Bab 20 ~ Adam & Hawa ~

14.1K 625 15
                                    

Sampai bila nak jadi macam ni?

Aku merenung setiap ruang di dalam bilik yang baru sahaja menjadi milikku. Perasaanku kosong. Lebih beruntung pasangan yang tidur di dalam bilik yang kecil namun ada orang menemaninya tidur.

Apa yang aku dapat daripada bilik seluas ini? Dengan ada televisyen bagai. Aku bukanlah penggemar drama seperti remaja yang lain. Masaku banyak diluangkan dengan kerja dan belajar. Aku jarang sekali meluangkan masa dengan televisyen.

Rasa sunyi menyelubungiku. Melihat ke arah pintu, berharap yang Uzzam akan masuk. Tiada. Inilah akibatnya apabila terbiasa tidur ditemani seseorang. Selalunya, ibu yang akan aku peluk sebelum tidur.

Dasar lelaki kesar kepala. Kalau dia dah cakap begitu, aku yakin yang dia tidak akan mengubahnya. Sekurang-kurangnya, bukan dalam masa sesingkat ini.

Sedalam mana pun aku berfikir, aku pasti bahawa ada sebab Uzzam bertindak seperti ini. Bukan semata-mata dia tak nak aku hamil. Bagiku, kalau dia tak mahu aku hamil, perlbagai cara boleh dilakukan. Makan pil perancang dan sebagainya. Tapi aku malas bertanya banyak. Lagipun, hal-hal seperti ini sangat sensitif bagiku. 

Apa yang awak nak sembunyikan sangat ni Uzzam? Saya rasa saya satu-satunya isteri yang langsung tak tahu apa-apa tentang suami sendiri. Walaupun kita baru berkahwin, saya rasa gagal. Gagal untuk menjadi isteri awak yang sempurna.

Dek kerana terlalu banyak berfikir, aku terlena dalam keletihan.

Mampukah kami menjadi pasangan bahagia seperti pasangan-pasangan yang lain?

Aku pun tak tahu.



Seusai siap menunaikan solat dhuha, aku mencapai tudung sarung yang masih terlipat rapi dalam beg bagasiku. Aku masih belum menyimpan segala barangku ke dalam almari, masih mahu bermalas-malasan.

Ibu sentiasa berpesan padaku untuk tidak meniggalkan solat sunat dhuha dan tahajjud jika aku ada masa lapang. Katanya, amalan wajib dan setiap perkara baik yang kita buat setiap hari belum tentu diterima Allah. Kerana pahala dan dosa itu hanya rahsia Allah. Namun, sebagai seorang hamba kita tak patut berhenti untuk mendekatkan diri kita padaNya kerana semakin kita mendekati Tuhan, semakan dekat Dia akan menghampiri kira. 

Selepas siap menyarungkan tudung di kepala, aku melangkah perlahan-lahan keluar daripada bilik. Mengalihkan kepalaku ke kiri dan ke kanan. Cuba mencari kelibat Uzzam.

Belum bangun agaknya.

Aku bergegas ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Nak masak apa eh? Nasi goreng? Nasi lemak?

Aku dikejutkan dengan kehadiran seorang hamba Allah di dapur.

"Awak buat apa?" terbeliak mataku menyaksikan Uzzam yang sedang sibuk menyusun pancake di atas pinggan. Wajahnya terangkat ke arahku. Satu senyuman manis diukir buatku.

Apron berwarna merah jambu yang terikat pada tubuhnya langsung tidak mencacat-celakan kekacakkannya. Malah senyuman itu semanis madu itu sahaja sudah mampu mencairkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Have a seat Ammara" aku hanya menjadi mak turut. Duduk di kerusi bersebelahannya. Aku tak ada pilihan lain kerana piring kecil itu sudah terhidang di situ.

"Kenapa susah-susah. Saya boleh siapkan breakfast" ujarku. Tak tenteram hatiku apabila melihat Uzzam menyediakan sarapan pagi. Ini sepatutnya menjadi tugas seorang isteri untuk menjaga makan pakai suami. Kalau ibu tahu, memang sehari suntuk aku akan ditazkirahkan olehnya.

"It's okay. Bukan selalu saya boleh buat. I need to go somewhere right after this" beritahu Uzzam sambil terkial-kial untuk meleraikan ikatan apron pada pinggangnya. Mungkin ikatannya terlalu kejap.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now