Bab 26 ~ Forgive ~

11.6K 544 30
                                    

Bersama senyuman tak berapa nak ikhlas, aku suap satu sudu kek strawberi yang dibuat oleh mama.

"Hmmm..." mata aku sedikit membulat. 

"Macam mana?" tanya Mama bersama mata yang sudah bersinar. Tak sabar menunggu komenku.

"Mama sebenarnya kan kek ni..." aku mula memulakan drama.

Air muka mama tiba-tiba berubah.

"Tak sedap ke? Buang jelah" aku tersentak apabila mama tiba-tiba mengangkat kotak kek tanpa rasa ragu.

"Mama jangan...please jangan" aku menarik tangan mama. Perlahan-lahan meletakkan kembali kotak yang berisi kek besar itu di atas meja makan.

"Tapi mesti Uzzam..."

"Ina yakin mesti Uzzam suka sangat dengan kek ni" mama kaget.

"Ina gurau je. Sedap sangat mama, sedap daripada mana-mana kek yang Ina pernah makan" beritahuku jujur daripada lubuk hati. Bukan sekadar untuk mengambil hati ibu mentua.

"Thank you, sayang"  kali ini aku pula yang tersentak. 

Mama panggil aku 'sayang'? Aku salah dengar ka?

Baru sahaja aku ingin membuka mulut, telefon bimbit mama berdering.

"Ina sambunglah makan kek, mama jawab call kejap" Mama melangkah ke ruang tamu, meninggalkan aku yang sedang khusyuk merenung kek. Baru satu sudu pun aku rasa tak sedap hati.

Tapi kalau aku tak makan, apa pula mama cakap nanti. Penat-penat dia buat.

Tapi...ah lantaklah.

Aku meneruskan dengan suapan kedua kek stawberi itu. Walaupun aku tahu apa yang akan berlaku sebentar lagi...

"Ina, mama kena pergi dulu. Nak jumpa Laila kejap. Anak dia tak sihat" 

"Lah iya ke? Teruk ka mama?"

"Tinggi juga suhu badan dia tapi tak apa. Mama dah cakap dengan doctor, katanya tak teruk sangat" 

"Ok, mama kirim salam dekat Kak Laila ya, Ina tak pernah jumpa dia dah lepas akad nikah haritu" jelasku.

"In sya Allah, kamu pun kirim salam dekat Uzzam untuk mama ya. Mama harap dia suka kek ni"

Aku menghadiahkan senyuman manis.

"Don't worry, he will" selepas mencium tangan mama, aku menghantar mama sehingga keretanya hilang daripada pandangan mataku.



Auch.

Aku cuba menahan jari-jemariku daripada menyakiti diri sendiri. Tetapi aku tak mampu. 

Ya Allah, gatalnya.

Seperti yang sudah aku jangka, bintik-bintik merah sudah mula melaksanakan kerja-kerjanya. Ia sudah berleluasa di bahagian lengan, dada dan belakang tubuhku.

Aku kesal. Kenapalah dalam banyak-banyak benda dalam dunia ni, strawberi juga yang aku tak boleh makan?

Aku terus menggaru sehingga ada kesan cakar. Bahagian yang paling sakit ialah belakangku, kerana ada air bisa yang sudah pecah. Pedihnya memang sudah tak boleh bawa bincang. Nak mengalir air mataku dibuatnya.

Ini kali kedua perkara ini berlaku. Kali pertama ialah sewaktu aku masih di sekolah rendah, ada kawan yang menghadiahkan sebekas buah strawberi yang dibelinya di Cameron Highland. Waktu itu, hanya Allah sahaja yang tahu bertapa terujanya aku kerana ibu dan ayah tidak pernah beli buah strawberi. Mungkin kerana harganya yang agak mahal. Namun, apa terjadi ialah tubuhku dipenuhi dengan bintik-bintik merah di serata tubuh badan. Dan waktu itu, aku baru tahu yang ibu dan ayah tidak pernah membeli buah strawberi kerana ayah juga ada alergi pada buah tersebut.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now