awal pertemuan kami, susah sangat nak tengok Mamat Singa ini senyum manis seperti ini. Syed Uzzam memang sudah terkenal dengan sifat tegas dan serius pada setiap masa. Tetapi sejak kebelakangan ini, wajah seriusnya sudah semakin luntur dan dalam masa yang sama hati aku juga turut melentur.

Dasar Ina, kalau dia tahu sesenang satu 'senyuman' untuk dia tawan hati kau balik, mungkin kau takkan ada kesempatan untuk tinggalkan dia sampai satu tahun. Uzzam petik jari je kau dah duduk sebelah dia balik.

"Ammara Fathina" panggil Uzzam perlahan sambil merenung ke dasar mataku. Dah boleh tembus kornea dah gayanya.

"Erm...ya?"

"Awak pernah bercinta tak?" 

Pang!

Kepalaku terasa seperti dihempap kompang. Menusuk betul soalannya kali ini. Jelas sekali senyuman yang dia tayang itu sudah memberitahuku yang dia sudah tahu jawapannya. Rasa macam nak jerit sahaja di telinganya 'Saya single since birth so what?'.

Tapi itulah, keyakinan ni secetek tasik buatan manusia. 

Kau kuburkan jelah niat kau, Ina.

"Kenapa awak tanya?" 

"Saya tanya dulu" aku melemparkan jelingan maut. Perkataan mengalah tiada dalam kamus hidup Uzzam.

"Awak dah tahu kan? Yang buat-buat tak tahu tu kenapa?" bidasku.

"Well, saya just nak reconfirm balik" senyuman mengusik masih bertapa di wajahnya.

Kan aku dah kata. Dia tahu. Tapi buat-buat tertinggal perahu, sengaja nak malukan akulah tu.

"Do you wanna be my girlfriend?"

"Hah?" 

Aku salah dengar ke?

Uzzam hanya menganggukkan kepalanya. Aku terlopong.

"Awak ni biar betul? Awak demam ke?" aku menyentuh dahi dan pipinya silih berganti.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now