Bab 24 ~ Never ~

12.9K 581 23
                                    

Alhamdulillah perbentangan aku dan ahli kumpulan lain berjalan dengan lancar. Bagiku, jika kita faham sesuatu topik itu dengan mendalam, kaji setiap bait yang terkandung di dalam PowerPoint dan sering praktis apa yang bakal dibentangkan, semuanya akan menjadi lebih mudah. Tiga puluh markah sudah dinilai oleh pensyarah, sekarang aku harus berusaha untuk selebihnya.

Kakiku juga sudah semakin pulih walaupun belum sepenuhnya. Aku tersenyum mengingatkan bertapa kalutnya Uzzam mencapai plaster untuk diletakkan pada lukaku yang masih berbekas, pagi tadi. Dia tahu yang aku bukan jenis yang ambil kisah tentang luka kecil seperti ini. Pada pandanganku, dalam beberapa hari luka ini akan pulih sendiri tanpa dirawat. Walhal tidak pula bagi Uzzam, dia risau benar. Katanya, luka kecil ini mampu menjadi parut ataupun dijangkiti kuman. Aku turutkan jua, malas mahu bertekak dengannya sebelum bertolak ke universiti. Nanti kalau belajar tak ada berkat suami, tak boleh jadi juga.

Nenek pulang semalam manakala Wana lebih awal sehari. Ada hal lain katanya. 

Bagus betul perangai, lepas dah pecahkan segala barang bukannya nak minta maaf, main 'belah' daripada rumah macam penyamun. 

Tapi tak apa, rasa sejuk sikit rumah itu bila dia tak ada.

Susah untuk aku gambarkan perasaan ketika nenek pulang, hatiku sedih membayangkan nenek tinggal berseorangan di rumah agamnya. Nenek yang aku sangka garang, sebenarnya sangat lembut hatinya. Aku salah menilai nenek selama ini. Rinduku kepada nenekku yang sudah tiada sedikit terubat dengan kehadiran nenek Uzzam yang sudah aku anggap seperti nenekku.

Semalam juga merupakan malam pertama aku tidur bersendirian tanpa Uzzam di sebelahku sejak nenek datang. Tanpa kewujudan Uzzam di sisi, katilku terasa sangat luas. Semuanya serba tidak kena. Katil juga tidak terasa empuk, bilik terasa sunyi, bantal terasa keras. Aku benci perasaan ini. Aku mahu Uzzam berada di sebelahku sebelum aku dibuai lena, aku mahu lengan sasa itu menggantikan bantal yang sudah terasa keras itu.

Aku langsung tidak terfikir yang tidur beberapa malam di bilik Uzzam akan menyebabkan aku berasa seperti ini. Aku rindukan bau tubuh badan Uzzam yang sentiasa membuatkan aku terbuai, aku rindu untuk berbual dengannya sebelum tidur dan banyak lagi. 

Ini baru satu malam, aku dah rasa macam ini. Tak boleh bayang seminggu selepas ni. Mahu gila aku dibuatnya.

Kau tak boleh terlalu bergantung dengan dia Ina! Ingat, kau kena sabar 3 tahun lagi.

Tiba-tiba aku rasa lemah semangat.

Kalaulah tiga tahun itu seperti tiga hari...

"Datin Ammara, saya nak datang ngorat boleh?" aku tersentak daripada lamunan panjang. Suara itu, suara yang aku kenal sangat. 

Tapi macam mana dia boleh ada di sini pula?

"Didi!" aku menampar pehanya sebaik sahaja dia mengambil tempat di sebelahku.

"Macam mana kau boleh ada sini?" tanyaku tanpa membuang masa.

"Aku ada kerja dengan pihak universiti kau"

"Pasal apa?"

"Alah enggak usah sok tahu. Kalau aku cakap pun bukannya kau faham" aku membalas kata-katanya dengan jelingan meluat. 

Dasar perosak Bahasa Indonesia.

"Aku dah call Zack, aku cakap yang aku akan ambil kau balik ke pangkuan suami kau" 

"Amboi ayat kau...tak boleh bombastic lagi ke?"

"Ha kau ingat apa, tengok slip SPM aku la. Bab-bab language ni petik ibu jari je dah cukup" besar kecil saja aku pandang Didi. Minah ikan kerapu ini memang tidak pernah berubah dan juga tidak meletakkan sebarang harapan untuk dia berubah. 

Kerana Dia Uzzam ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora