Bab 12 ~ Ammara ~

12.3K 624 10
                                    

CUTI semakin menghampiri. Namun, sebelum mendapat nikmat cuti, pelbagai cabaran harus dihadapi terlebih dulu. Terutama sekali kerja khusus dan test. Itulah tanggungjawab yang harus digalas oleh setiap insan bergelar pelajar. Memang penat, tapi nilai ilmu itu sangat mulia jika hendak dibandingkan dengan kesusahan yang harus ditempuhi. 

"Ina," panggil Hawa sambil berjalan menuju ke tutur room.

"Hmm..."

"Apa hubungan kau dengan Dato' Uzzam?"

Keluhan lemah terpacul dari bibirku. Seperti yang aku sangkakan, Hawa akan bertanya soal Uzzam. Larilah sejauh mana sekali pun, aku sudah terjerat dengan pemilik nama itu. 

"Dia orang yang taja study aku." Aku beritahu mendatar, tanpa perasaan.

Mata Hawa dan Izzat membundar. Riak terkejut beruk melekat di wajah mereka/

"Kau biar betul?" Sukar untuk percaya.

"Betullah! Dah dapat jawapan kan? Jangan tanya aku dah pasal dia." 

"Tapi... Kalau setakat penaja dan pelajar yang ditaja, takkan boleh bergaduh kut?" Izzat pula ingin tahu.

Ini yang aku malas nak mula bercerita. Takkan ada kesudahannya kalau bercerita dengan mak cik dengan pak cik bawang ni. Lepas satu soalan, ditambah pula sepuluh.  

"Panjang ceritanya. Tapi tak penting pun. Lagipun, mana ada aku bergaduh dengan dia." Aku berdalih.

"Cis, tak bergaduh konon. Balik bilik muka macam orang nak menangis," perli Hawa. 

"Kau suka Dato' tu ke Ina?" 

Soalan mengejut Izzat membuatkan aku terdiam beberapa detik. Suka? Layakkah kentang rebus macam Fathina nak sukakan lelaki sehebat Uzzam?

"Mana ada! Benci adalah!"

"Benci? Tengoklah nanti benci kau tu sampai tahap mana," cabar Izzat.

"Jangan benci orang sangat Ina, kau tak tahu apa akan jadi nanti. Kalau tak suka baik kau diam je." Hawa pula beri nasihat, yang tidak membantu. 

Kalau benci pun, hanya di mulut. Mana mampu aku membencinya. Apatah lagi bila teringat akan apa yang dia lakukan. Segalanya untuk kebaikan aku. Fasa pengenalan kami singkat, namun cukup untuk menilai Uzzam. Garangnya hanya terletak pada wajah, tapi tika buka mulut, aku tahu yang hatinya baik. 

Hendak berlalu ke seberang, aku lintasi jalan besar di hadapanku.

"Fathina!" laung satu suara tak asing lagi, Zack.

Sejurus mendengar suara itu, duniaku malap sera-merta. Tubuh dan mata terasa berat. Tak mampu untuk bangkit kembali.


"AYAH! Bangun ayah!" aku meraung semahunya. Tubuh ayah aku goncang. Ibu di sisi, cuba menarik tubuhku. Aku memeluk erat tubuh ayah yang sudah dibalut dengan kain putih itu.

Air mataku berlinangan.

Kepala aku tiba-tiba sakit, terasa seperti dihentak satu beban. Aku hampir rebah, sebelum tubuhku disambut seseorang. Bau tubuhnya membuatkan aku tenang seketika. 

"Terima kasih." 

Kedengaran suara ibu berucap. Ibu berterima kasih pada siapa? Tubuhku terasa seolah-olah terapung, seperti diangkat oleh seseorang. Aku cuba untuk buka mata, mahu melihat gerangan orang yang membantu aku. Tapi aku sudah tak berdaya.


TERJAGA. Aku mimpikan ayah lagi. Sekeliling aku pandang. Dinding putih, mengingatkan aku pada satu tempat. Hospital lagi. Entah kali keberapa juta aku dibangunkan di di sini. Bau yang tak asing lagi

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now