Bab 10 ~ Alumnus ~

11.8K 592 17
                                    

"IBU okey tak ni? Ina stay sini jelah. Nanti Ina inform lecturer Ina." Aku duduki tempat di sebelah ibu.

Uhuk uhuk! 

Aku risau melihat wajah ibu yang kelihatan pucat tidak berdarah. Batuknya pula makin menjadi-jadi sejak semalam.

"Tak payah... Uhuk! Uhuk!"

"Nanti lepas ibu makan ubat, okeylah. Ina cepat packing, nanti Haikal kena tunggu pula." 

Aku tayang wajah tidak puas hati. Apa fungsinya ada anak kalau tak boleh jagakan ibunya yang sedang sakit. 

Ibu kelihatan selesa dengan Haikal mengambil dan menghantar aku ke universiti. Sewaktu awal-awal aku memberitahunya, aku fikir yang aku akan dijerkah atau ditengking sebab membiarkan lelaki luar hantar dan ambil aku di universiti. Namun, apabila aku memperkenalkan Haikal kepadanya dan menceritakan segalanya, ibu terus dapat menerima Haikal.

Selain itu, aku juga memberitahu ibu yang aku mendapat tajaan daripada Dato' Syed Uzzam. Apa yang mengejutkan ialah ibu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi terkejut. Malah ibu siap berpesan kepadaku untuk menggunakan wang tajaan tersebut untuk menuntut ilmu.

"Kalau macam tu ibu kena janji yang ibu akan call Ina setiap hari sampai ibu betul-betul sihat. Kalau ibu tak call memang Ina balik terus," ugutku dengan nada manja. 

"Baiklah, sayang. Cepat siap!" 

Ibu menolak lembut tubuhku ke bilik. Memaksaku untuk lekas-lekas berkemas.

"Ibu tak payah bancuh air untuk Haikal! Dia selalu makan dulu sebelum ambil Ina!" Aku memberitahu ibu daripada bilik selepas mendengar bunyi pinggan mangkuk. Aku tahu ibu mesti mahu menghidangkan minuman untuk Haikal.

Haikal sudah berpesan kepadaku untuk tidak menyediakan apa-apa, kerana katanya mengambil dan menghantar aku pulang ke universiti sememangnya tanggungjawabnya. Manakala, menyediakan makanan dan minuman bukanlah tugas ibu. Aku hanya menerima permintaannya dengan hati terbuka jika itu apa yang dia mahukan.

"Ina pergi dulu ya, ibu. Tak payah keluar, ibu rehat je dekat bilik." Aku cium jari-jemari kasar yang telah membesarkanku. Wajah penatnya aku tatap dengan penuh kasih sayang. Kalau bukan untuk membahagiakan ibu di masa hadapan, belajar bukanlah pilihan utamaku. Aku lebih sanggup untuk berkerja dua kali sehari supaya ibu tak perlu lagi bersusah payah menjual nasi lemak di warung kecilnya. Kalau boleh aku nak letakkan semua beban di bahuku. 

Ibu membelai pipiku.

"Tak sangka anak ibu ni dah besar uhuk...uhuk, dah belajar di universiti. Belajarlah nak, ibu nak Ina kerja dalam suasana yang selesa, yang ada air cond. Ibu tak nak Ina kerja di tempat yang panas macam warung ibu," beritahu ibu lembut. Ibu menarik aku ke dalam pelukannnya lalu berkata.

"Ilmu tu Ina boleh guna sampai bila-bila. Ibu tak mampu nak sediakan Ina dan Amirul harta yang banyak seperti yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang lain. Tapi ibu nak pastikan yang ibu bekalkan anak-anak ibu dengan ilmu dunia dan akhirat  yang cukup uhuk uhuk" Ibu membisikkan ke telingaku. Nafasnya deras akibat batuk yang tidak henti. Aku mengangguk lemah. Air mata aku mula bertakung dan aku cuba sedaya upaya menahannya agar ia tidak menitik di atas bahu ibu.

"Ina sayang ibu. Ibu jaga diri baik-baik, Ina cuba balik sekerap mungkin."

"Ina fokus je dekat belajar tu, Insya-Allah ibu baiklah lepas ni uhuk uhuk." 

Aku mencium pipinya sebelum melangkah keluar daripada rumah.

Bila fikir-fikir balik, mungkin ada sebab Allah hantar aku ke Querencia Holdings, Dia nak aku luangkan lebih masa bersama ibu. Kalaulah aku tak pulang dan dijemput oleh Uzzam untuk menghadiri majlis di Ineffable Restaurant, mungkin sampai sekarang pun aku tak tahu yang ibu tidak sihat. Aku sudah masak dengan sikap ibu yang suka menyimpan segala kesakitan dan kesukaran yang dihadapinya daripada anak-anak.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now