Bab 18 ~ Halal ~

16.3K 647 29
                                    

"INA... Ingat pesan ayah tau. Nak cari suami nanti, cari lelaki yang sayang kamu sama macam ayah sayangkan kamu," bicara ayah sambil tersenyum indah. Itulah senyuman ayah yang tercantik sekali. Senyuman milik cinta pertama setiap anak perempuan.

"Ada ke orang lain yang akan sayang Ina sama macam ayah?" Aku bertanya manja.

Ayah anggukkan kepalanya bertubi-tubi. Sangat yakin.

"Mestilah ada!" 

Aku tersenyum seperti anak kecil, lalu sandarkan kepala pada bahu ayah. Aku sukakan bau yang melekat pada tubuhnnya. Jelas sekali, ia bukanlah wangian biasa. Tapi bau asli yang istimewa. Hanya terdapat pada tubuh ayah.

"Ayah... Ina kan nak kahwin dengan lelaki kaya!" Semangat aku berkata-kata. Terpengaruh dengan drama dan sinetron di televisyen.

"Eh, kenapa pulak?" 

"Sebab Ina tak nak ayah dengan ibu penat bekerja. Ina nak hantar ibu dan ayah ke Mekah..."

Aku sudah penat merajuk setiap kali ayah pulang lewat ke rumah. Dia selalu sibuk. Ayah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat. Waktu kerjanya tak menentu. Ada ketikanya dia terpaksa gantikan teman-temannya yang lain.

"Baiknya anak ayah ni," puji ayah. 

Ayah kemudian mengucup lembut rerambut yang menutupi dahi aku.

"Ina, duit memang mampu beli bermacam-macam benda. Tapi duit tak boleh beli bahagia. Ina bahagia tak sekarang?"

"Bahagia!" jawabku, ceria.

"Walaupun Ina tak ada ibu dan ayah yang banyak duit, Ina tetap bahagia?" uji ayah.

"Erm... Ina bahagia sebab Ina ada ibu dan ayah yang sayang Ina."

Ayah tersenyum nipis, lalu anggukkan kepalanya. 

"Kalau Ina nak tahu, lagi banyak duit kita, lagi tinggi amanah yang Allah bagi dekat kita. Ina bayangkan kalau ayah ada seratus pekerja. Ayah akan jadi lagi sibuk. Lepas tu, ayah dah tak boleh selalu main dengan Ina dan Mirul. Ina suka ke kalau ayah tak boleh ada dengan Ina selalu?"

"Tak suka... Ina nak ayah dengan ibu ada dengan Ina dengan Mirul sampai bila-bila" beritahuku dengan wajah masam.

"Ina anak ayah, ayah tak boleh ada selalu dengan Ina. Ajal, maut, jodoh semua di tangan Tuhan, bukan kita manusia biasa ni"

"Ingat pesan ayah ya Ina, cari suami yang layan Ina macam ayah" pesan ayah tanpa henti.

"Tapi macam mana? Mana ada orang yang sama dalam dunia ni" aku memberikan alasan. 

"Orang yang bila Ina tengok dia, Ina akan teringatkan ayah" 

Tiba-tiba wajah ayah berkerut. Ada peluh membasahi seluruh wajahnya.

"Ayah sakit?"

Jantungku hampir berhenti apabila mendapati perut ayah dibasahi darah.

"Ayah! ayah" aku menggerakkan bahu ayah apabila ayah mula tidak sedarkan diri. Air mataku tidak berhenti minitis.

"Ayah!" jeritku. Sebelum satu suara bergema di gegendang telingaku.

"Ina! Bangun Ina!" suara jeritan Didi membuatkan mataku terbuka luas. Air mataku mengalir deras. Aku bangun daripada pembaringan. Lantas, Didi menarik aku ke dalam pelukannya. 

Didi menepuk belakang badanku seperti yang dia selalu lakukan.

"Shhh...dah jangan nangis...kau mimpi je Ina. Aku ada sini" bisik Didi. Bahuku terhenjut-henjut. Aku hamburkan segala rasa sedih dan takut dalam diriku. Aku sangat bersyukur kerana ibu tidur di bilik Amirul, kalau tak memang ibu dah risau tahap dewa. Sudah lama aku tak mimpikan ayah, tetapi entah kenapa mimpi ini tiba-tiba muncul.

Kerana Dia Uzzam ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora