Bab 38 ~ It's okay ~

13.4K 598 27
                                    

"Ya, Kak Nisa. Ina cuba siapkan by tomorrow ya." Telingaku masih memasang, menangkap isi-isi yang dibicarakan oleh Kak Nisa. Kepala yang tidak gatal aku garu. Mengambil sedikit masa untuk memproses perkataan-perkataan alien yang digunakan olehnya.

"All right, noted." Aku kembali mencatat isi-isi penting. 

Ini nota ke essay? Alahai banyaknya...

"Waalaikumsalam," aku melepaskan nafas penuh kelegaan. Habis sudah satu hal. Talian terus aku matikan. Fail putih di hadapanku  itu kembali aku teliti.

Macam mana aku tak perasan yang ada typos. Penat betullah ada jari gemuk ni. Nak type lain keluarnya lain.

Kak Nisa siap bagi amaran lagi yang mengatakan Uzzam paling pantang nenek moyang dia jikalau ada kesalahan ejaan pada kertas kerja. Rasanya genetik pensyarah masih melekat dalam sel-sel tubuhnya. Itu tak boleh, ini tak boleh. 

"Tak siap lagi ke?"

"Ya Allah," aku terjerit sedikit. Tangan aku bawa ke jantung. Uzzam dengan penyakit tegur tak bagi salamnya memang tak boleh dipulihkan.

Masalahnya, jantung muda aku ni yang jadi mangsa.

"Ermm...belum. Sikit lagi je." Aku memusingkan kerusi kerjaku agar aku bisa menghadap Uzzam yang berada di belakangku. Uzzam memakai pijama tidurnya berwarna biru gelap, bertentangan dengan aku yang mengenakan pijama berwarna merah hati. Kedua belah tangan Uzzam sudah disilangkan di hadapan dada bidangnya, menandakan dia sedang menahan sabar. Wajahnya aku tatap dengan muka minta simpati. Berharap yang Uzzam dapat melepaskan aku kali ini.

"That's what exactly you said  for the past 2 hours, Ammara." Suara singanya sudah keluar. Kini, air liurku terasa payau.

"But I need to settle this first...," kataku mati. Aku menyandarkan tubuhku pada kerusi. Kalau boleh, sampai terkeluar daripada kerusi pun aku rela. Lengan Uzzam kini sudah mengunci pergerakkanku. Aku mengerling ke arah lengannya di sebelah kiri dan kanan tubuhku.

Ikut suka hati dia je nak landing tangan dekat meja kerja aku. Ingat sweet ke?

Aku berusaha untuk menahan nafasku yang sudah sukar hendak dikawal. Bau tubuh Uzzam seringkali membuatkan otakku tidak dapat berfikir dengan waras.

"Who's the big boss here?" soalnya sambil merapatkan wajahnya denganku. Panahan matanya membuatkan aku melarikan mataku.

"You," balasku sepatah. Nak bergerak seinci pun aku tak berani. Risau wajah kami akan bersatu.

"You'?" Uzzam mula mengujiku.

"Abang." 

"Then, who's the boss at Querencia Hotel?" soalnya lagi. 

"Abang juga.

"So, listen to me okay?" Aku mengangguk laju. Sudah tiada pilihan lain

Kalau gelang, tak pasal-pasal kena 'ngap' dengan singa kelaparan ini.

"Sambung buat kerja nanti je. I'm starving." Aku terlopong sejurus Uzzam kembali kepada postur berdiri. Selamba badak sahaja dia menutup fail dan komputer ribakuku tanpa izin. Mataku beralih kepada komputer riba yang baru sahaja Uzzam tutup.

"Saya tak save lagi la..." 

"Tak apa. Laptop tu sleep je. Nanti awak save esok" Uzzam masih dengan riak wajah tak bersalahnya. Malahan tenang seperti tidak melakukan sebarang dosa beberapa saat yang lepas.

Esok dia cakap? Aku kena hantar esok la! Huaaa...

"Abang. sekarang kan pukul sepuluh malam. Kita dah makan tadi, takkan lapar lagi kut?" 

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now