Bab 14 ~ Wife ~

15.5K 583 16
                                    

AKU dan Uzzam bergerak ke kawasan tak ramai orang. Zack dan Haikal pula mengiringi dari belakang. Sejujurnya, aku langsung tak faham apa fungsi mereka berdua di sini. Dengan pakaian yang sama, iaitu ala-ala James Bond. Merekalah punca banyak mata terarah pada aku dan Uzzam.

Uzzam mencabut kaca mata hitamnya. Mata coklat pekatnya bertemu dengan anak mataku.

"Awak dah tengok berita harini?" 

Aku dongakkan kepala. Baru beberapa bulan jumpa, saraf leher aku kian menyenget dek perbezaan tinggi kami. Kepala aku hanya berada pada paras bahunya. Oleh itu, dia harus tunduk, manakala aku harus dongak, macam orang nak nyayi lagu Negaraku.

"Dah," jawabku ringkas. 

"Sekarang, gerak-geri awak sedang diperhatikan. Saya nak awak lebih berhati-hati," pesannya, dingin.

"Dato' tak perlu risau. Pandailah saya jaga diri."

"Kalau awak pandai jaga diri, saya takkan ingatkan awak, Ammara. I know you. A kind of girl who is super careless, super clumsy and super easy to be deceived by people.

Aku terkesima. Pelik benar. Mana dia tahu? Dia ada ahli nujum ke? 

"Siapa cakap? Mana ada saya macam tu!" Aku membela diri. Tak mahu dia terus-menerus memandang rendah.

"You're too easy to be read, Ammara." 

Ish, geramnya aku dengan singa ni! Aku tangkap letak dalam sangkar nanti baru tahu. Setiap butir perkataan yang keluar daripada bibirnya membuatkan aku terkelu, tepat mengenai batang hidung tak berapa mancung aku.

"Kalau macam tu, saya janji, saya akan jaga diri saya baik-baik." 

Dia angguk, berpuas hati. Kerutan di dahinya juga semakin pudar.

"Dato'..." 

Aku cuba merenung anak mata itu. Namun, tak mampu bertahan lama. Mudah benar jantung ni buat hal setiap kali berada dekat dengarnya.

"Terima kasih sebab bayarkan bil hospital ibu saya..."

Dia diamkan diri, tak membalas apa-apa.

"Kenapa Dato' buat keputusan tanpa beritahu saya dulu?" 

"Itu duit saya. I don't need your consent to pay anything, including the hospital bill," jawabnya, sedikit kasar.

"Nothing's free, Ammara but..." 

Haikal tiba-tiba mendekati Uzzam, lalu membisikkan sesuatu. Suara kecilnya tak mampu nak tembusi telinga edisi pekakku. Mereka saling berbalas bisikkan, kalah orang bercinta. Tapi, yang aku pasti, mereka terima berita yang tidak baik. Mana taknya, muka mereka berubah tegang.

Setelah menghabiskan kata, Haikal dan Zack berlalu dari situ. 

Aik, ke mana pula diorang pergi?

Belum sempat Uzzam membuka mulut, aku terus bersuara.

"Saya akan bayar balik semua wang Dato'. Don't worry."

"Okay." 

Jawapannya sedikit sebanyak menaikkan darahku. Kok iya pun, bagilah diskaun. Kalau asyik bayar hutang dia saja, sampai tujuh keturunan pun hidup aku tak senang. Merempat dekat kandang singa.

"Try if you can. I'll wait. Patiently," duga Uzzam, tersenyum sinis. Berdasarkan anak matanya, aku tahu yang dia cuba mencabarku.

"Kenapa? Dato' ingat saya tak mampu ke?" Aku menyoal meluat. Tak mahu mengalah.

Riak tertampal di wajah Uzzam berubah tiba-tiba. 

Kening aku terangkat. Dia tak sihat ke? 

"Ammara, ikut saya ke kereta," arahnya.

Kerana Dia Uzzam ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora