Bab 27 ~ Saviour ~

12.6K 548 14
                                    

Sudah seharian suntuk aku berkurung di dalam bilik. Bukan kerana aku tidak mahu bertempung dengan Uzzam. Tetapi kerana aku memang tidak ada keyakinan untuk bertemu dengannya.

Bintik merah pada tubuhku semakin menjadi-jadi. Sudah mencapai tahap aku tidak boleh tidur. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. 

Nak mandi takut. Sentuh dengan tangan sendiri pun sudah cukup buat air mata aku mengalir disebabkan rasa pendih yang teramat.

Walaupun begitu, aku gagahkan jua untuk mandi. Aku tidak boleh tidur selagi tidak mandi. Sudah menjadi tabiatku untuk mandi sebelum tidur setiap hari.

Aku lihat tubuhku di hadapan cermin. Sudah seperti orang kena demam campak. 

Aku melepaskan keluhan besar. Nak jumpa Uzzam pun malu melihat kedaan tubuhku yang sebegini. 

Sejurus itu, aku baru teringat yang aku masih belum memberitahu Uzzam yang mama datang ke rumah dan menghadiahkannya kek strawberi.

Kaki aku melangkah keluar kembali daripada bilik air. Telefon bimbit yang dihadiahkan oleh Uzzam beberapa bulan lepas, untuk menggantikan telefonku yang nazak itu aku capai. 

Nak mesej ke tak eh? Dah lambat sangat dah ni.

Aku berbelah bahagi.

Hantar jelah, esok mesti dia baca.

Assalammualaikum, Uzzam. 

Tadi mama ada datang, mama ada bagi satu kek stawberi, saya dah letak dalam fridge.

Jangan lupa makan ya.


Selepas sudah menaip dan hantar pada Uzzam, aku kembali ke bilik air untuk menyambung niatku. 

Aku menelan air liur yang terasa pahit.

Pedih sikit je Ina, lepas ni kau tidur terus.

Aku memujuk hati sendiri sebelum air menyentuh setiap inci tubuhku.



Aku lap tubuhku sekali gus dengan mataku yang berair.

Beberapa bintik-bintik yang mengeluarkan air bisa betul-betul mencabar kesabaranku untuk menahan rasa sakit. Rasa seperti ada orang menyiat-nyiat tubuhku saat air menyentuh bahagian tersebut.

Aku keluar daripada bilik air, pendingin hawa yang menyapa kulitku membuatkan aku menggigil. 

Namun, tubuhku semakin menggigil apabila mataku bertemu dengan gerangan manusia kacak yang sedang duduk bersilang kaki di atas kerusi belajarku.

Mata tajam itu langsung tidak segan silu memandangku yang hanya bertuala separas peha.

"A...awak b..buat apa?" terketar-ketar mulutku bertanyakan soalan. 

Nasib baiklah bilik ni gelap, kalau tak, memang awal-awal lagi aku dah pengsan.

"I wanna talk to you"

"B..boleh ttt...tak aa...awak ke..keluar dulu?" aku tergagap-gagap. Mata itu seperti meratah tubuhku. 

Wahai nadi, tolonglah beri kerjasama. 

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now