Bab 11 ~ Kecewa ~

12.1K 634 29
                                    

AKU terpegun mendengar apa yang dibicarakan oleh Uzzam selama sejam. Begitu pantas masa melayang. Mungkin aku akan menjadi manusia yang paling menyesal kerana ada niat untuk keluar daripada dewan sebentar tadi. Kalaulah Uzzam tak laung nama aku, mungkin aku tak akan dapat mendengar kata-kata semangat yang dilontarkan daripada mulut lelaki hebat itu. 

Tanpa aku sedar, rasa amarahku sedikit reda, namun masih tidak hilang sepenuhnya.

 Dia menceritakan tentang keindahan belajar dan tidak berputus asa. Katanya, tidak ada orang yang berjaya hanya dengan melalui jalan yang lurus. Pasti ada liku-liku yang mereka terpaksa hadapi untuk berada di tahap yang mereka impikan. 

It always seems impossible until it's done. All you need is to move! Get out of your comfort zone, beritahunya seperti seorang ayah yang sedang menasihati anak-anaknya. Dia juga mengatakan bahawa masa yang kita telah korbankan tidak akan menipu kita. Suatu hari nanti, pasti kita akan dapat ganjaran yang setimpal.

Uzzam menjadikan Nabi Muhammad dan para sahabat sebagai contoh orang-orang yang berjaya. Itu salah satu sebab yang membuatkan aku dan pelajar-pelajar lain kagum. Sedangkan motivator lain sibuk menjadikan orang Barat sebagai contoh dan idola, Uzzam menjadikan kegigihan para rasul Allah dan sahabat dalam menyampaikan dakwah sebagai teladan yang patut kita contohi. 

"I guess we only have ten minutes left. Any question?" tanya Uzzam sebelum dia mengambil tempat duduk di kerusinya.

Yang paling aku tak sangka ialah minah sebelah aku ini boleh pula mengangkat tangan. Aku lantas mencubit pahanya. 

Hawa hanya mencebikkan wajah.

"Yes, the one beside Ammara." Sekali lagi, nama aku disebut. Ya Allah, rasa menggeletar tubuh badanku. 

Hawa sempat lagi membuat isyarat mata sama ada Ammara yang dimaksudkan ialah aku. Aku mengangguk perlahan. Aku tak tahu apa yang Uzzam suka sangat daripada nama Ammara, dia seorang sahaja manusia yang menggelarkan aku sedemikian. 

Seorang pelajar bertugas hadir untuk menyerahkan mikrofon kepada Hawa.

"Erm, can I speak Malay?" soalan Hawa menjadikan dewan yang sunyi kepada penuh dengan gelak ketawa. 

Aku menepuk dahi. Inikah kawan yang aku banggakan selama ini?

Uzzam kekal tenang. Angguk.

"Soalan saya ini agak keluar daripada topik. Pada pendapat Dato' ermm... Wajarkah pelajar universiti berkahwin ketika belajar? Adakah ini akan menjadi batu penghalang kepadanya untuk mencapai cita-cita?" 

Aku garu kepala. Soalan kegilaan apakah yang Hawa tanya ini? Sejak bila dia teringin nak bernikah? 

Satu lagi yang aku tak faham, aku tak tahu sama ada aku ada masalah kuat perasan ataupun tidak. Mata dan hatiku kuat mengatakan yang mata Uzzam berada padaku, bukan pada Hawa. Banyak kali aku melarikan anak mataku kerana panahan mata Uzzam yang sangat tajam sering membuatkan aku tak keruan. 

Aku benci perasaan ini. Pandangan itu, langsung tidak memberi peluang kepada orang lain untuk mentafsir apa yang ada dalam kepalanya. 

"Good question," jawab Uzzam. 

Namun belum sempat dia menjawab, Hawa kembali berkata-kata.

"Maaf, saya ada lagi satu soalan." 

Aku dapat mendengar beberapa suara sedang mendengus geram. Meluat barangkali, kerana tak berpeluang nak tanya soalan.

"Dato' dah kahwin ke?" 

Soalan ini sekali lagi menimbulkan keriuhan dalam dewan ini. Aku tutup wajahku dengan kedua belah tangan. Dasar Hawa! Berani dia malukan kaum wanita! 

Kerana Dia Uzzam ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt