Bab 46 ~ Baby ~

17.9K 597 37
                                    

KAKI yang lenguh aku gagahkan melangkah naik ke atas. Rasa sakit sejak kenduri kesyukuran tiga hari lepas masih bersisa. Kaki dan pinggang juga sudah mula rasa sengal-sengal jika aku berjalan terlalu banyak bergerak.

"Abang jom makan. Saya dah masak," ajakku. Bahu Uzzam aku sentuh.

"Tak lapar," balas Uzzam sepatah. Aku melepaskan keluhan kecil.

"Kalau macam tu kita tengok TV nak? Movie yang abang..." Aku cuba mengalih topik namun terus dipotong Uzzam.

"Abang nak buat kerja." Mata itu langsung tidak melihat ke wajahku. Aku ingatkan rajuk Uzzam sudah hilang tetapi masih sama. Beginilah perangai Uzzam selepas kejadian Dr Khairul membuka mulut soal pregnancy test itu. Aku tahu yang dia kecewa kerana aku tidak berkongsi dengannya tapi apakan daya, waktu itu aku tak rasakan yang hal itu terlalu mustahak.

"Abang marah dengan saya lagi eh?"

"Tak." Jawapan yang sama. Tiga hari berturut-turut jawab 'tak' tapi perangainya dingin tahap melangit.

"Abang tengoklah muka saya bila bercakap." Aku menyentuh jarinya, menghentikan jari-jemarinya yang sibuk menaip. Hanya beberapa saat, tanganku ditolak ke tepi.

"Kan abang tengah buat kerja." Uzzam berdalih. Matanya masih melekat pada komputer riba. Jarang sekali Uzzam abaikan aku sebegini rupa. Kalau Uzzam bertindak seperti ini maknanya dia sedang berjauh hati denganku. Itu sahaja modal yang dia boleh pakai untuk mengabaikan aku kerana Uzzam bukanlah kaki keluar rumah dan suka melepak di luar.

"Abang... Saya tak rahsiakan pun kehamilan saya. Yang pregnancy test tu... Mana saya sempat rasmi pun. Abang tak marah kan? Abang merajuk sebab ni ke?"

"Abang tak merajuk... Tak marah pun... Awak kan suka buat semua keputusan sendiri, abang dah biasa." Tak merajuk tapi ayat yang dituturnya memang 100% tanda orang merajuk.

"Okaylah...kalau macam tu saya turun dulu ya." Aku mengalah. Cukuplah aku menyakitkan hatinya, aku tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Tak baik untuk aku, Uzzam dan baby.

Aku mengemas meja makan selepas menjamah beberapa suap Spagetti Carbonara yang aku masak sebentar tadi. Terbantut seleraku kerana Uzzam enggan makan bersamaku. Salah sangat ke apa yang aku buat? Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati suamiku untuk menerima permintaan maafku.

Terasa sia-sia aku bersiap cantik-cantik dan bersolek untuknya. Aku siap mengenakan baju tidur ibu mengandung yang dihadiahkan oleh Laila. Aku mengerling ke arah cermin besar di ruang tamu. Pandai Kak Laila pilih. Baju berwarna cream yang berlengan panjang separas lutut itu aku pandang. Dress sederhana kembang ini memang berlengan panjang namun kain lace pada lengan tersangatlah jarang sehingga menembusi warna kulitku. Jadi sama sahaja seperti tidak berlengan.

Rambut aku sanggul sedikit tinggi sehingga jelas menampakkan keseluruhan leherku dan anting-anting yang dihadiahkan Uzzam pada malam pertama kami. Tapi sayang sekali, Uzzam langsung tak ingin memandang wajahku apatah lagi tubuhku. Selepas tahu yang aku mengandung, Uzzam banyak mengorbankan jiwa lelakinya. Dia mengalah kerana takut apa-apa berlaku pada kandunganku dan bayi kami. Aku hanya ingin 'belanja' sesuatu yang mungkin dia rindukan.

Aku berlalu ke meja yang menempatkan banyak hadiah untuk bayi kami yang bakal lahir. Aku tersenyum membelek satu demi satu daripadanya. Ramainya orang bagi hadiah dekat anak Mummy. Aku menyentuh lembut perutku, perkara sama yang selalu Uzzam.

Sejurus itu, titisan jernih mula meleleh membasahi pipiku. Tiga hari sahaja tanpa belaian manja Uzzam, jiwaku tidak tenteram. Malam-malam yang dipenuhi dengan gelak tawa kami sudah hilang. Semua berpunca daripada aku lagi. Tidak sepatutnya aku merahsiakan soal itu. Bukan itu sahaja, aku siap bertangguh lagi sampaikan dah pengsan baru tahu yang aku hamil.

Kerana Dia Uzzam ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن