Bab 25 ~ Ayah ~

11.8K 545 17
                                    

Aku dekat mana ni?

Aku memandang insan bernama suami di sebelahku. Serta-merta memori semalam kembali hadir satu per satu. Pipiku terasa berbahang, menahan rasa malu yang teramat. Tapi kejadian semalam buat aku rasa yang kami bukan lagi suami isteri sekadar di atas kertas walaupun tidak ada apa pun yang berlaku. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa terhadap Uzzam, tidak ada pada lelaki lain selain Uzzam dan ayah. Apabila berada dalam pelukannya, sama seperti berada dalam pelukan ayah, aku rasa selamat sangat seperti tidak akan ada apa-apa yang tak baik berlaku padaku selagi dia ada disampingku. Ia seperti satu pemberian terindah yang Allah berikan terhadapku. 

Wajah lelah Uzzam aku amati sepuas hatiku.

Aku turut melurutkan kain yang sedikit basah berada di atas dahiku. 

Bila masa dia letak kain ni atas kepala aku? 

Aku kembali merenung wajah Uzzam. Ini mesti kerja dia. Aku melepaskan keluhan kecil.

Kesian awak. Baru balik semalam dah kena jaga isteri buat hal. 

Jari-jemari aku bawa ke wajah bersih milik Uzzam. Daripada kening tebal miliknya, aku mengelus pula kelopak matanya yang masih bertutup. Senyumanku terbentuk di wajahku. Baru aku perasan yang Uzzam mempunyai bulu mata yang lebat. Mungkin aku tidak perasan sebelum ini kerana mataku tidak berani untuk menatap wajahnya lama. Kalau tak, degupan jantung aku akan menggila, dah macam orang ada komplikasi jantung. Pada saat ini pun, degupan jantungku sudah semakin meningkat secara drastik.

Jariku berhenti pada bibir merah jambu Uzzam. Bibir inilah yang sentiasa mengeluarkan kata-kata semangat buatku dan bibir ini jugalah yang mampu merawat hatiku yang gundah-gulana. Aku dapat rasakan nadi aku sudah tidak berdetak secara normal lagi. Seperti ada tali yang menarikku, perlahan-lahan wajahku dibawa rapat ke wajah Uzzam. Baru sahaja aku ingin mendaratkan satu ciuman di pipinya, aku tersentak apabila tangan Uzzam menggenggam jari-jemariku yang masih melekat pada bibirnya.

Mata Uzzam yang sudah terbuka mematikan niatku, aku seakan-akan baru terjaga daripada mimpi. 

Ish kau gila ke Ina, ikut suka hati kau je nak kiss pipi orang.

Eh, tapi kan dia suami aku...

Uzzam bangun, kedua belah tangannya terus dibawa ke dahiku sejurus itu turun pula pada leherku untuk memeriksa suhu tubuhku. Hembusan nafas lega terlepas daripada mulut menandakan demamku semalam sudah kebah. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Awak nak buat apa tadi?" tanya Uzzam. Aku hampir tersedak air liur sendiri apabila ditanya dengan seoalan seperti itu. 

Uzzam menanti jawapanku. Matanya menikam anak mataku lama sehingga aku terpaksa melarikan pandanganku ke arah lain.

"Buat apa?" aku pura-pura tidak tahu.

Lantaklah dia nak cakap aku bengap ke apa. Habis takkan aku nak cakap, ehh saya nak kiss pipi awak je tadi. Malukan kaum je.

"Iya ke?" Uzzam mendugaku. Senyuman nakal yang terukir di bibirnya memberitahuku yang dia seperti dapat menangkap apa yang aku cuba lakukan sebentar tadi.

"Mana ada!"

"Saya ada cakap apa-apa ke?" Cis! Aku dah masuk umpannya.

Uzzam merapatkan tubuh yang masih tidak berbaju itu dengan tubuhku. Aku menahan mataku supaya ia tidak lihat pada kawasan larangan. Naluri wanitaku semakin menghantuiku. Kalau silap langkah, aku takut, bukan Uzzam yang terkam aku. Aku yang terkam dia dulu.

"Ini apa?" aku tersentak apabila jari Uzzam medarat pada keningku, turun pada mataku. Mataku terpejam seketika kerana dibuai perasaan. Dan persis apa yang aku lakukan tadi, jari-jemarinya berhenti pada bibirku.

Kerana Dia Uzzam ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora